Makeup Base : Yarra Xtra C Moisturizer - Zaza Iman

Ahad, Julai 01, 2018

Makeup Base : Yarra Xtra C Moisturizer


Makeup Base : Yarra Xtra C Moisturizer . Siapa tak kenal Mua Bellaz. Mua yang tengah popular di Malaysia hasil sentuhan makeupnya yang tersendiri. Mua Bellaz kerap berkongsi secara “live” solekannya kepada peminatnya.

Zaza juga adalah salah seorang peminatnya. Selain berkongsi live teknik makeup, Mua Bellaz juga turut berkongsi produk-produk makeup yang digunakannya. Salah satu adalah Yarra Xtra C Moisturizer.

Makeup Base : Yarra Xtra C Moisturizer

Memandangkan Yarra Xtra C Moisturizer ni tengah viral di laman sosial, jadi zaza pun macam biasalah terus membuat pesanan sekotak Yarra Moisturiser ni..

Sebelum ni bila makeup zaza terus apply foundation..dan itu menyebabkan makeup zaza tak bertahan lama, kering dan sangat bercapuk. Memang pelik juga kenapa..rupanya selepas zaza tau asas-asas makeup yang betul..baru lah faham

Sebelum nak apply sebarang foundation, terlebih dahulu sapukan dulu pelembab muka agar muka lebih segar dan mudah nak ratakan foundation.

Macam zaza pakai Yarra Moisturiser ni..zaza sapu kan sedikit di pipi,dagu,dahi dan hidung. Lepas tu zaza akan kenakan primer dan seterusnya barulah memakai foundation.

Bila dah lama pakai..dan bila nak makeup je, memang wajib zaza sapu..kalau tak sapu rasa macam tak best pula..

Makeup Base : Yarra Xtra C Moisturizer

Makeup Base : Yarra Xtra C Moisturizer

Yarra Xtra C Moisturizer bertindak sebagai base makeup dan juga primer. Korang yang ada kulit kering dan kusam tu memang sesuai la pakai Yarra Xtra C Moisturizer ni. Memang viral sekarang ni dan ramai juga yang sudah menggunakannya. Juru makeup professional pun banyak guna juga sebagai salah satu pelembab pilihan mereka.

Bau Yarra Xtra C Moisturizer ni pun sedap sangat. Macam bau-bau oren. Yarra Moisturiser ini mengandungi Vitamin C, Orange, Cucumber dan Aloe Vera.

Makeup Base : Yarra Xtra C Moisturizer

Antara keistimewaan Yarra Xtra C Moiusturizer ni adalah dapat mengatasi masalah kulit yang bermasalah. Ia juga membuatkan kulit lebih flawless. Selain itu, pemakaian Yarra juga dapat menghalang sinaran UV yang berbahaya.

Bila pakai dengan kerap juga ia membantu memudarkan jeragat, mencerahkan kulit dan memberikan kelembapan pada wajah seta menghilangkan parut.

Bagi yang mengalami kulit kering memang perlu sentiasa memakai pelembab. Yarra juga dapat mengurangkan lebihan minyak pada muka dan menghilangkan masalah eyebag. Jangan tak tahu yang Yarra juga boleh menambah nutrisi dalam kulit...

Makeup Base : Yarra Xtra C Moisturizer

Makeup Base : Yarra Xtra C Moisturizer

Zaza pakai Yarra Xtra C Moisturizer ni dah lama..sejak tahun lepas lagi..memang sejuk rasanya masa pakai..pakai sikit-sikit je dan ratakan seluruh muka..Yarra Xtra C Moisturizer telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dan HALAL.

Harga jualan pada kotak : RM31.00 ( SM ) / RM35.00 ( SS ). Setiap botol mengandungi kandungan 50ml. Facebook :  Yarra Beauty Care

Boleh juga didapati sama ada pada agent Yarra, Lazada dan juga Shopee.

1 ulasan:

  1. Oh macam pernah dengar jugak yarra ni.. Baru tau sebelum makeup memang perlu pakai pelembab dulu kan

    BalasPadam

Labels

beauty (48) KECANTIKAN (23) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (31) LAIN-LAIN (75) OTHERS (25) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (31)