Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah - Zaza Iman

Isnin, September 10, 2018

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah


Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah. Assalamualaikum, apa khabar semuanya. Diharap semuannya ceria dan sihat selalu.

Kebiasaannya kalau zaza keluar kemana-mana, balik kampung atau berjalan jauh, selain barangan makeup, tisu basah adalah wajib untuk zaza masukkan sekali dalam beg makeup. Macam zaza seorang yang gemar bersolek, jadi kalau zaza berhenti kat mana-mana perhentian rehat, tisu basah dijadikan alat untuk membersihkan segala makeup dimuka. Selepas tu baru zaza bilas sikit muka dengan sabun wajah dan air. Barulah zaza rasa betul-betul yakin bersih untuk mengambil wudhuk.

Beberapa minggu lalu zaza selalu nampak rakan-rakan zaza ada share pasal tisu basah dari Imaan Suci World. Jadi zaza pun yang memang pencinta setia tisu basah apa lagi..nak lah cuba juga..akhirnya berjaya zaza dapatkannya.

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah

Tisu basah Imaan Suci World ni ada beberapa jenis iaitu Imaan Facial Wipes ( Biru ),  Imaan Facial Wipes ( Premium Wet Tissue - Pink ), Imaan Feminine Wipes ( Purple ) dan Imaan Family Wipes ( Kuning )

Macam zaza, zaza pilih Imaan Facial Wipes jenis Premium dan Imaan Family Wipes untuk kegunaan seisi keluarga.

IMAAN FACIAL WIPES ( PREMIUM WET TISSUE )

Imaan Facial Wipes jenis premium ni zaza suka sebab mengandungi Aloe Vera, Vitamin E dan penambahan Minyak Argan  Jadi ia amat bagus sekali pada mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif macam zaza ni..

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah

Kadangkala kulit zaza ni selalu juga kering. Jadi dengan adanya bahan dan penambahan minyak argan tu dapat membantu melembabkan dan melindungi kulit zaza. Juga kaya dengan anti oksidan dimana ia dapat melambatkan penuaan.

Apa yang zaza suka lagi sebab ia betul-betul dapat membersihkan solekan zaza dengan sempurna dengan sehelai tisu. Memang jimat gila. Biasa kalau tisu-tisu basah lain zaza pakai 2 ke 3 helai untuk cuci tapi dengan Imaan Tisu ni, satu helai pun dah cukup..

Paling sedap baunya lah..wangi sangat..kalau zaza suka, you all yang try pun mesti jatuh cinta.

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah
Masa ni zaza dalam kereta dan muka pun berpeluh sikit sebab panas..

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah
Selepas gosok-gosok..nampak bersihkan pipi sebelah tu..

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah
Kesan-kesan makeup dan kotoran yang terdapat pada tisu

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah
Jom kita try cuci lipstick pula..

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah
Yeayyy bibir pun dah bersih dari lipstick..

Lepas zaza siap bersihkan satu muka, kulit pun terasa fresh sangat tau..zaza pun dah jadi suka dengan tisu basah keluaran Imaan Suci World ni.. ๐Ÿ’›

Kesemua tisu basah keluaran Imaan Suci Wipes ni telah diuji oleh DERMATOLOGICALLY TESTED. Jadi ia memang selamat digunakan dan HALAL. Malah ia BEBAS DARI ALKOHOL, BEBAS PARABEN dan BEBAS FORMALDEHYDE

Satu lagi yang menariknya dengan tisu basah Imaan Suci World ni kerana permukaan Honeycomb yang dapat mengandakan kuasa menanggalkan makeup walaupun waterprof makeup.

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah

IMAAN FAMILY WIPES

Imaan Family Wipes pula sesuai digunakan untuk penjagaan kebersihan seisi keluarga contohnya digunakan semasa anak-anak makan, nak tukar lampin, menyusu, mencuci muntah dan lain-lain.

Kandungan Imaan Family Wipes ini dari bahan seperti Aloe Vera, Vitamin E dan Madu. 

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah

Sesuai bagi kegunaan aktiviti di luar dan travel..tisu ini pun menyegarkan dan dapat membersihkan peluh dan daki-daki.

Keistimewaan lain Imaan Family Wipes ni ia bertindak sebagai deodorant untuk menghilangkan bau badan.

Kalau dirumah pula, boleh digunakan untuk membersihkan segala peralatan anak-anak selepas mereka bermain, memcuci habuk-habuk pada perabut dan lain-lain..jadi memang pelbagai gunalah tisu Imaan Family Wipes ni..

