Kisah Wafa : Kucing Manja Terkena Batu Karang - Zaza Iman

Sabtu, September 15, 2018

Kisah Wafa : Kucing Manja Terkena Batu Karang


Kisah Wafa : Kucing Manja Terkena Batu Karang . Seronokkan bila tengok gelagat kucing-kucing ni..zaza pun antara beribu manusia yang menyukai kucing. Sejak dari zaza kecil lagi..maybe dari zaman-zaman sekolah tadika, zaza dah mula bela kucing..tapi masa tu bela gitu-gitu je..ingat lagi selalu bawa kucing-kucing zaza tidur atas katil..dengan macam-macam nama yang diberi..

Bagi zaza, kucing ni adalah sebahagian dari family dan juga kawan yang terbaik kat dunia ni.. zaza ingat lagi kucing zaza yang zaza namakan dia " Pekin " sempena nama pelakon Pekin Ibrahim..zaman tu zaman minat lah dengan pelakon Pekin tu.. tapi Pekin zaza ni dah mati tahun 2006, masa tu zaza masih dibangku sekolah menengah.. Pekin mati sebab terkena racun yang entah dari mana..zaza terjumpa dia kat tepi rumah dengan buih-buih dan lidah terjelir-jelir..masa tu zaza mampu menangis je..dan akhirnya Pekin pergi dalam dakapan zaza. Masa tu terus masuk bilik nangis teruk sambil cakap, kenapa Pekin pergi..kan Pekin dah janji nak sehidup semati...Satu peristiwa yang zaza ingat hingga ke hari ini..

Kini dah bertahun-tahun, sampailah ditakdirkan Wafa hadir..Ibu wafa bernama Indi, dan ada adik-adik yang lain yang tak ada nama..susah betul nak cari nama best-best untuk meow kan.. haha

Wafa ni kucing jantan..kucing yang manja dan jenis tak gigit orang..kalau zaza gomol-gomol kepala dia ke..dia tak pernah nak cakar.. kalau cakar pun time nak mandikan dia je..

Kisah Wafa : Kucing Manja Terkena Batu Karang
Gambar wafa kencing berdarah ni sempat zaza ambil sementara tunggu kawan zaza datang untuk bawa ke vet

Wafa, Ibu dan adik-adik dia zaza bagi makanan kucing yang berwarna pada mulanya..masa tu zaza tak tahu pun kesan bila bagi makanan berwarna ni..tambah harga makanan berwarna tu murah..

Sampai la satu masa tu, zaza nak balik kampung..so zaza hantar Wafa kat jiran untuk tolong jagakan..kenapa hantar wafa je? sebab wafa selalu kena kacau dengan meow jantan lain dan sampai terluka teruk.. kalau ibu dan adik-adik dia, meow jantan lain tak pernah kacau..

So masa hantar tu, jiran zaza, namanya Ana..Ana bagitahu yang makanan berwarna ni tak elok boleh menyebabkan batu karang..tambah Wafa kucing jantan.. tapi masa tu zaza macam buat tak tau je lagi..sehinggalah suatu hari zaza perasan Wafa susah nak buang air kecil.. zaza perati hampir 30 minit Wafa berdiri kat bekas poo poo dia dan air kencing yang keluar setitik dua..

Masa tu zaza mula terfikir apa yang Ana cakap..terus zaza ke petshop untuk belikan makanan yang terbaik tapi pada harga yang boleh zaza beli dan sejenis ubat makan seperti ubat gigi bentuk dia..

So selepas 3 minggu tukar makanan, seperti biasalah..setiap pagi zaza akan ke belakang rumah tempat dimana Wafa, ibu dan adik-adik dikurung..rutin biasa untuk zaza bersihkan rumah mereka, tukar air, letak makanan dan bersihkan tempat poo poo.masa tu ibu dan adik-adik wafa semua berlari keluar nak bermain..tinggal wafa dalam sangkar..zaza dah pelik sebab wafa terbaring je..sekali zaza angkat, Wafa lembik dan menjerit kesakitan..masa tu keluar air kencing berdarah..

Zaza macam tak tahu nak buat apa time tu..tapi memang terfikir ke vet je..tapi zaza risau sebab kalau kes batu karang kos mahal.. ada tu yang baca sampai RM600 ke 1K lebih...zaza pulak kewangan tak berapa good sangat..

Zaza cepat-cepat call vet dan tanya kos..dan terus hubungi kawan, Mira untuk bantu zaza hantar ke vet..

Masa tu lega sangat bila dapat bawa Wafa..wafa kena tahan beberapa hari..

Disebabkan tak masuk air, so kos rawatan wafa, ubat termasuk makanan dia RM280..tapi zaza repeat lagi makanan Wafa, Royal Canin Urinary S/O yang 3.5kg.. RM100 lebih termasuk ubat luka ( dalam masa yang sama wafa ada luka di kaki )

Kisah Wafa : Kucing Manja Terkena Batu Karang
Royal Canin Urinary S/O makanan khas untuk batu karang hanya di jual di Veterinar sahaja

Setelah beberapa minggu, zaza nampak Wafa semakin okay..makanan pun zaza tak pernah bagi lain kecuali Royal Canin Urinary S/O..

Doc yang rawat Wafa pernah pesan, kalau jadi balik..kemungkinan kos lagi tinggi..masa tu zaza berdoa semoga wafa betul-betul sembuh..

Entah macam mana..pada 8 September baru-baru ni..lepas zaza tukar tempat poo poo Wafa ( zaza letak surat khabar je..)

Masa dah tukar dan letak makanan semua, zaza memang jenis tak tinggal terus..zaza akan perhati je gelagat wafa.. masa tu zaza tengok wafa kencing..sekali zaza nampak air kencing wafa masih bercampur darah..

Kisah Wafa : Kucing Manja Terkena Batu Karang
8/9/2018 - Air kencing wafa bercampur darah.. 

Apa yang terjadi seterusnya..? nanti zaza akan share kisah wafa lagi..zaza cuma mohon pada semua untuk berdoa semoga Wafa betul-betul sembuh dengan IzinNYA...

Bila wafa sakit..zaza pun tak ada mood sebenarnya..hati tak seronok..apa pun, tunggu nanti zaza share lagi okay.. boleh juga tengok insta story zaza mengenai wafa di @_zaza.iman


9 ulasan:

  1. Hmmm, ksiannya dkt wafa. Zaf slalu je tgk zaza post pasal wafa.. Kita yg boleh bercakap kalau kena pun kemain lah haa merungut. Ini kucing yg xboleh nak cerita sakit dia kat kita lagi kesian haaa

    BalasPadam
  2. Allahu...kesian Wafa..moga setelah terima rawatan Wafa semakin sihat dan pulih..aamin.

    BalasPadam
  3. hmmm poor baby. sedih ray tgk setiap kali kak zaza post pasal wafa

    BalasPadam
  4. Allahuakbar.. kesiannya wafa.. Barulah tahu cerita penuhnya.. Moga wafa kembali sembuh.. Teruskan usaha zaza tu.. Insyaallah ada rezeki lain utk zaza n wafa nanti.. tak sbr nk tau kisah seterusnya..

    BalasPadam
  5. igtkan manusia sahaja boleh dpt batu karang.

    BalasPadam
  6. Moga Wafa cepat sembuh.. Aminn..

    BalasPadam

Labels

beauty (58) KECANTIKAN (31) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (33) LAIN-LAIN (75) OTHERS (55) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (11) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)