Joymix Pure Collagen Powder Minuman Untuk Kulit Licin Dan Berseri - Zaza Iman



Rabu, Oktober 24, 2018

Joymix Pure Collagen Powder Minuman Untuk Kulit Licin Dan Berseri


Joymix Pure Collagen Powder Minuman Untuk Kulit Licin Dan Berseri

Joymix Pure Collagen Powder Minuman Untuk Kulit Licin dan Berseri. Hai, bagi wanita terutama yang berusia mesti nak kulit yang cantik, licin dan berseri kan. Macam zaza yang dah nak 30an pun memang dah mula jaga kulit. Selain jaga kulit dari luar..penjagaan bermula dari dalam pun penting juga. Kalau penjagaan luaran mesti rakan-rakan dah tahu kan zaza pakai produk apa..Jadi untuk dalaman zaza ada cuba produk minuman kolagen untuk kulit sihat.

Joymix Pure Collagen Powder Minuman Untuk Kulit Licin Dan Berseri

Joymix Pure Collagen Powder Minuman Untuk Kulit Licin Dan Berseri

Siapa yang tak nak kan kulit yang sihat dan bersih. Untuk kali ini, zaza ada mengambil satu produk kolagen yang bagus untuk mencantikkan kulit iaitu Joymix Pure Collagen Powder. Zaza memang agak lama tak makan produk untuk dalaman ni sebenarnya..bila dah lama tak makan, kulit zaza pun dah mula nak problem semula macam dulu..dulu kulit muka zaza tak berseri, penuh dengan parut coklat, kulit kasar dan kering. Jadi sebelum terlambat, zaza perlu consume balik lah..

Sebab tu lah zaza try Joymix Pure Collagen Powder ni..Joymix Pure Collagen Powder ni datang dalam botol dan berat 200gram. Ia berbentuk serbuk. Kalau tengok serbuknya berwarna putih halus je. Dari segi bau pun best jugak.

Joymix Pure Collagen Powder Minuman Untuk Kulit Licin Dan Berseri

Joymix Pure Collagen Powder Minuman Untuk Kulit Licin Dan Berseri

  
Perlu Mengambil Minuman Collagen

Tubuh badan kita ini memang memerlukan kolagen kerana kolagen membantu dalam melambatkan proses penuaan pada kulit. 

Bila kita tidak mengambil kolagen, terjadilah kulit kusam dan berlakulah kedutan pada kulit wajah terutama pada yang usianya semakin meningkat.

Dalam tubuh kita, terdapat sekitar 30%  daripada semua protein dalam badan adalah kolagen. Kolagen biasa ditemui dalam kulit, tulang dan tisu penghubung. Kolagen berfungsi untuk memberikan kulit kekuatan dan keanjalan sekaligus ia bertanggungjawab dalam penggantian sel kulit mati.

Joymix Pure Collagen Powder Minuman Untuk Kulit Licin Dan Berseri

Satu botol bertahan sehingga 2 bulan penggunaan

Joymix Pure Collagen Powder Minuman Untuk Kulit Licin Dan Berseri


Keistimewaan Joymix Pure Collagen Powder

Joymix Pure Collagen Powder ni diperbuat daripada marin kolagen. Berat molekul kecil 500-1500 Dalton ( small molecule 500-1500 dalton ) dan ia mudah diserap ke dalam kulit.

Fungsi dan keistimewaanya adalah untuk membantu dalam :

  ⥁ Mengukuhkan keanjalan kulit wajah
  ⥁ Mengurangkan kedutan kulit
  ⥁ Mengelakkan keguguran rambut dan menguatkan pada kuku
  ⥁ Menguatkan sendi dan tulang
  ⥁ Tiada sebarang pencemaran bakteria
   ⥁ Melicin dan memberikan keserian pada wajah

Untuk kuku yang lembut dan mudah pecah biasa itu tanda awal seseorang kurang kolagen. Jadi kalau kuku you all mudah patah eloklah ambil kolagen ini sekurang-kurangnya dalam 2 minggu, Insyaallah nampak kesannya.

Cara pengambilan Joymix Pure Collagen Powder

Pengambilan kolagen ini senang je tau..hanya perlu tambahkan satu sudu ( scoop disediakan di dalam botol ) Joymix Pure Collagen Powder ke dalam minuman kesukaan harian kita macam minuman kopi ke, teh, milo ataupun jus buah-buahan.