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah

Tapi macam zaza, zaza guna untuk lap screen phone zaza..sebab kadang-kadang screen phone selalu je kotor..sesekali zaza pakai je untuk cuci makeup..mehmeh..

Zaza rasa you all pun patut cuba juga tau tisu Imaan ni..dah try sekali mesti nak repeat sekali lagi..lagi pula saiznya pun senang untuk diletakkan di dalam beg, di dalam poket seluar atau baju..

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah
Warna packaging yang cantik dengan design rama-rama buat zaza jatuh hati..๐Ÿ’œ 

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah
Tema packaging berwarna kuning sesuai dengan bahan yang digunakan iaitu madu..love it..

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah

Kat sini zaza share sikitlah beberapa testimoni pengguna yang dah pakai tisu Imaan Suci ni..rata-rata memang suka dengan bauan bahan dan lembut je di kulit..

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah

Imaan Suci Wipes - Tisu Basah Tanggalkan Makeup Dengan Mudah

**Lain-lain testimoni boleh rujuk di Instagram dan Facebook Imaan Suci World**

Rasa tak sabar pula nak beli kan..? tapi harganya berapa?...harganya sudah tentulah murah dan mampu dimiliki oleh semua orang..

IMAAN SUCI WIPES ( PREMIUM - PINK )

1 Paket : RM8
3 Paket : RM20
1 Kotak : RM120

IMAAN FAMILY WIPES ( KUNING )

1 Paket : RM6
3 Paket : RM15
1 Kotak : RM85

Setiap satu paket mengandungi 10 helai tisu


Kat mana nak dapatkan tisu Imaan Suci World ni.. ? eh sebelum tu zaza nak share sikit info mengenai Produk Imaan Suci World..

Ia dimiliki oleh WOW MISSION SDN BHD yang telah diasaskan oleh Puan Wawa Idris  ( Perunding Imej Bertauliah )

Selain Imaan Suci Wipes, beberapa produk lain turut dikeluarkan iaitu Teh Kurus Zero Belly Fruitea Detox, teh ni zaza dah minum.. boleh rujuk entri zaza ZERO BELLY FRUITEA DETOX , Serum Susuk Beradu, Jardin Imaan Foundation, dan produk penjagaan rambut.

Produk-produk Imaan Suci World dihasilkan dari kilang bertaraf GMP dan telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ), oleh itu tak usah ragu-ragu nak try okay..

Produk Imaan Boleh Di dapati di...

Jadi kepada rakan-rakan zaza tersayang..jika you all nak dapatkan mana-mana produk Imaan Suci World boleh terus melayari :



34 ulasan:

  1. Banyak betul feedback baik pasal Imaan...Sally pulak jenis kalau ade bau tu mmg tak suka..tapi teringin jugak la nak cuba guna Imaan sekali

    BalasPadam
  2. Anak2 ayu suka pakai tisu basah. Pergi mana2 mesti nak bawak sorg satu dlm beg

    BalasPadam
  3. kak liez mmg guna suci wipes utk remove makeup..sennag tanggaldan lembut jepada kulit. anak-anakpulakkak liez pakaikan utk lap tangan..mmg suka sgt dgn wipes imaan ni

    BalasPadam
  4. Teman pun suka tissue imaan ni.. suka bau dia.. suka tissue dia yang lembut tu.. suka rasa segar lepas lap dengan tissue ni.. hubby pun suka gak

    BalasPadam
  5. Tissu basah aku pun selalu bawa kemana mana sebab banyak gunanya. Di dalam tas dan di mobil selalu sedia tissue basah

    BalasPadam
  6. Senang nau be tisu imaan ni..wuduk friendly lak tu..wajib ada dlm hbag hihi

    BalasPadam
  7. Senang kan ada Tissue yang best ni. Hendak remove makeup pun senang je especially waterproof makeup. Ika suka waena pink wangi betui.

    BalasPadam
  8. Sebelum ni kan ingat imaan wipes ni ade satu jenis je yang biru tu. Rupanya ada jugak jenis lain. and baru baru ni ade baca review pasal produk foundation imaan. tang sangka imaan ada keluar produk lain selain wipes

    BalasPadam
  9. Ohh.. Bella kalau travel memang bawak tissue gini untuk remove makeup. Senang dan safe space kalau banding nak bawak liquid bottle makeup remover tu. Cuma sekarang Bella guna brand lain. Maybe in the future, Bella boleh try brand Imaan ni pulak lah.

