Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser - Zaza Iman

Khamis, Oktober 25, 2018

Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Bila skin muka ada problem macam jerawat dan berminyak..kita tak boleh main pakai je sebarangan pencuci muka sebab kadangkala bahan-bahan tu tak sesuai dengan skin kita. So seeloknya baca dulu tentang bahan-bahan yang digunakan.

Kalau dah pakai dan tak ada sebarang iritasi, boleh terus gunakan. Untuk yang ada kulit wajah berjerawat dan berminyak bolehlah gunakan pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser dari jenama Hansaegee Nature. Istimewanya sebab ia made in Korea Product tau..

Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Pencuci muka dari Hansaegee Nature ni bagusnya sebab di perbuat dari Aloe Barbadensis Leaf ( daun lidah buaya ) dan tea tree leaf oil.

Memang dari dulu lagi daun lidah buaya dan tea tree leaf oil banyak digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ia membantu dalam memelihara kulit wajah.

Aloe Vera bahan yang baik untuk memberi kelembapan pada kulit, dapat membantu mengatasi masalah jerawat dan sebagai anti-radang pada kulit.

Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Tea Tree leaf Oil bertindak untuk membantu merawat masalah kulit berjerawat, mengurangkan infeksi kulit, memberi kelembutan pada kulit, anti fungus dan melicinkan kulit. Sebab tu lah zaza pun pakai pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni tau..ia selamat dan bahan-bahan pun dari sumber semulajadi.

Selain dari dua bahan utama tu, Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni turut mengandungi  Salvia officinalis ( Sage ) Leaf Extract, Lavandula Angustifolia ( Lavender ) Extract, Rosmarinus officinalis ( Rosemary ) Extract dan Jasminum Officinale ( Jasmine ) Extract.

Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni datang dalam botol bersaiz 150ml. Kira besar juga lah botolnya..tahan berapa lama tu tengok pada penggunaan kita juga..

Satu lagi yang menariknya dan yang zaza suka pasal Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kerana ia berbentuk foam. Jenis buih-buih gitu..picit-picit je keluar buih macam zaza tunjuk ni..Jarang zaza jumpa pencuci muka jenis foam ni..biasa zaza nampak bentuk cecair dan jenis ketul-ketul tu..

Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Cara Guna

Nak guna senang je..apa yang perlu you all buat,

1.      Basahkan sedikit muka dan tapak tangan.
2.      Picit cleanser pump beberapa kali sehingga keluar buih.
3.      Ratakan pada seluruh wajah dan urut perlahan-lahan untuk beberapa minit
4.      Bilas wajah

Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Membantu mengatasi masalah jerawat di muka
Membersihkan liang pori secara mendalam dan menenangkan kulit
Super Clean Bubble Cleanser Skin Care
Mengeluarkan sebum dan minyak berlebihan pada kulit
Mengawal minyak
Memberi kelembapan dan tidak mengeringkan kulit
Semua jenis kulit, Kulit berminyak / Kulit kering / Kulit gabungan
Jenis pencuci : Foam
Volum: 150ml, Saiz 5.29 fl.oz.

Sesuai untuk kulit jenis condisi :
Kulit kering, kulit berminyak dan sensitif, Dead Skin Cell,
Acne skin,blackhead/whitehead

Harga RM65.00

Kesan Selepas Cuci MukaGuna Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Setakat zaza pakai tak ada lagi masalah lain macam kerengsaan kulit. Kiranya zaza rasa okay je pakai. Ada setengah sabun zaza pakai je rasa pedih-pedih dan gatal..rasa nak garu je.. Paling best lepas cuci tu kulit terasa smooth sikit dan kesan minyak berlebihan kat kulit muka pun berkurang.
Biasa zaza akan cuci muka 2 kali sehari waktu pagi dan juga malam, so minyak di muka pun memang dapat control lah..jadi suka pula zaza bila guna pencuci muka jenis buih-buih ni..syok betul.

Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Apa yang zaza perasan juga selepas zaza cuci muka guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni kan, ia tak buatkan kulit kering dan tak rasa tegang pun. Sebelum ni zaza pernah pakai sabun muka jenis ketul dan bila cuci tu kulit terasa tegang betul.

So bila zaza cari info dekat internet dan baca-baca tentang pemilihan pencuci muka yang sesuai, barulah zaza tahu kalau selepas cuci muka terasa tegang tu bermakna pencuci tu tak berapa sesuai sangat dengan kulit kita.


Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser


Pencuci muka jenis bubble ni pun best sebab tekstur buih dia yang lembut dan dapat meresap jauh ke dalam kulit sekaligus dapat membersihkan segala kotoran dan kulit mati dengan pantas.
Asalnya pencuci dalam botol ni dia bentuk cecair tapi bila di pump dia jadi buih-buih. So buih inilah yang bantu membersihkan pori-pori yang tersumbat tu..puas hati lah pakai sebab kulit rasa lembut dan segar.

Kalau muka memang tak pakai makeup, memang mudah untuk dicuci. Tapi kalau time tu korang tengah pakai makeup dan nak cuci, kena buat 2 kali cucian baru kesan-kesan makeup tu akan hilang.  Sebab zaza ada cuba juga cuci muka yang ada makeup, so memang dua kali cuci baru bersih.
Bau pencuci ni pun zaza suka..bau harum je

So kepada you all yang tengah cari pencuci dari bahan-bahan semulajadi, boleh la try Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Sekali dah guna mungkin you all pun akan jatuh hati jugak.

Untuk you all yang nak dapatkan Aloe AC Clean Bubble Cleanser atau lain-lain produk Hansaegee Nature boleh la melayari link di bawah :

Hansaegee Nature : Aloe AC Clean Bubble Cleanser



13 ulasan:

  1. Wa.. kuar buih trus eh. Best tu.. cik en suka style cmni.

    BalasPadam
  2. Wah baguslah terus ada buih. Bestnni

    BalasPadam
  3. Aloevera mmg bagus utk kulit kan. Sng da ade produk mcm ni.

    BalasPadam
  4. Shad suka ingredients Aloe Vera, banyak manfaat utk kulit. Picit2 terus keluar buih, I like. Shad ada satu jenis gini, mudah kerja.. Hihi.. Mesti feeling best giler nih tiap kali cuci muka . Nanti boleh try..

    BalasPadam
  5. Wahhhh ada pencuci muka baru.. nk cuba jugakkk..

    BalasPadam
  6. wahhh bestnya.. produk hansaegee ni memang laris sebab produk dia bagus2.. geram tengok bubble tu..

    BalasPadam
  7. Tea tree & aloe Vera mmg good combination!

    BalasPadam
  8. Wawa suka pencuci muka yg based aloe vera.. Sbb byk kebaikan aloevera ni sbnrnya kan.. Dh lama dgr psl hansaengee ni.. Tp knl yg makeup2 jela...hehe

    BalasPadam
  9. ada bahan aloe vera memang bagus lah untuk kulit sbb dia cepat merawat kan

    BalasPadam
  10. Wah bestnya sabun muka bubble2 ni..aloevera ni memng bgus.. Nak isha laa

    BalasPadam
  11. ray teringin nak try but x berani. anyway, i love the packaging most hehe

    BalasPadam

Labels

beauty (58) KECANTIKAN (31) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (33) LAIN-LAIN (75) OTHERS (55) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (11) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)