Joymix Pure Collagen Powder Minuman Untuk Kulit Licin Dan Berseri

Ambil satu scoop sahaja untuk sehari..

Joymix Pure Collagen Powder Minuman Untuk Kulit Licin Dan Berseri

Hmmm sedappp..

Macam zaza sendiri, zaza gemar minum air oren Sunquick, so zaza campurkan satu scoop ke dalam minuman zaza tu dan kacau sampai larut. Selepas tu baru zaza minum. Nak sedap lagi kalau jus oren tu ada ais..barulah sedap dan rasa sejuk je masuk tekak.

Joymix Pure Collagen ni juga tak memberikan sebarang kemudaratan jika ditambah dengan air kosong tapi rasanya sedikit kurang.. jadi kalau nak sedap memang suggest untuk ambil bersama air buah dan lain-lain minuman.
  
Joymix Pure Collagen Powder Minuman Untuk Kulit Licin Dan Berseri

Santai petang hari sambil menikmati jus oren bersama Joymix Pure Collagen Powder

Joymix Pure Collagen Powder ni di ambil satu scoop setiap hari pun dah cukup. Zaza minum sama ada waktu tengahari atau semasa minum petang dengan jus minuman sejuk.

Zaza dah consume nak dekat seminggu baru. Zaza consume pun sebab kulit zaza ada jerawat pasir sikit kat dahi dan dalam masa yang sama zaza nak bagi smooth kan balik kulit..dah tak sanggup nak biarkan kulit jadi kasar macam dulu-dulu...bila kasar mulalah kurang seri..pastu jadi tak yakin pulak nak hadap orang ramai.

Lagi satu kan bila kulit kita dah smooth dan lembap, bila nak makeup pun senang. Pernah tau kulit zaza kering satu muka sampai bila zaza makeup, dari jauh pun kawan boleh nampak kulit macam mengelupas..memang malu je rasa time tu.

You all pun kalau ada masalah-masalah kulit kasar ke, tak berseri ke..try la ambil Joymix Pure Collagen Powder ni..lagi pun ia adalah produk HALAL


Joymix Pure Collagen Powder Minuman Untuk Kulit Licin Dan Berseri

Untuk mendapatkan produk ini boleh buat pembelian terus di web rasmi :


Harga pun murah dan very economical.. so semua orang memang boleh beli. Untuk satu botol boleh tahan sehingga 2 bulan. Kalau 2 botol cukup untuk penggunaan selama 4 bulan.

Harga :
1 botol - RM98.00
2 botol – RM150.00

Setiap pembelian percuma penghantaran ke seluruh Malaysia.

Jom cuba!!


14 ulasan:

  1. Harga macam boleh tahan murah juga tu zaza. bolehlah cuba nanti

    BalasPadam
  2. Byk cantik la lepas ni...yg penting air putih kena jaga pengambilan...sbb bila makan kolagen, lebih air lebih baik :)

    BalasPadam
  3. Wah.. Bagusnya.. Cammpur dalam minuman kesukaan kita.. Ingat dia bancuh pastu warnaynya air oren.. Bgusla mcm ni.. Cantiik zaza

    BalasPadam
  4. Banyak jugak benefit collegen ni. Tapi ika sejenis susah nak konsisten minum air kosong banyak. Risau jugak nak ambil hee. tapi blh la cuba nanti kan. mana tahu lepasni lebih konsisten ke.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/harry-potter-mug-ceramic-tiles.html

    BalasPadam
  5. Satu botol tahan hingga 2 bulan ? wah...jimatt.. sedap pun sedap ye zaza

    BalasPadam
  6. Lama x minum collagen ni zaza..nti k.el nak try jugak..kulit pun dh semakin mereput ni..asyik cover ngan makeup je..hihi

    BalasPadam
  7. Bestnya, Kalau dapat kulit licin, seronok kan. Kena try ni

    BalasPadam
  8. menarik ni.. baik untuk kulit. tapi, kena displin kan..

    BalasPadam
  9. Nampak best je produk ni. Beh juga try untuk dalaman

    BalasPadam
  10. Wah Collagen ni murah jugak rm90 Untuk 2 bulan...
    Kira 1 bulan rm45 jer. ..
    Best la

    BalasPadam
  11. Besar botol dia ye. Menarik juga tu. Kalau nak jaga kulit, memang kena dari dalaman zaza. Haru hasil dia baik..

    BalasPadam
  12. kena beli utk isteri la nanti..

    BalasPadam