Tip Untuk Membantu Mudahkan Anda Tidur . Zaza antara individu yang kerap tidur lewat malam..pernah banyak kali cuba tidur awal antara jam 11.00 malam ke 12 malam tapi still tak boleh nak tidur..ada saja perkara yang nak dibuat,,belek buku, tengok phone sehinggalah berlarutan sampai jam 1.00 ke 3.00 pagi.
Pernah juga terjadi masa sedang elok layari internet di laptop..secara tiba-tiba kepala rasa pening dan seperti nak tumbang..sebenarnya keadaan macam tu tandanya disebabkan kita kurang tidur. Jadi menjaga kualiti tidur tu penting. Dengan tidur yang cukup, aktiviti seharian pun menjadi mudah dan tidak terganggu.
Jadi untuk mendapatkan kualiti tidur yang cukup dan berkualiti, ada beberapa tip untuk anda yang mungkin berguna..
1. Menukar Waktu Melakukan Aktiviti Pada Sebelah Pagi
Macam zaza selalu baca buku diwaktu malam..jadi mungkin selepas ini zaza pun kena cuba ubah waktu membaca ke pagi. Kebanyakan ada antara kita sanggup berjaga sehingga lewat malam untuk melakukan perkara yang disukai seperti membaca novel. Jadi apa kata cuba ubah di waktu pagi. Dengan cara ini, anda akan rasa nak tidur lebih awal supaya dapat bangun lebih awal untuk membaca novel. Mungkin boleh membaca ketika sedang menikmati sarapan pagi..
2. Pengambilan Kopi Terakhir Pada Jam 2 Petang
Zaza memang jarang gila minum kopi..tapi bagi anda yang gemarkan kopi, tahukah anda purata seseorang untuk menyingkirkan kafien dalam sistem tubuh adalah kira-kira 5 hingga 7 jam. Bagi menyingkirkan 75% kafien yang ada dalam tubuh akan mengambil masa 8 hingga 10 jam. Jadi pengambilan kopi atau minuman berkafien di petang hari atau malam pastinya akan menganggu tidur. Oleh itu, waktu terbaik minum kopi sebelum jam 2 petang
3. Pakai Stokin Untuk Hangatkan Kaki
Kalau berada dalam bilik yang bersuhu sejuk, pastinya mudah untuk kita tidur kan kerana tubuh memerlukan suhu yang lebih rendah untuk tidur, tetapi sekiranya suhu terlampau sejuk akan menyebabkan kaki menjadi sejuk dan dingin. Bila ini terjadi, ia boleh menyebabkan salur darah menjadi sempit dan haba dalam tubuh terperangkap lalu menyebabkan anda menjadi susah nak tidur. Oleh itu pakailah stokin ketika tidur untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti
4. Mengemas Tempat Tidur
Bila tempat tidur sentiasa kemas dan cadar serta selimut berbau wangi, ia akan membuatkan anda rasa nak tidur lebih awal
5. Tiada Gadget 2 Jam Sebelum Tidur
Punca lewat tidur kadangkala sebab gadget. Terlampau terdedah dengan cahaya biru sebelum tidur akan mengganggu penghasilan melatonin iaitu hormon yang mengawal putaran tidur. Ada beberapa alat yang boleh menghalang cahaya biru terus ke mata. Contohnya alat F. Lux . Alat ini membantu untuk menyuramkan kecerahan cahaya. Tapi sebaiknya cuba limit kan penggunaan gadget beberapa jam sebelum tidur. - Sumber Majalah Fesyen Hijab
kalau CT ubat nak tido cepat bagila apa2 buku sekalipun hahaha..
BalasPadamPart henfon pgang sblum tidoq tu mmg betoi sangat. Dh pgang phone mana nk sedar, tengok dh ke pagi.. Hihi. Tapi shad memalam mmg dah tido awal, siang terasa sgt letih.. Hihi. Nice tips, boleh try..
BalasPadampart last tu paling susah..sebab biasanya time nak baring tu baru buka phone.hahah..masa tu la nak check email, nak set alarm , nak tengok gambar bagai..hahah
BalasPadamMcm kita sejak kena sakit kalenjar ni senang tido. Bila rasa sakit, terus rehatkan diri. Sedar2 dah terlena. Tapi kalau minum berkafein, mmng payah nak tido. Kita mmng x minum.
BalasPadamYg lain wawa xbuat...sbb xserasi.tp yg last tu mmg kene.. Sbb bila pgg hp mata jd layu dan trus lelap. Hahaha...
BalasPadamYg last tu mmg x pnh buat.. mesti de je benda nk buat
BalasPadamnice tip sharing =)
BalasPadamNanti akak follow tips yang zaza bagi ni. Lately ni asyik tidoq lambat ja..
BalasPadamnice share..mnum susu sblum tdo pun bagus
BalasPadamCatat Ulasan