Fesyen.Insta OOTD Trending Paling Win Untuk Hijabista di Hurr.tv - Zaza Iman

Jumaat, September 28, 2018

Fesyen.Insta OOTD Trending Paling Win Untuk Hijabista di Hurr.tv


Fesyen.Insta OOTD Trending Paling Win Untuk Hijabista di Hurr.tv. Sebagai seorang wanita, dunia fesyen adalah salah satu kesukaan zaza..walaupun zaza ni tidak lah berapa pandai dalam bergaya tapi zaza cukup suka tengok wanita-wanita zaman sekarang yang pandai bergaya tetapi masih mengekalkan ciri-ciri yang sopan dan hijabista.

Antara yang paling suka style Yatie Sendayu Tinggi..dan tak lupa juga Sharifah Rose iaitu hos bagi program Fesyen Insta ni..dekat insta memang zaza suka gila tengok dua orang ni.. Yatie Sendayu Tinggi zaza suka tengok perkongsian makeup dan ootd nya bergaya..Sharifah Rose pula zaza gemar dengan koleksi-koleksi ootd gambarnya bercuti ke sana sini dengan menggunakan kamera nya canon g7x mark ii.

Tapi apa yang zaza nak share sebenarnya adalah tentang sebuah rancangan baru iaitu FESYEN.INSTA OOTD Trending Paling Win untuk hijabista di hurr.tv


Fesyen.Insta OOTD Trending Paling Win Untuk Hijabista di Hurr.tv

Bagi you all yang minat bergaya trendy tapi tak berapa nak pandai sangat nak bergaya macam zaza ni..boleh lah menonton rancangan FESYEN.INSTA di laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia di hurr.tv.

Rancangan Fesyen.Insta ini adalah sebuah program fesyen dan beli belah secara online. Ia adalah khusus untuk semua wanita dan hijabista yang ingin bergaya muslimah yang modest tetapi stylish...menarik kan..boleh jugalah kita belajar macam mana nak berfesyen..

Fesyen.Insta OOTD Trending Paling Win Untuk Hijabista di Hurr.tv

Dalam rancangan Fesyen.Insta ni melibatkan penampilan beberapa buah butik popular yang menjual pakaian dan aksesori yang sesuai dan menepati citarasa gaya hijabista masa kini.

You all nak nak belajar fesyen yang trendy, elegan dan selesa boleh la tonton rancangan ini pada hari Selasa dan bermula dari 31 Julai 2018 hingga 2 Oktober 2018. Fesyen.Insta ini bersiaran pada jam 5 petang tau..

Rancangan ini bersiaran selama 8 episod dan dihoskan oleh dua orang instafamous cantik siapa lagi kalau bukan Sharifah Rose dan Tasnim Shah. You all mesti kenal kan..zaza selalu nampak wajah mereka ni kat instagram.

Fesyen.Insta OOTD Trending Paling Win Untuk Hijabista di Hurr.tv

Fesyen.Insta OOTD Trending Paling Win Untuk Hijabista di Hurr.tv

Fesyen.Insta OOTD Trending Paling Win Untuk Hijabista di Hurr.tv

Dalam setiap episod yang dipaparkan, Sharifah Rose dan Tasnim secara bergilir-gilir akan menyinggah butik fesyen yang menjual pakaian dan aksesori untuk diperagakan buat wanita yang mahukan gaya sopan, selesa dan inspirasi fashionable.

Antara butik-butik terpilih di dalam rancangan ini adalah seperti butik Miss Lily Shop, Muslimah4U, Arco.my, Calaqisya, Ameera Zaini, Sofea Rose dan Minimalace.

Selain tu turut ditampilkan hos rancangan ini menggayakan koleksi-koleksi pakaian dan aksesori mengikut tema dari butik fesyen tersebut. So dengan penampilan gaya dari hos sendiri, dapatlah kita dan semua penonton melihat sendiri rekaan khusus yang dijual.

Fesyen.Insta OOTD Trending Paling Win Untuk Hijabista di Hurr.tv
Baju ala kebaya dari butik Qhaleesa

Fesyen.Insta OOTD Trending Paling Win Untuk Hijabista di Hurr.tv
Hos Tasnim Shah mengayakan pakaian dari Minimalace

Yang menariknya lagi, dalam rancangan ini juga, hos turut share beberapa tip "do's & don'ts" sebagai panduan untuk semua bagaimana nak mix and match gaya you all supaya kekal on point dan mengelakkan kesilapan dalam berfesyen.

