50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red - Zaza Iman

Jumaat, Oktober 12, 2018

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red


Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red. Hi all..bila masuk kedai kosmetik kan zaza memang suka tengok barangan makeup macam foundation, eyeshadow, blusher, bedak dan juga lipstick. Kadang-kadang tu niat nak beli satu je barangan tapi bila dah masuk macam-macam nak beli..


Kalau lipstik zaza suka beli color nude-nude..zaza jarang guna warna merah terang tapi kali ni zaza rasa dah jatuh hati gila dengan warna lipstick color Juliet Red dari jenama Swanicoco - Show The Velvet Lipstick.


Color Juliet Red ni zaza rasa sesuai dengan zaza..tambah sesuai jika mengenakan shawl berwarna hitam..nampak lebih menyerlah..



50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red
Juliet Red Color Lipstick

Swanicoco Lipstick ni limited edition tau..zaza suka sebab tekstur nya yang best sangat bila kali pertama zaza pakai..zaza oleskan dengan berus. Satu lagi bauannya harum mekar..ada setengah lipstick zaza tak boleh nak bau..tapi Swanicoco ni memang ikhlas zaza puji 💋

Swanicoco Lipstick baru je diperkenalkan hasil kerjasama jenama Swanicoco dari Korea dengan 50gram iaitu sebuah kedai bunga secara online di Malaysia.

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red


SWANICOCO

Swanicoco adalah sebuah syarikat kosmetik yang bertapak di Korea. Pada mulanya Swanicoco mengeluarkan sabun semulajadi melalui proses penapaian. Jadi bahan dan pembuatannya adalah selamat untuk digunakan.

Swanicoco menggunakan bahan-bahan semulajadi dari ekstrak tumbuh-tumbuhan di dalam rangkaian produknya. Selain itu ia guja menggunakan bahan-bahan dari Perancis dan juga Eropah. Mereka juga menggunakan bahan dari Amerika Syarikat dan Australia.

Tak perlu nak risau sebab kandungan bahan mereka bebas dari bahan kimia berbahaya, tiada pewangi tiruan, tiada steroid, bebas paraben, bebas alkohol dan benzophenones.

50GRAM

50GRAM pula sebuah kedai bunga online yang beroperasi di Malaysia. 50Gram menyediakan servis penghantaran bunga-bungaan di Kuala Lumpur, Selangor dan juga Pulau Pinang. Jadi kalau you all nak tempah bunga untuk apa-apa je majlis boleh la tempah dengan 50Gram ni tau..

Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red

Swanicoco adalah jenama jenama kosmetik dari Korea untuk tahun 2018. Didatangkan dengan 3 warna istimewa yang begitu mempersonakan iaitu Juliet Red, Shine Orange dan Pink Blossom.

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red

Macam zaza memilih warna Juliet Red..lipstick ini mengandungi bahan pelembab semulajadi dan membantu melembapkan bibir dan tahan lama. So ia tidak mengeringkan bibir.. lipstick yang macam ni la zaza suka..

Nak cuci pun senang tau..antara bahan lain adalah seperti Octyldodecanol, Isononyl Isononanoate, Silica, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Isoeicosane, Ozokerite, Ethylhexyl Palmitate, Microcrystalline Wax, Paraffin, Phenyl Trimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyhydroxystearic Acid, Kaolin, Tocopheryl Acetate, Caprylyl Glycol, Argania Spinosa Kernel Oil, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate, Hexylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Ci 15850, Ci 45410, Ci 15985, Ci 19140, Ci 15850

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red
Sebelum makeup dan sebelum pakai lipstick


50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red
Selepas pakai Juliet Red color..menyerlah kan..

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red
Tekstur warna yang pekat.. 

Swanicoco Lipstick ni datang dalam bekas berputar.. nak cuci pun senang je.. pakai sehelai tisu basah dan gosok-gosok gitu je dah tanggal..

Selain teksturnya yang pekat, Swanicoco lipstick ni juga creamy dan ringan je kat bibir. Zaza pula suka pakai lipstick pekat-pekat..tapi ada kala pakai nipis untuk nampak natural. Kebiasaan lipstick warna terang ni sesuai untuk event-event glamor gituuuu..

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red

50Gram X Swanicoco Show The Velvet Lipstick Color Juliet Red

Lipstick ni pun boleh juga dibuat sebagai blusher..oleskan sikit kat pipi dan dap-dap kan..memang nampak cantik sangat tau..

Pendapat zaza :

Color: 10/10
Bauan : 9/10
Removing : 9/10
Ketahanan :8/10
Kelembapan : 9/10
Price : 5/10 

Harga Jualan

Harga jualan Swanicoco lipstick juliet red ini hanya RM88.85 je satu batang dan boleh mendapatkannya melalui website 50Gram. Selain itu you all juga akan dapat 25% diskaun untuk pembelian lipstcik ini. You all juga berpeluang untuk dapat lipstick percuma dan tinggal di villa.. untuk purchase di link berikut >>> SWANICOCO JULIET RED

Maklumat lanjut boleh layari :



5 ulasan:

  1. Wah.. bau dia sedap yea.. Teman pun suka lipstick yang bau sedap dimulut.. hee

    BalasPadam
  2. Wah cantik la warna dia. Ssuai dgn zaza.Produk dr korea lak tu. Msti bgus ni..

    BalasPadam
  3. Cantik warna red velvet ni..sesuai dengan zaza ❤

    BalasPadam
  4. cantik warna ni zaza... akak pun suka

    BalasPadam

Labels

beauty (58) KECANTIKAN (31) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (33) LAIN-LAIN (75) OTHERS (55) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (11) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)