Khidmat Penghantaran Bunga Dari Flower Chimp di Seluruh Malaysia - Zaza Iman



Khamis, Ogos 16, 2018

Khidmat Penghantaran Bunga Dari Flower Chimp di Seluruh Malaysia


Khidmat Penghantaran Bunga dari Flower Chimp di Seluruh Malaysia.  Happy kan kalau dapat sejambak bunga dari tersayang. Dulu zaza selalu juga berangan nak bunga tapi tak pernah dapat...macam mana nak dapat kalau orang yang tersayang pun tak ada.

Oh ya, kalau ada rakan-rakan zaza yang nak mencari bunga boleh je menggunakan servis dari Flower Chimp ni.

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara.

“Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.


Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.


Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.

Hubungi kami:

Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook:  https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara


Mengenai Flower Chimp

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara
Niklas Frassa 

Maximilian Lotz
Ketua Pegawai Eksekutif, Flower Chimp

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Flower Chimp, Maximilian bertanggungjawab untuk menjalankan semua aspek perniagaan di empat pasaran Flower Chimp. Maximilian mempunyai rekod prestasi yang mantap dalam ruang e-dagang daripada mengetuai perniagaan Malaysia hear.com, penjual alat pendengaran yang terkemuka di dunia. Sebelum itu, Maximilian memperoleh pengalaman luas dalam bidang perbankan pelaburan & modal teroka. Maximilian lulus dengan B.Sc. dalam Pentadbiran Perniagaan dari Maastricht University (Belanda) dan Bocconi University Milan (Itali)

Niklas Frassa
Ketua Pegawai Operasi, Flower Chimp

Sebagai Ketua Pegawai Operasi Flower Chimp, Niklas bertanggungjawab menyelia operasi seluruh jabatan di empat pasaran Chimp Flower. Latar belakang Niklas adalah dalam perundingan pengurusan, di mana dia antara peranan lain bertindak sebagai pemimpin projek untuk firma perunding pengurusan terkemuka di industri media Jerman. Lebih-lebih lagi, beliau memperoleh pengalaman e-dagang yang luas di Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan syarikat fesyen dalam talian terkemuka di Asia Tenggara, Zalora. Niklas lulus dengan M.Sc. (CEMS) dalam Pengurusan Antarabangsa dari Rotterdam School of Management (Belanda) dan B.Sc. dari WHU - Sekolah Pengurusan Otto Beisheim (Jerman).

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain.

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com. Sila hubungi Jabatan Pehubungan Awam kami menerusi emel: pr@flowerchimp.com atau telefon bimbit: +6013-886 9948 untuk sebarang pertanyaan berkaitan media.

16 ulasan:

  1. tetiba teringin nak hantar bunga ros kpd isteri....

    BalasPadam
  2. Cantiklah bunganya nmpk fresh, gubahan pun nmpk kemas

    BalasPadam
  3. Oh wow! best kan now we can order flowers and send so easy.

    BalasPadam
  4. Boleh order untuk diri sendiri kan? Nak convo ini.. Cantik pula bunga-bungaanya

    BalasPadam
  5. Walaupun bukan peminat bunga, tetiba teringin plak tgk bunga cantik2 nih.

    BalasPadam
  6. as low as RM89 mmg terbaik la...biasanya kan mahal jugak kalau nak hntr...pastu boleh dapat hari yg sama.

    BalasPadam
  7. Bestnyaaa kalau la ada yang nak hadiahkan bunga sejambak. Mau senyum 3hari 3malam. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜…

    BalasPadam
  8. menarik sangat..bunga serendah 89..ni nak bgi hint dekat suami suruh bagi bunga..hehee..

    BalasPadam
  9. Sukanya fresh flower! Senang order je sekarang ni untuk hantar buat yang tersayang...

    BalasPadam
  10. Serius akak cakap memang bunganya cantik dan menarik tau dengan harga serendah m89..kira ok sangat dah

    BalasPadam
  11. Teringin nak dpt jambangan bunga..x pernah dpt pun..cantik2 bunga2 kat flowerchimp ni no

    BalasPadam
  12. Wah cantik betul bouquetnya

    BalasPadam
  13. Harga berpatutan la.. Selaluny agak mahal tau, boleh dpt dlm masa 1 hari plak tu

    BalasPadam
  14. kalau yang suka bunga tu.. boleh la suruh cik abg hadiahkan bunga sempena hari bahagia diorang

    BalasPadam
  15. Congrats to Flower Chimp, their services, designs and choices memang terbaik and tip top.

    BalasPadam