Bagi you all juga yang ingin mendapatkan koleksi-koleksi pakaian dan aksesori yang diperagakan di dalam setiap episod boleh membeli di laman web Beli@hurr.


Fesyen.Insta Program 

Fesyen.Insta merupakan sebuah program baru dimana ia memberi panduan fesyen kepada semua wanita terutamanya untuk hijabista ( wanita Islam moden yang ingin kelihatan bergaya tetapi masih mengekalkan kesopanan dalam berfesyen )

Fesyen.Insta adalah program panduan fesyen untuk hijabista – wanita Islam moden yang ingin tampak bergaya dan tetap menjaga kesopanan mereka. Menerusi kerjasama dengan butik-butik fesyen terpilih ini, penonton boleh mendapatkan pakaian serta aksesori yang ditampilkan dengan harga yang berpatutan di laman web Beli@hurr, berada di rumah mahupun pejabat sendiri, sekaligus menjimatkan masa berbanding membeli-belah di kedai fizikal." kata Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.

Pada minggu lalu yang merupakan episod ke-6 Fesyen.Insta, menampilkan butik Sofea Rose yang menawarkan "customprinte shawl" dan pada episod ke-7 pula menampilkan Tasnim Shah yang melawat butik Minimalace dimana di butik tersebut mempunyai busana perkahwinan yang elegan dan feminin dalam harga RM400 sahaja.. murah jugak ya harga yang ditawarkan..

Pada episod ke-8 yang akan bersiarkan pada hari Selasa, 2 Oktober 2018 ini, Tasnim Shah akan membawa you all semua menyaksikan pakaian di butik Qhaleesaa.

Fesyen.Insta OOTD Trending Paling Win Untuk Hijabista di Hurr.tv

Fesyen.Insta OOTD Trending Paling Win Untuk Hijabista di Hurr.tv

Oh ya..pada bulan Oktober ini, akan berlangsungnya satu Kempen Jualan MurMur #FesyenInsta yang mana pakaian dan aksesori dari 4 buah butik terlibat iaitu MissLilyShop, Ameera Zaini, Calaqisya dan Arco.my akan menawarkan diskaun sebanyak 15% dan penghantaran percuma. Woahhh...peluang best ni untuk you all nak grab pakaian dari butik-butik terkenal ini.

Berita baik buat pembeli juga, you all berpeluang untuk memenangi 2 keping tiket GSC setiap minggu sepanjang bulan Oktober jika you all membeli belah melebihi RM100. 

Nama-nama pemenang akan diumumkan pada hujung bulan Oktober 2018..haaa apa lagi jangan lepaskan peluang keemasan ini okay..

You all boleh menyaksikan rancangan Fesyen.Insta dan membeli pakaian di :


Boleh juga muat turun aplikasi hurr.tv di smartphone melalui App Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store bagi pengguna Android. Boleh juga tonton melalui web www.hurr.tv dan YouTube.

Rancangan Fesyen.Insta ini dibawakan khas oleh jenama penjagaan wajah dan kulit, Muca.

Maklumat lanjut mengenai hurr.tv, boleh ikuti mereka di laman berikut :

Youtube : hurr.tv


TONTON EPISOD 6 BERSAMA SOFEA ROSE

TONTON EPISOD 7 BERSAMA MINIMALACE
Sedikit Info Mengenai Hurr.tv

hurr.tv merupakan sebuah laman gaya hidup dan platform strim video dimana you all boleh menonton tak kira dimana pun menggunakan smartphone atau peranti yang ada internet. Memaparkan kandungan dalam talian untuk penonton muda di Malaysia.

hurr.tv berkongsi mengenai personaliti media sosial dan juga selebriti terkini dan trending dengan mengfokuskan perkembangan mengenai dunia fesyen, kecantikan, kesihatan, gaya hidup dan isu kontemporari.

hurr.tv kini telah ditonton hampir 17 juta sejak dia mula dilancarkan pada tahun 2016 dan kini telah mempunyai 98,000 pengikut di Youtube. hurr.tv juga menjadi antara laman hiburan dan gaya hidup utama di Malaysia dan antara artis yang pernah dipaparkan seperti Ain Edruce, Faizdickie, Zack Merican, Sharifah Rose, Ismail Izzani, Naim Daniel, Tasnim Shah, Cupcake Aisyah dan ramai lagi.


23 ulasan:

  1. Eh, suka lah. Paling suka sebab pakaian dia semua sopan-sopan walaupun masih nak ikut trend. Takde singkat-singkat sangat.

