Freelance Makeup MUA Fienarizz Batu Caves - Zaza Iman



Ahad, September 23, 2018

Freelance Makeup MUA Fienarizz Batu Caves


Freelance Makeup MUA Fienarizz Batu Caves. Hai Assalamualaikum..zaza memang minat gila makeup..ingat lagi beberapa tahun lalu masa tu bab makeup memang zero lah..yang zaza tahu pakai foundation..dap dap lepas tu sapu bedak..

Pernah zaza masuk mall, time tu zaza nak cari sikit barangan makeup..tengah-tengah cari kat satu kedai ni..seorang seller kedai yang ramah ni tegur zaza..dia kata makeup zaza bercapuk gila..so zaza pun pinjam cermin kat situ..bila tengok zaza rasa time tu juga zaza nak cuci makeup..sebab nampak cair, bercapuk..tak sekata..memang sedih jugak lah..pulak tu zaza tak reti lukis kening..ala shin chan dah haha..

So selepas dari tu..zaza usaha la belajar sikit-sikit makeup ni..adalah masuk 2 kali kelas berbayar.. tapi lepas tu pun tangan masih tak pandai-pandai lagi nak lukis kening semua..

But sekarang ni..dah 2 tahun lebih kot..baru la pandai sikit itu pun zaza rajin tengok Mua Bellaz dulu..suka tengok video-video dia yang selalu ajar makeup..

Cakap pasal makeup ni..zaza nak share satu makeup Mua ni yang buat servis makeup pengantin atau sesiapa je yang berminat untuk sebarang majlis..

Mua ni namanya Fienarizz.. bagi yang mencari-cari jurumakeup untuk photoshoot ke..majlis-majlis ke..ini beberapa wajah-wajah cantik hasil makeup dari Fienarizz..

Freelance Makeup MUA Fienarizz Batu Caves

Bagi Fiena, makeup bukan sekadar kerjaya tapi kerana minatnya yang begitu mendalam..samalah macam zaza jugak..

Fiena juga seorang mua yang akan cuba sedaya upayanya untuk memastikan hasil kerja memnuhi kehendak dan citarasa pelanggannya..

Selain tu bestnya Fiena ni dia suka mendengar pandangan atau jika ada apa-apa pendapat untuk mengekspresikan kreativiti makeup ke atas wajah pelanggan.

Freelance Makeup MUA Fienarizz Batu Caves

Freelance Makeup MUA Fienarizz Batu Caves

Freelance Makeup MUA Fienarizz Batu Caves

Freelance Makeup MUA Fienarizz Batu Caves

Freelance Makeup MUA Fienarizz Batu Caves

SERVIS MAKEUP FIENARIZZ

Berpengalaman dalam membuat servis makeup lebih 100+ wanita. Kebanyakan barangan makeup yang Fiena guna dan applykan pada wajah pelanggan adalah dari barangan yang berjenama.

Makeup-makeup Fiena juga sesuai untuk semua jenis muka. Bagi yang nak buat tempahan makeup sebelum majlis pekahwinan dan nak buat percubaan dulu pun boleh..ini dinamakan pakej trial dengan harga berpatutan.. so boleh la feeling-feeling dulu merasai makeup dari Fiena sebelum tiba tarikh bahagia you all..

Freelance Makeup MUA Fienarizz Batu Caves

Freelance Makeup MUA Fienarizz Batu Caves

Fiena juga turut memberikan consultation percuma untuk dimana you all boleh mencari barangan makeup yang digunakan Fiena..senang kan..

Macam zaza dulu masa masuk kelas makeup pun..zaza suka tanya kat mana nak beli barang-barang makeup tu..

Harga servis makeup mengikut harga pasaran semasa. Bagi yang ingin mendapatkan harga yang tepat, gambar wajah close up diperlukan supaya Fiena dapat melihat complexion muka you all..harga bergantung kepada ketebalan makeup yang perlu diletakkan untuk menutup cela atau jerawat pada kulit.

So kepada rakan-rakan zaza yang nak dapatkan servis makeup Fienarizz dari batu Caves ni boleh la menghubungi Fiena di laman berikut :

Whatsapp : 017 203 9398


15 ulasan:

  1. Ray kagum dgn org yg pndai make up ni

    BalasPadam
  2. bestnya kalau pandai makeup kan.. Ilmu makeup ni boleh buat duit .. zaza pun dah pandai makeup sendiri.. tahniah

    BalasPadam
  3. Seronok tengok orang pakai mekap ni. Kita tak reti. Teringin nak belajar. Tapi ntah bila.
    Suka tengok hasil mua ni. Suka bila dapat transformkan muka cust tu. Hehe
    Hasil yang kebabom gitu.

    BalasPadam
  4. Dah lama tak makeup muka..hehhee..cantik2 makeup dia buat..kemas je..bila2 boleh contact dia mintak makeup nanti

    BalasPadam
  5. Sejujurnya memang tak pandai mekap. Belum lagi terfikir nak ambil kelas, wlupun kadang2 jeles tengok kawan2 pandai bermakeup..ok nti klu cari khidmat MUA leh la tr MUA ni..look good

    BalasPadam
  6. Cantiknya dia makeup, tak over sangat. macam orang cakap, makeup sepatutnya enhance the beauty bukan ubah terus muka. hehehe kalau ida ada kawan area2 batu caves nak makeup, boleh recommend dekat diorang.

    BalasPadam
  7. Lawa mekap by MUA Fienarizz ni. Look natural tu yang shad suka sangat.. Charge dia unik, ikut ketebalan gitu.. Hihi..

    BalasPadam
  8. Zira pun suka makeup, tapi makeup diri sendiri je. Org Batu caves untung boleh ambil service ni

    BalasPadam
  9. Lama gila xmain makeup2.. Cantik2 makeup mua ni... Dia cover area batu caves shje ke?

    BalasPadam
  10. Seronok join kelas make up... Ros pun masih belajar sendiri. Hihi.. make up gitu-gitu jer..

    BalasPadam
  11. Cantiknya mekap. Akak pun suka mekap mekap gak tapi tak lah exoert sangat

    BalasPadam
  12. Mmg xleh nk kataa apa.. memang make up dia lawa lawa la zaza.. boleh share dfn kawan2 area sana

    BalasPadam
  13. Thanks for the information, kadang we need freelance makeup service juga esp during wedding or special photo shoot.

    BalasPadam
  14. Memang lawa hasil solekan dia.
    Berseni orang kata. Hasil terbaik. Bila nampak perubahan kat muka tu.

    BalasPadam
  15. Kemas hasil solekan. Tangan ada seni mmg jadi je. Btw, dah follow ig mua ni..

    BalasPadam