Mary Kay Indulge Shooting Eye Gel Untuk Mata Panda. Bila kerap tidur lewat akan mendatangkan rasa letih dan disebabkan itulah munculnya eyebag atau lingkaran gelap bawah mata yang biasa disebut mata panda..keadaan ini memang mengganggu penampilan terutama buat wanita yang sering keluar untuk berhadapan dengan orang ramai sama ada rakan mahupun ditempat kerja.
Macam zaza sendiri pun menghadapi juga masalah mata panda kerana kekerapan zaza yang gemar tidur lewat malam..jadi salah satu eye gel yang zaza gunakan adalah dari Mary Kay Indulge Shooting Eye Gel untuk membantu mengurangkan dan mengatasi masalah tersebut.
Mary Kay Indulge Shooting Eye Gel datang dalam bekas lutsinar yang bersaiz comel dan gel nya seakan biru muda kejernihan. Mengandungi bahan-bahan botani yang dapat mengurangkan kesembapan atau mata panda di kawasan sekitar mata. Selain itu Mary Kay Indulge Shooting Eye Gel juga dapat mengurangkan masalah biji-biji kolestrol yang timbul.
Zaza pakai tak mengira waktu..adakala masa tengah berehat-rehat zaza sapukan di sekitar bawah mata..dan adakala zaza sapu sebelum waktu tidur..memandangkan zaza pun memakai produk penjagaan muka lain..so zaza selalu selang seli kan pemakaian..
Kadangkala waktu mata terasa penat pun zaza sapu..ini kerana Mary Kay Indulge Shooting Eye Gel bersifat sejuk..memang segar sangat bila sapu di sekitar bawah mata..
Mary Kay Indulge Shooting Eye Gel diperbuat dari bahan seperti Ekstrak Teh Hijau ( Camellia Sinensis ), Ekstrak Timun ( Cucumis Sativus ) dan Ekstrak Bunga Rose ( Rosa Canina )
Ekstrak Teh Hijau mempunyai antioksidan yang dikenali sebagai pemusnah radikal bebas. Ia membantu dalam melindungi kulit daripada kesan-kesan negatif akibat radikal bebas yang diperolehi dari persekitaran. Ekstrak teh hijau juga turut berfungsi sebagai agen penyegar dimana ia dapat menenang dan menyegarkan kulit..
Ekstrak Timun memang sering digunakan sebagai penyegar selain mempunyai ciripciri yang menenangkan
Penggunaan Ekstrak Bunga Rose pula dapat membaiki penampilan kulit seperti menjadikan kulit berasa lebih lembut.
Keistimewaan Mary Kay Indulge Shooting Eye Gel mampu menenangkan, merawat dan menyegarkan kulit yang nampak suram serta meningkatkan kelembapan kulit sehingga 130%.
Sesuai digunakan untuk sesiapa sahaja yang mempunyai masalah mata panda. Gunakan secara rutin insyaallah mampu mengatasinya..
Harga jualan website Mary Kay : RM94.00 ( 11g ). Website : https://www.marykay.com.my
First tume dgr MK ada eye gel punya.. Ke dah lama keluar..?bagus juga utk mata panda kan.. Sbb wa pon ada eyebag juga ..
BalasPadamMacam sejukkk je tengok tekstur Eye Gel ni.. Teman pun dah lama tak letak Eye Gel bawah mata.. dulu masa kerja rajin gak.. sekarang dah malas.. huhu..tambah2 nak ken fikir ubati psoriasis dulu
BalasPadammcm sejuk je. mcm best kalau letak bawah mata sebelum tido. hihi
BalasPadamMacam best jeee
BalasPadamMemang best letak benda yang sejuk kat mata...fresh je rasa kan..
BalasPadamMntak share yee sis . Tq
BalasPadamCatat Ulasan