    BalasPadam
  2. Salam Jumaat Zaza..
    LZ pun suka dengan fesyen Hijabista sekarang.. Banyak variasi dan pilihan fesyen terkini..

    BalasPadam
  3. Alamak.. . Ketinggalan sungguh kita ni, belum pernah nonton hurr.tv
    Makaseh sharing Zaza, pasni nak pi usha². Banyak yang kita suka ada kat hurr.tv tuuu

    BalasPadam
  4. love the styles and gown type. Very good looking and fashionable, nice to see many types to choose from, good to let my friend of this place.

    BalasPadam
  5. perempuan dengan kecantikan bergaya mmg tk lari..semua suka dgn kecantikan tp tula xsemua org bole bergaya mcm2..kena tgk kesesuaian..tq share psl fesyen.nista yg bole ditonton secara online ni...biasa tgk org share fesyen2 ni kt IG or Fb

    BalasPadam
  6. Bab ni anak dara akak la yang suka ni...semua menarik perhatian teenagers kan..mak- mak macam akak maybe kena duduk tepi la kot..sebab fashion more untuk orang muda...hehehe

    BalasPadam
  7. wah! ada mcm2 fesyen tudung terkini utk wanita skrg.

    BalasPadam
  8. org yg cntik pakai nampk super cntk

    BalasPadam
  9. Whoa! cantik cantik fesyennye and so sweet too. Boleh ar gi shopping and ambik idea ootd kat sini.

    BalasPadam
  10. Cantiknya baju-baju yang digayakan. Brand2 ni semua mmg cantik2 kan design bajunya sebab kawan perempuan ada jugak sebut2 pasal brands2 ni. Baru dapat tgok harini. Mmg betul la cantik dan moden dari segi design.Fabric pon not bad.

    BalasPadam
  11. Suka melawa dan pakai fesyen baru nampaknya sampai kedai ni rambang mata nak pilih fesyen yang sesuai dengan kehendak diri

    BalasPadam
  12. Xpernah tahu pun ada hurr tv ni..semuanya cantik dan menutup aurat.. bagus ada mcm ni sebab menggalakkan anak2 muda untuk pakai yanv menutup aurat dr muda

    BalasPadam
  13. Kita suka juga tengok rancangan macam ni. Walaupun tak pandai berfesyen, tapi rasa seronok tengok dorang berfesyen. Yela, berfesyen ni tak boleh main hentan je kan walaupun kita rasa cantik dah.

    BalasPadam
  14. Bagus gak ada rancangan cam ni. Sis ni selalu buntu bab fesyen2 ni..leh lah tgk rancangan ni utk dptkan idea beli apa n kat mana

    BalasPadam
  15. Suka gak tgk rancangan mcm ni..
    Dapat tau latest trend kan..
    Tpi tu la akk ni beb fesyen ke laut gak..hahah

    BalasPadam
  16. Waduhhh.. soo sweet.. suka akak. Tak pernah pulak tau hurr.tv nih.. nampak sangat ketinggalan zaman kan haha. Dah give way to younger generation gitu
    Cara Nak Mulakan Perniagaan Roti Dan Kek Dari Rumah

    BalasPadam
  17. Sekarang dah makin banyak inspirasi untuk semua berfesyen dan Rawlins suka perkembangan fesyen yang sihat sebegini. Good job!

    BalasPadam
  18. Macam menarik rancangan ni kan. Ayu suka juga rancangan yg berkaitan fesyen hijabista. Banyak yg blh kita belajar :-)

    BalasPadam
  19. Janji tutup aurat btol2..sumer cantik hahah..tapi bagus perkembangan indstri fesyen skang ni..nak nak siap ada fesyen utk hijabista lagi..

    BalasPadam
  20. bagus semua cantik design...lg satu tutup aurat mmg patuh syariah...paham2 la malaysia ni byk sgt mufti hehehe

    BalasPadam
  21. Wah betul menarik program ni lagi ramailah orang berfesyen selepas ini. Ada program Yang jadi platform untuk orang follow fesyen terkini.

    BalasPadam
  22. Ok jgk rancangan mcm tetang fesyen dan n butik jd penonton blhlah memilih butik mana yg dorang sucks.

    BalasPadam
  23. tasnim shah..suka tgk dia.cantik je dia ni.

    BalasPadam

Labels

beauty (58) KECANTIKAN (31) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (33) LAIN-LAIN (75) OTHERS (55) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (11) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)