McDonald’s Malaysia Perkenal Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua untuk Kempen Discover the World. Citarasa enak dan eksotik dari Mexico kini
boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan pengenalan Burger Ayam
Mexicana oleh McDonald’s – menu kedua di bawah kempen tahunan Discover the World selepas menu
pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu.
Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini
dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang
sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini
juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju
cheddar putih. Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan
citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan
budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di
Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s
pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.
Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s
Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua
yang ditawarkan di bawah kempen Discover
the World membawakan citarasa negara luar, dan kali ini Mexico menjadi
negara pilihan, dengan citarasanya yang unik.
“Seperti Burger Rio,
kami ingin membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh
rakyat Malaysia. Kempen Discover the
World membolehkan kami memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke
restoran-restoran kami di seluruh negara,” kata beliau.
Sama
ada menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan
makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal,
sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. McDonald’s percaya bahawa
makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai
semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap
hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian
Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.
Burger Ayam Mexicana boleh didapati
dengan harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.
Selain Burger Ayam
Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci
mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard
berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry
Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.
Selain
itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone.
Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga
mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai
Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan
kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World oleh McDonald’s
Malaysia, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/.
lagi teruja nak pie tu.. !! nak pieeee tu =D
BalasPadamWah..ade burger baru..kena cuba ni..nampak macam sedap..aiskrim tu pun menarik
BalasPadamSedapnya, tapi zira dah lama tak makan mekdi. Ini menu satu set berapa
BalasPadamRay terliur tgk ice cream and pie dye je ahaha
BalasPadamsalam..
BalasPadamhi sis zaza..
ade perasan juga mcd bru tu..tak rasa lagi..
tapi yg pie dgn ice cream tu menggoda pewot btul..haha
Nmpk mcm best je menu baru... Tp wawa xbrpe minat burger.. Klo bubur, ice cream minat.. Hihi
BalasPadamsedapnya nengok..
BalasPadamtapi sini nk gi mcd nun jauh di kok lanas. hahaha.
apa pon tak boleh..
Catat Ulasan