Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea - Zaza Iman



Jumaat, Disember 21, 2018

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea. Hi all..siapa masih ingat sebelum ni zaza ada share mengenai produk pencuci wajah yang zaza guna berbentuk buih dari jenama Hansaegee? Memang first time zaza jumpa pencuci wajah bila picit-picit je keluar buih terus…sebulan lebih dah zaza guna..memang tahan lama jugak..

Macam yang zaza ada story sebelum ni.. pencuci wajah Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee ni memang best sangat pakai..kulit zaza rasa smooth dan bersih. Memang zaza suka pakai sebab kandungannya dari Aloe Vera. Aloe Vera kan memang bagus untuk kulit terutamanya untuk mengatasi masalah jerawat.

Untuk kali ni, zaza bukan nak story pasal pencuci ni..tapi zaza nak share mengenai Hansaegee dan macam mana korang nak dapatkan produk-produk dari jenama ni..

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea

HANSAEGEE NATURE

Hansaegee Nature ni zaza dah tahu sejak beberapa tahun yang lalu..masa tu zaza rajin follow sorang blogger ni yang selalu share tentang pengalamannya yang menggunakan produk mereka. Tapi masa tu zaza pun baru je mula kerja dan gaji pun time tu kecik je..dalam RM300 je gaji kerja zaza..so masa tu memang zaza mampu tengok je lah haha..tapi serius memang masa tu nak beli sangat..
Hansaegee Nature ni merupakan satu jenama kecantikan dan penjagaan kulit. Ia dah wujud sejak tahun 2011 lagi dekat Malaysia ni. Istimewanya tentang produk-produk jenama ini kerana ia merupakan produk 100% original buatan dari Korea dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti dan semulajadi.

Semua bahan-bahan yang digunakan telah diluluskan secara sah dan memang selamat untuk digunakan. So tak payah nak risau lah dengan kualiti produknya..yang penting bebas dari bahan terlarang.

Antara produk Hansaegee Nature yang sering mendapat permintaan adalah Gold Nano CC Cream. Ia telah pun berada bertahun-tahun di pasaran.

Kemudian pada tahun 2016, Hansaegee Nature telah melancarkan produk Aqua Whitening Cream. Ia adalah krim pelembap yang membantu untuk mencerahkan kulit dan mengatasi masalah kesan sunburn kulit. Zaza ada juga tengok cream ni..agak lain dari yang lain sebab apa yang zaza baca, ia berubah menjadi seperti titisan air. Memang menarikkan..?

Sehinggalah pada tahun 2018, sekali lagi Hansaegee Nature memperkenalkan Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Korang boleh baca entri zaza mengenai pencuci ni dekat entri Pencuci Wajah Aloe AC Clean Bubble Cleanser (akan di link kan ).
Selain dari ini, Hansaegee Nature juga turut mengeluarkan beberapa produk lain seperti produk penjagaan mata dan mask muka.

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea



Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN

So kalau korang pun berminat untuk mendapatkan produk Hansaegee Nature ni boleh terus membuat pembelian melalui website sahaja. Ini kerana produk mereka HANYA boleh di dapati di laman rasmi di www.hansaegee.com/shop

Kesemua produk Hansaegee Nature TIDAk dijual di kedai runcit atau lain-lain saluran dalam talian.

Berikut zaza share macam mana zaza membuat pembelian :

1. Buka laman www.hansaegee.com/shop dan sign up form

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea

2. Isikan kesemua maklumat di dalam boring dengan betul dan lengkap dan tekan CREATE AN ACCOUNT

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea

3. Setelah selesai, korang akan menerima notification mengenai point yang diterima

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea

4. Pilih mana-mana produk yang ingin dibeli dan Add To Cart

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea

5.  Bila dah Add To Cart, boleh la terus Go To Checkout.

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea

6. Masukkan butiran nama dan alamat untuk penghantaran. Isi maklumat dengan betul okay..

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea



7. Pilih Shipping Methods mana yang korang nak ( Poslaju dan Gdex ) dan selepas tu boleh la terus membuat pembayaran. So senang dan mudah je kan.

Untuk setiap pembelian pulak, yang bestnya korang akan dapat hadiah percuma untuk setiap pesanan tau ( bergantung pada jumlah pesanan dan hadiah yang berbeza )
Contoh macam zaza dapat  Aloe AC Clean Bubble Cleanser, so hadiah PERCUMA yang diberi adalah Pen + Beg Kertas + Pouch.

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea



Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea

Kalau korang berbelanja miniman RM70 ke atas, korang akan dapat percuma penghantaran di seluruh Malaysia dan akan mendapat 1 mata  ganjaran untuk setiap pembelanjaan RM1.00..dengan setiap 100 mata ganjaran pula korang boleh menebus untuk pembelian seterusnya.

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea







Penghantaran produk pun cepat..kalau  korang bayar sebelum jam 10.00 pagi, produk akan di hantar pada hari yang sama. Tapi kalau selepas jam 10.00 pagi akan dihantar pada keesokannya. Kalau area KL dan Selangor sehari je sampai..tapi kalau luar kawasan tu..biasa dua tiga hari.

Pasal pembungkusan produk pun tak payah risau sebab pihak Hansaegee akan memastikan setiap produk dibalut dengan kemas dengan bubble wrapping. So produk korang tu ada perlindungan dan akan sampai dengan selamat.

Salah satu yang zaza suka pada sesebuah website ni bila ada Live Chat…So kalau macam korang ada nak tanya apa-apa ke boleh dibuat melalui Live Chat tu.. tapi kalau rasa nak tanya melalui whatsapp atau emel pun boleh jugak. Ikut yang mana korang rasa senang.

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea

Dekat website Hansaegee Nature ni juga ada bahagian “Review” dimana korang boleh baca perkongsian menarik dari pengguna-pengguna yang menggunakan produk Hansaegee ni. Terdapat juga bahagian “Tutorial”. Dekat bahagian Tutorial ni ada tutorial dan penerangan bagaimana untuk menggunakan produk tersebut. Korang juga boleh tengok video untuk lebih pemahaman.

Zaza pun suka membaca dulu tentang produk sebelum membeli..Jadi dekat Hansaegee ni semua penerangan produk memang terperinci..mudah la untuk korang membelinya jugak.

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea



Maklumat lanjut jangan lupa ikuti mereka okay:

Hansaegee Nature Produk Penjagaan Kulit Wajah Dari Korea


9 ulasan:

  1. Best bila beli boleh kumpul points, ada free gift lagi.. Done beli cleanser ni.. Hihi..

    BalasPadam
  2. Semua dok kata hansaegee ni best. Rasa nak beli je juga.

    BalasPadam
  3. Nampak mcm mnarik produk.nti nak usha2 lah

    BalasPadam
  4. Nad pun baru grab barg dia masa promosi ni.. Dapat lafre gift.. Nad mabil aqua whitening cream.. Hehehw..

    BalasPadam
  5. Oh boleh beli on9 trus ea.. Wawa dlu aim brg makeup dia.. Tp skg dh ade skincare juga ye

    BalasPadam
  6. Baru pertama kali dengan brand ni dan nampak menarik. Nanti akak nak cubalah

    BalasPadam
  7. haritu masa dorang buat sales byk free gift...hehehe...suka yg jenis buih-buih gibi...senang xyah nak tonyoh..haha

    BalasPadam
  8. Suka tengok produk hansaegee nature ni.. banyaj review2 positif

    BalasPadam
  9. Rabia suka baca blog kak. Suka baca kak review pasal produk2.

    BalasPadam