Bayam Brazil ( Brazillian Spinach ) Sayuran Yang Boleh Dijadikan Salad - Zaza Iman

Khamis, Ogos 23, 2018

Bayam Brazil ( Brazillian Spinach ) Sayuran Yang Boleh Dijadikan Salad


Bayam Brazil ( Brazillian Spinach ) Sayuran Yang Boleh Dijadikan Salad. Setiap kali kalau makan nasi mesti nak sayur. Kalau tak ada rasa macam tak berselera sangat nak makan. Baru-baru ni masa ikut kakak ke rumah kawannya sebab nak petik sayur..zaza tertarik dengan sayur Bayam Brazil atau Brazillian Spinach.

Pertama kali zaza tengok dan tahu tentang sayuran ni. Renek-renek je daunnya. Balik je lepas petik sayur Bayam Brazil ni terus tak sabar nak rasa dan goreng. Bila dah goreng memang sedap rupanya. tak tahu nak gambar kan rasanya tu macam mana. Tapi ada juga zaza terbaca sharing di beberapa media yang rasanya ada seakan macam kankung dan macam kailan.

Bayam Brazil ( Brazillian Spinach ) Sayuran Yang Boleh Dijadikan Salad
Mini landskap kakak..tanaman Bayam Brazil

Dinamakan Bayam Brazil kerana ia berasal dari Brazil. Untuk tanam Bayam Brazil ni cukup mudah tau.. hanya gunakan keratan batang je dan cucuk kat tanah. Macam zaza, kakak yang tanam. So kakak sediakan tempat khas untuk tanam bayam ni. Daun bayam ni pun membiak dengan cepat. Dalam dua ke tiga minggu dah tumbuh banyak macam dalam gambar zaza share ni. 

Bayam Brazil ni sesuai tanam kat kawasan yang redup-redup sikit dan lembab.

Bayam Brazil ( Brazillian Spinach ) Sayuran Yang Boleh Dijadikan Salad

Bayam Brazil ( Brazillian Spinach ) Sayuran Yang Boleh Dijadikan Salad

Daunnya memang segar bugar dan berwarna kehijauan yang sangat cantik. Ada berlekuk-lekuk sikit dan tebal. Kalau macam bayam biasa tu daun dia lebar dan nipis.

Seronokkan tengok hasil tanaman menghijau macam ni..selain digoreng, Bayam Brazil ni sebenarnya boleh juga dimakan begitu sahaja. Mean di makan mentah atau pun di buat salad.

Bayam Brazil ( Brazillian Spinach ) Sayuran Yang Boleh Dijadikan Salad

Bayam Brazil ( Brazillian Spinach ) Sayuran Yang Boleh Dijadikan Salad

Bayam Brazil ( Brazillian Spinach ) Sayuran Yang Boleh Dijadikan Salad

Zaza suka goreng dan makan macam tu je.. kalau makan mentah, rasa macam rangup-rangup. Tak pahit. macam manis-manis sikit. Memang sedap.

Selain di makan, Bayam Brazil juga banyak dijadikan sebagai hiasan di rumah-rumah. Ia boleh di tanam di batas atau pun di dalam pasu.

Daun Bayam Brazil ni tak ada lendir. Sering digunakan di dalam masakan oleh orang barat. Seperti orang Brazil, mereka suka makan mentah bersama tomato dan bawang putih.

14 ulasan:

  1. wahhh segar2 bayam2 tu..pandai tanam sayur-sayuran

    BalasPadam
  2. Alololo.. Comey nya sayur bayam tu. Macam nak cuba tanam je. Untung2 dah dpt sejenis sayur kn. Hihi

    BalasPadam
  3. ur ni mmg sedap, saya pernah try. fav saya. cantiknya gambar tu, snap pkai apa ? by the way, nk bgtahu ni yg saya ltak blog ni dalam bloglist sidebar saya. suka sgt blog ni

    BalasPadam
  4. kena tanam la sikit utk dibuat ulam...

    BalasPadam
  5. Kalau tengok pada gambar tu, rasanya macam pernah makan bayam brazil ni. Tapi tak berapa ingat masak macam mana waktu tu

    BalasPadam
  6. mungkin pernah nampak/makan sebelum ini cuma baru hari ini tahu namanya :-)

    BalasPadam
  7. segarnya bayam... nak kena tanam gak la nanti...

    BalasPadam
  8. Nampaknsedapntu zaza. Nanti nak merasa jugakkkk..hee

    BalasPadam
  9. Bayam brazil.. 1st time dengar tapi sebab TB pencinta sayurrrr hijauu.. i likeee

    BalasPadam
  10. seakan baby spinach erk..buat salad mentah mesti ranggup je rasanya

    BalasPadam
  11. selalu tengok orang putih masak bayam ni..comel je..masak simple tapi sedap..nad suka makan bayam hehee..

    BalasPadam
  12. Mana nak dapat ye... Kat mana ade jual... Rasa macam pernah makan...

    BalasPadam
  13. Ni fav akak jugak ni zaza..tengah biakkan lagi bagi banyak2..buat salad sedapnya

    BalasPadam

Labels

beauty (58) KECANTIKAN (31) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (33) LAIN-LAIN (75) OTHERS (55) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (11) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)