Mainkan Peranan Anda. Jadilah Pemandu Yang Berhemah Di Jalan Raya - Zaza Iman

Selasa, Ogos 07, 2018

Mainkan Peranan Anda. Jadilah Pemandu Yang Berhemah Di Jalan Raya



Mainkan Peranan Anda. Jadilah Pemandu Yang Berhemah Di Jalan Raya. Walaupun Zaza baru je ada lesen memandu tapi Zaza masih gementar lagi nak “drive” sorang-sorang sebab selalu membayangkan jika apa-apa terjadi. Tapi Zaza perlu berani sebab sampai bila nak harapkan orang je terutamanya kalau nak keluar.
Ada satu peristiwa ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, Zaza nampak satu kemalangan jalan raya yang mungkin masih baru masa tu..sebabnya ada mayat terbaring di jalan raya. Keadaan kereta pun agak remuk.

Bila ada peristiwa macam tu Zaza akan terfikir apalah nasib mangsa dan keluarga mereka. Time tu mula la hidung rasa pedih-pedih dan mula nak keluar air mata..Zaza kalau bab macam ni memang cepat gila touching nya.

Mainkan Peranan Anda. Jadilah Pemandu Yang Berhemah Di Jalan Raya

Satu lagi pengalaman Zaza, masa Zaza nak pulang ke rumah..Zaza naik bas seperti biasa. Entah macam mana waktu tu dapat pemandu yang bawa cukup laju.. Memang masa tu risau dan berdebar sangat..Rasa nak melayang nyawa..Time tu ada satu keadaan pemandu bas cuba brek mengejut dan ada seorang pakcik yang tidur di seat paling depan di hadapan Zaza terjatuh..kesian sangat. Penumpang lain pun marah-marah minta pemandu tolong bawa berhati-hati dan jangan laju sangat. Tapi mereka pula yang dimarahnya. Ya, ini peristiwa yang memang terjadi..sejak itu Zaza jadi takut nak naik bas lagi..

Mainkan Peranan Anda. Jadilah Pemandu Yang Berhemah Di Jalan Raya

Memandu terlalu laju sebenarnya amat bahaya dan boleh mengundang kemalangan. Begitulah juga yang suka bermain telefon bimbit semasa sedang memandu. Tahu tak, penggunaan telefon semasa memandu adalah penyebab utama kemalangan di Malaysia dan juga luar negara. 

Mainkan Peranan Anda. Jadilah Pemandu Yang Berhemah Di Jalan Raya

Bila dah terjadi kemalangan akibat sikap kita, baru lah mula nak menyesal..jika sekadar keadaan kereta saja yang kerosakan sedikit mungkin tak apa..tapi bagaimana jika keadaan kereta yang remuk.

Tentunya kita runsing memikirkan tentang kos ganti rugi yang perlu dibayar.

Zaza ada terbaca tentang Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM ) dan Malaysian Takaful Association (MTA).  Di dalam laman web PIAM dan MTA, kita boleh dapatkan info mengenai insurans/takaful motor.

Melalui laman web ini, Zaza juga boleh memperoleh sebut harga daripada syarikat insurans/takaful motor pilihan. Bandingkan kos dan perkhidmatan yang ditawarkan sebab motor insurans/takaful kini telah diliberalisasi. Dah tak sama dengan dulu so kita sebagai pengguna patut luangkan sedikit masa untuk mengetahui cara-cara untuk menikmati lebih manfaat daripada motor insurans / takaful yang dibeli. 

Sila layari :



#PlayYourRole

19 ulasan:

  1. BAgus ada web macam ni.. kita dapat info tentang insurans ni semua kan... kak Rose tak pandai bawa kereta, niat nak belajar tu ada... insyaallah akan diusahakan...

    BalasPadam
  2. Memang bagus ada website macam ini. Sekurang-kurangnya kita dapat juga info berkaitan insurans semua tu. Tiadalah main bayar je hehe

    BalasPadam
  3. Sememang Kita perlu membeli insurance kenderaan utk kebaikan serial pemandangan.

    BalasPadam
  4. jangan takut sis, saya dulu pun macamtu sebabnya masa bawak kereta sekolah memandu lain, bawak kereta sendiri lain. mula mula jalan dekat dekat je lepastu berani dah... nak mahir bawak kereta ni memang akan ambik masa. yang penting kena berani

    BalasPadam
  5. Bgus ada insurans mcm ni..apa2 berlaku kemalangan ke apa kita dptla cover dgn insurans kan... Kdg2 org nmpk benda ni remeh tp mmg perlu ada...

    BalasPadam
  6. Mula tu memang takut..tapi memang kena beranikan diri jugak..sebab tak dak driver yang boleh bawak kak pi sana sini 😅

    BalasPadam
  7. Sama lah, tak suka naik bas sebab drive laju sangat. Kalau dekat highway pun nampak bas speeding over limit padahal muatan berat :(

    BalasPadam
  8. dlu mana2 mmg naik bas je..tapi btul penggunaan hp masa memandu mmg bahaya..sbb kita jadi tak fokus nk memandu

    BalasPadam
  9. sangat bagus jika ada insurans macam ni, tak apa zaza slow cuba drive sorang akak dulu x berani jugak hii, tapi tak semua tempat akak berani drive sorang hii

    BalasPadam
  10. Memang elok ada insurans macam ini, kita pun kena beringat akan datang. Azwar sampai sekarang tak drive dah

    BalasPadam
  11. selalu ingat pesanan aboh akak jadi pemandu berhermat hihihi.. biarpun buka kita yang drive sentiasa peringatkan suami

    BalasPadam
  12. Perkongsian yg bagus zaza..
    Tp alamak.kita selfie mase tgh drive.huhu

    BalasPadam
  13. Perlindungan insuran memang perlu zaza. Yela, kita tak boleh nak jangka kan bila keadaan buruk nk berlaku.

    BalasPadam
  14. Laju tk bertempat boleh membahayakan nyawa org lain. Slow sangat pun boleh menyusahkan org lain. So be sederhana in pemanduan dan kehidupan. Kihkih

    BalasPadam
  15. Web macam ni bagus sangat..Terima kasih Zaza, share..

    BalasPadam
  16. Bagus ada website penerangan macam ni.. Maklumla, sbgai perempuan, Shad pun mmg kurang Ilmu kalau bab bab kereta moto ni.

    BalasPadam
  17. Betul penting pemanduan berhemah ni

    BalasPadam
  18. I'm a noob in driving, simply because Malaysian drivers ain't helpful.. Well hopefully, bila ada website macam ni, ada la perubahan.. huhu

    BalasPadam
  19. salam singgah. terima kasih sharing. ilmu baru untuk kak ^_^

    BalasPadam

Labels

beauty (58) KECANTIKAN (31) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (33) LAIN-LAIN (75) OTHERS (55) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (11) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)