    BalasPadam
  10. Haritu ada beli dari cousin tisu ni. Tapi tak cuba lagi. Nanti nak pakailah. Walhal memang sntiasa letak dalam bag.

    BalasPadam
  11. Wah senang nak pakai makeup cleansing macam ini, especially on the go and time travel kan.

    BalasPadam
  12. Selalu juga baca pasal imaan wipes ni. Belum pernah try but ramai cakap this wet wipes best. Ni mesti nak gi beli for next travel.

    BalasPadam
  13. bab tisu basah ni mmg wajib ada dlm beg

    BalasPadam
  14. banyak juga jenis tisu imaan kenal yang biru jer sebelum ni.. memang best guna hihihi

    BalasPadam
  15. Mudahnya nak tanggal mekap dengan Imaan wet tissue ni. Senang dibawa ke mana saja kan. Kalau nak ambik wuduk pun senang, lap ja dah bersih

    BalasPadam
  16. sebelum cuci muka memang akak lap dengan wet tissue..nanti wet tissue sedia dah habis boleh try wet tissue imaan pulak

    BalasPadam
  17. kak zaza! aira baru je usya pagi tadi tapi nak beli melalui shopee je. hehe teringin sangat nak cuba sebab aira kulit sensitif dan cept kering :D

    BalasPadam
  18. Dulu emi pernah guna imaan suci wipes ni. Not bad. Tapi lama2 dah habis tak beli pun haha. Sekarang duk guna makeup remover je.

    BalasPadam
  19. best pakai tisu ni wangi bau die suka sangat hehe, bagus utk makeup remover

    BalasPadam
  20. pernah cuba yang biru punya.memang best sebab senang sangat nak cuci muka dengan wet tissue imaan ni.Bau dia pun best hahaha

    BalasPadam
  21. Wow tak sangka yer sapu-sapu jer dah tanggal semua mackup kat muka tu sangat mudah dan membantu orang perempuan terutama yang dah penat seharian dengan mackup nak tido sapu jer terus boleh tidur hehehehe...

    BalasPadam
  22. Wah dah banyak kaler rupanya pakaging dia. Dulu satu kaler je yang saya tengok. Memang ramai kawan2 guna jenama ni.

    BalasPadam
  23. Bagus untuk di bawa ketika travel..senang nak gunakan daripada foam tu..leceh kena cari air bagai. Ramai yang kata bagus..sis nak cuba jugak nanti

    BalasPadam
  24. Memang akak akan letak wet tissue dalam beg supaya senang nak lap kerusi baby kat kedai makan time keluar tapi akak pakai brand diapex. Nanti boleh cuba brand imaan ni pulak, nampak macam best jer..tapi rasanya lebih sesuai guna di muka kan? Tak sesuai buat lap kerusi..

    BalasPadam
  25. Tisu basah memang wajib ada dalam beg setiap ibu bapa. Maklumlah anak anak kita ni banyak ragamnya, kadang kadang tu air tak de. Senang bawa tisu basah ni

    BalasPadam
  26. Senangkan ada tisu dalam beg, boleh lap makeup dekat kereta je

    BalasPadam
  27. memeang senang pakai tisu iman wipes ni..nak buang makeup, muka kotor ke..muka segar je lepas lap pakai tisu ni..lembut je kulit..nad dapat contest wawa haritu..ni rasa nak tambah stok lagi

    BalasPadam
  28. Wahhh bestnya tisu imaan nie. Satu kali wipes je dah boleh tanggalkan semua make up. Mudahlah wanita utk tanggalkn make up lepas nie. Tak perlu tonyoh banyak2 kali. Nk beli lah utk family !

    BalasPadam
  29. pnh pkai.. mmg tanggal habis makeup...

    BalasPadam
  30. Lepas ni wanita muslim dah boleh bawa sorg satu wet tissue ni. senang nak remove mekap kan. Anak2 pun boleh guna sama

    BalasPadam
  31. baru tau pasal tisu basah jenama ni.. selalu tau yg anak2 guna tu je... hehehe

    BalasPadam
  32. Jrg guna wet tisu utk lap muka biasa basuh muka trs dgn cleanser,nti blh try belli๐Ÿ˜Š

    BalasPadam
  33. lea pakai jugak tisu ni..mmg bagus..

    BalasPadam
  34. ray suke packaging dye. cantikkk

    ray here | imperfectly perfect

    BalasPadam

Labels

beauty (50) KECANTIKAN (24) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (33) LAIN-LAIN (75) OTHERS (38) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)