Kacang Pista Kekacang Yang Menguatkan Daya Ingatan


Kacang Pista Kekacang Yang Menguatkan Daya Ingatan. Walaupun harganya agak mahal tapi kalau dah suka tu tetap membeli juga. Kebiasaan kalau zaza balik kampung dan singgah 7 Eleven, kacang pista la yang selalu zaza beli untuk kunyah-kunyah di dalam kereta.

Ia antara kekacang yang menjadi kegemaran zaza. You all pernah makan? mestilah pernah kan..ia antara kekacang yang mempunyai rasa yang enak dan ranggup.

Kacang Pista Kekacang Yang Menguatkan Daya Ingatan

Kacang pista atau disebut Pistachio merupakan kacang yang dapat membantu menguatkan daya ingatan selain badam dan kismis. Kacang pista agak mahal kerana tidak tumbuh di negara kita.

Kacang pista juga turut mengandungi zat besi, niasin, kalium, riboflavin, dan zink. Selain itu kacang pista juga dapat menurunkan risiko penyakit jantung dan beberapa penyakit kanser.

Kacang Pista Kekacang Yang Menguatkan Daya Ingatan

Kacang Pista Kekacang Yang Menguatkan Daya Ingatan

Kacang pista mempunyai benefit nya tersendiri iaitu sebagai :

1. Antioksidan - kaya dengan antioksidan seperti Vitamin E, Vitamin C dan Lutein. Kotaren dan vitamin E yang terdapat di dalam kacang ini dapat memlindungi tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas.

2. Untuk kesihatan mata - memakan kacang pista dapat membantu dalam meningkatkan fungsi penglihatan. Di dalam kacang pista, terdapat karotenoid yang dapat melindungi mata dari masalah seperti katarak dan degenerasi makula. Lutein dan zeaxanthin di dalam kacang ini pula dapat menjaga mata dari radiasi UV yang berbahaya.

3. Baik untuk kesihatan otak - di dalam kacang pista mengandungi Vitamin B6 yang dapat membantu meningkatkan jumlah hemoglobin dalam darah. Darah yang mempunyai oksigen akan ke otak dan ia membuatkan otak dapat berfungsi dengan baik.

4. Menjaga kesihatan jantung - Kacang pista mempunyai lemak sihat dan tidak membuatkan kadar kolestrol meningkat. Jadi ia sekaligus dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.

Kacang Pista Kekacang Yang Menguatkan Daya Ingatan

5. Kaya dengan serat - kacang pista juga mengandungi kandungan serat yang tinggi. 

6. Baik untuk kesihatan kulit dan rambut - turut mempunyai pelbagai jenis asid lemak essential, asam linoleat dan linolenik. Ia antara kandungan asid yang baik untuk pertumbuhan rambut dan menjana semula kulit yang sihat. selain itu ia jufa dapat mengawal tekanan darah dan meningkatkan kekebalan tubuh.

Sebenarnya banyak lagi benefit lain yang terdapat pada kacang pista. Selain dimakan begitu sahaja, kacang pista boleh dibuat kek, ais cream, cookies, pie, puding dan makan bersama salad. 



14 Ulasan

  1. Sedap ni...lemak rasanya...musim haji atau umrah...sering dijadikan ole-ole...

    BalasPadam
  2. sedap tu...dulu kalau nk mkn rasa pening.skrg ok je

    BalasPadam
  3. Tq kak zaza for sharing tips ni..mmg rabia kuat lupa..maybe kesan operation kot.

    BalasPadam
  4. Wawa suka kacang pista ni.. Sedap... Bgus utk minda katanya.. Kt negara arab byk juga kacamg pista....tq share info zaza..

    BalasPadam
  5. Sedap kacang pista tu tapi mahal harganya kan Kalau teringin baru beli

    BalasPadam
  6. k.el pun suka kacang ni..lemak2 manis masin sikit..ni kalau kunyah memang hadap smapi habis haha

    BalasPadam
  7. Cik en suka jajan kacanh dri keropok2 tu.. bgus amalkan.. baik tuk kecergasan

    BalasPadam
  8. Memang sedap..rasa lemak2.Buat biskut raya pun sedap.Letak atas cheese cake masa bakar pun boleh..Cuma kalau untuk letak dalam cake ke biskut ke kena letak banyak..sebab tu kalau beli akak panggang dan makan saja je..tak sempat nak buat apa pun..hahah

    BalasPadam
  9. Kacang Pistachio memang banyak khasiat dan sedap makan macam tuh je. Buat biskut ke coklat ke letak pistachio sedap jugak

    BalasPadam
  10. Yes i like to eat pistachio and also walnuts, they are good for memories and taste good also.

    BalasPadam
  11. kalau dalam kereta, suami yang belikan kekacang ni untuk kunyah2..hilang ngantuk..tapi nad suka makan gajus..heehe

    BalasPadam
  12. wah.. kacang mahal ni sape tak suka.. heee.. suka rasa lemak dia tu kan.. sedap.. ada yang kata kacang bijak.. kalau makan boleh bijak.. hee

    BalasPadam
  13. Baru tahu khasiat dia. Selama ni tahu makan jer.. hahaha

    BalasPadam
  14. Memang sedap kacang ni. Reen suka giler mkn ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama