Bijirin Oat Antara Makanan Yang Baik Diambil Ketika Sarapan Pagi



Bijirin Oat Antara Makanan Yang Baik Diambil Ketika Sarapan Pagi. Masa zaza kerja dulu, zaza memang suka makan oat..sebab ia antara makanan untuk sarapan pagi yang  mudah nak disediakan. Zaza pernah makan oat jenama Beautyoat. Memang sedap gila rasanya. Sejak tu lah zaza jadi suka dengan oat. Tapi jenama Beautyoat dah tak ada dikeluarkan lagi..Beautyoat ni pun zaza dapat masa buat review suatu ketika dulu. 

Bijirin Oat antara makanan yang amat baik diambil ketika sarapan pagi kerana khasiatnya pada tubuh badan. Kebiasaannya orang yang berdiet gemar mengambil oat.

Kenapa Bijirin Oat sentiasa menjadi pilihan ketika sarapan pagi?

Bijirin Oat Antara Makanan Yang Baik Diambil Ketika Sarapan Pagi

1. Makanan Yang Sesuai Untuk Sarapan pagi - pengambilan sarapan pagi memang penting. Oleh itu,oat adalah makanan yang memang berkhasiat dan rasanya sedap. Dimakan bersama dengan susu krim beserta buah-buahan dapat memberikan kepeluan nutrisi seharian. Oat dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga paras kolestrol.

2. Memberikan Rasa Kenyang Yang Lama -  Makan oat dapat memberikan rasa kenyang. Dalam buku Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh terdiri daripada bijirin penuh iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Oleh itu, jika berasa mengantuk atau hilang tumpuan bolehlah mengambil oat sebagai makanan yang dapat memberikan tenaga


3. Makanan Yang Mempunyai Serat Yang Tinggi - Oat memiliki kandungan serat yang tinggi. Jadi oat adalah makanan yang sesuai untuk mereka yang nak berdiet kerana ia dapat memberikan rasa kenyang bagi jangka masa yang panjang. Makanan yang tinggi gula dan lemak dapat memberikan rasa kenyang dalam tempoh yang singkat. Cuba ambil oat sewaktu sarapan pagi dan campurkan  bersama buah-buahan dapat mengenyangkan anda sehingga ke waktu tengahari

4. Mempunyai pelbagai khasiat - Oat mengandungi Protein, Kalsium, Magnesium, Zink, Vitamin E dan  Zat Besi.

Bijirin Oat Antara Makanan Yang Baik Diambil Ketika Sarapan Pagi

5. Membantu Dalam Mengurangkan Kadar Kolestrol - Di dalam oat terdapat satu kompenen iaitu Beta- Glukan. Kompenen ini dapat mengurangkan kolestrol yang terdapat di dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan penghasilan lapisan seperti agar-agar yang bertindak mengumpulkan kolestrol berlebihan bersama-sama bahan seakan kolestrol.

Bijirin Oat Antara Makanan Yang Baik Diambil Ketika Sarapan Pagi

Bijirin Oat Antara Makanan Yang Baik Diambil Ketika Sarapan Pagi

6. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung - Pengambilan oat disyorkan oleh saintis kerana ia dapat mengurangkan risiko sakit kardiovaskular iaitu sakit jantung. Kajian mendapati kadar kolestrol berkurang apabila mengambil oat. Seorang professor perubatan dan pemakanan, Dr James W. Anderson dari University of Kentucky mendapati bahawa paras kolestrol dapat diturunkan melalui pengambilan oat. Sumber - Majalah Mingguan Wanita


15 Ulasan

  1. betul2 sihat ni.. fibre tinggi elok untuk pelawasan. dulu tak lalu sangat skrng jinak sket2.. tapi x mampu makan semangkuk
    gitu..

    BalasPadam
  2. oat memang bagus untuk kesihatan. Tengok orang lain makan nampak sedap. Bila sendiri nak makan tak boleh masuk

    BalasPadam
  3. Jarang sangat Ros makan oat.. buat overnight oat pun sedap kan

    BalasPadam
  4. oat memnag sedap tapi sy campur dengan nestum dan susu tepung sket..tawar sgt xlalu nak makan

    BalasPadam
  5. Ya, oat memang sedap..nad ada haritu dapat untuk puasa..memang kenyang makan oat..kalau nak kurus boleh je makan oat je..kenyang sampai ke petang..ehhee

    BalasPadam
  6. Zira suka oat tu di buat macam biskus sedap tak muak pula tu

    BalasPadam
  7. Sally masa puasa mmg sahur makan oats..kalau x pukul 10am dah lapar...byk khasiat lagi² kalau kolesterol tinggi

    BalasPadam
  8. Bila tiap kali diet mesti beli oat..tapi tu la..masuk seminggu jemu dah..Lepas tu oat tu jadi benda lain..Jadi biskut la, jadi kek la..hahahah..

    BalasPadam
  9. Oat memang bagus utk kita amalkan tiap kali sarapan. Tapi tu lah kadang tekak kita ni nak nasi lemak jugak. Hee

    BalasPadam
  10. Dulu tak suka oat tapi sekarang suka sangat sebab ia mengenyangkan dan menyihatkan.. selain itu, ia sangat membantu untuk turunkan berat badan..

    BalasPadam
  11. sarapan pagi terbaik..
    yaya oat jarang makan..lebih prefer nestum atau cereal..hehe
    cedap sgtt!

    BalasPadam
  12. I agree, I also eat oats for breakfast in the morning or sometimes snacks. Its easy to prepare and taste good when added with fruits.

    BalasPadam
  13. Akak pun suka makan oat tapi selalu beli brand quaker..satu family suka makan oat :D

    BalasPadam
  14. Masa bulan puasa memang wajib makan put masa sahur. Juga sarapan wajib ketika berpantang bersalin

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama