Review : Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ Dan Petal Velvet Powder. Hai..bila usia semakin meningkat ni memang bab penjagaan muka dan diri memang penting dan jadi keutamaan. Selain dari pelembap dan serum muka yang memang wajib dipakai, pemakaian sunscreen juga perlu.
Sunscreen ni bukan saja untuk muka tetapi untuk badan juga. Penggunaan sunscreen dalam rutin harian penjagaan diri membantu memelihara kulit dari rosak dan melindungi dari sinaran UVA.
Apa tu Sunscreen? Sunscreen bertindak dalam melindungi kulit kita dari sinaran UVA. Sinaran UVA inilah yang menjadi punca terjadinya kesan penuaan seperti garis halus, bintik-bintik gelap dan kedutan pada kulit.
Pentingnya pemakaian sunscreen adalah untuk mengurangkan kesan gelap pada parut jerawat, melambatkan proses penuaan seperti kedutan dan garis halus, juga mengurangkan terjadikanya jeragat dan bintik-bintik gelap pada kulit.
BAHAN UTAMA DALAM ALTHEA PETAL VELVET SUNSCREEN
Ia adalah produk baru yang telah dilancarkan oleh Althea dengan menggunakan bahan semulajadi dari Damask Rose Extract.
Damask Rose
Damask Rose Extract dalam Petal Velvet Sunscreen ini membantu untuk memberikan kelembapan dan melicinkan kulit. Di dalam Damask Rose ini terdapat nanomolecular semulajadi yang kaya dengan vitamin yang dapat menembusi jauh meresap ke dalam kulit dan membuatkan kulit lebih sihat.
Selain Damask Rose, terdapat juga Hyaluronic acid yang membantu untuk menarik lembapan pada kulit dan mencegah dehidrasi. Turut mengandungi Geranium Oil dimana ia dapat memberikan keserian pada wajah dan menyembuhkan jerawat.
KENAPA ZAZA JATUH HATI BILA GUNA ALTHEA PETAL VELVET SUNSCREEN
Paling zaza suka sebab bauannya..bauan bunga Damask Rose yang terasa segar. Jujurnya zaza seorang yang susah nak gemar dengan produk-produk yang ada bauan sebab zaza boleh pening dan muntah. Tapi bila mengenakan Petal Velvet Althea ni, bauannya zaza boleh terima. Baunya yang lembut dan tidak terlalu kuat.
Selain dari bauannya, zaza suka teksturnya yang ringan bila pakai..tak ada rasa melekit-lekit. Paling best lepas sapu cepat je meresap ke kulit. Tidak terlalu cair dan senang disapu.
Ada sesetengah tu bila pakai rasa belengas dan jadi tak selesa. Tapi dengan Petal Velvet Sunaway ni zaza jadi suka dan badan pun rasa wangi je sentiasa.
Althea Petal Velvet Sunscreen ni juga sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. So sesiapa pun boleh pakai.. tidak hanya di luar rumah..dalam rumah ketika duduk santai-santai pun boleh guna.
Cara Guna : Goncangkan dulu botol. Setelah itu barulah sapu dekat kulit muka, tangan dan badan.
HARGA : RM 43.00
ISIPADU : 55ML
ALTHEA PETAL VELVET POWDER
Tak lengkap rasanya jika keluar rumah hanya dengan mengenakan Sunsreen..jadi boleh la apply pula Althea Petal Velvet Powder. Althea Petal Velvet Powder ini merupakan bedak jenis loose powder. Ia di panggil translucent powder kerana bila pakai, ia nampak natural je dan teksturnya pun ringgan.
Ia dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang dapat memberikan kemasan pada muka.
Antara bahan utama Althea Petal Velvet Powder ini adalah :
Flower Seed Extract - mempunyai antioksida yang dapat melindungi kulit dan terhidrat.
Saponarin - membantu membaiki sel-sel kulit yang rosak dan mengembalikan keanjalan pada kulit
Polyphenols - membantu dalam memelihara kulit wajah dari sinaran UV
Althea Petal Velvet Powder didatangkan dalam 3 jenis kode iaitu :
Code 0 - Translucent
Code 23 - Warm Beige
Code Pink Lavender
Code 0 - Translucent
Code 23 - Warm Beige
Code Pink Lavender
Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit.Untuk kod Translucent dan lavender sesuai untuk skin tone yang cerah sikit manakala kod warna warm beige sesuai untuk kulit yang gelap sikit.
HARGA : RM 16.00
BERAT : 3g
So kepada korang yang nak dapatkan Althea Petl Velvet Sunaway dan Altea Petal Velvet Powder boleh lah terus membuat pembelian melalui wesbite althea di :
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/
Facebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia
Rsnya oernah pakai yg powder tu.. memang best..w angi plak tu.. sun way tu mcm sunblock eh?
BalasPadamRose pun pakai sunaway tu. serasi dengan kulit.. yang penting, tak berminyak.. elok je.. suka sangat!
BalasPadamPertama kali tgk bunga Damasak Rose ni...agak berbaloi jugak harga sunscreen Althea...tak mahal sgt..Sally pernah cuba Velvet Powder tuu...pinjam kawan punya jela..hihi
BalasPadamKak zaza so beautiful.Ramai yg jatuh cinta dengan althea petal velvet sunaway ni kan.
BalasPadamBiasa powder putihkan, jarang warna cream dengan pink. Boleh try ni sekali sekala pakai warna lain
BalasPadamJatuh cinta dengan petal velvet althea ni.. Dah la comel sesuai dengan kulit
BalasPadamCantik sangatla packing Althea ni, warna soft je..geram tengok!
BalasPadammenarik sngat la ni
BalasPadamPetal Velvet series yang Fiza suka. Selain warna, texture dia sangat ringan dan lembut. Bau pun best!
BalasPadamtergoda la tgk zaza review... mesti best produk ni.. hmmm nk try
BalasPadamCatat Ulasan