Sentuhan Makeup Ephyra Matte Glow Foundation Dan Ephyra Lips Matte. Zaza ni memang minat sangat dengan makeup..walaupun tak la
mahir sangat..dalam family..zaza dan seorang kakak je yang gila
makeup..kakak-kakak lain memang tak berapa sangat..zaza pun masih lagi
belajar..sekarang yang zaza reti makeup basic je..tapi part paling susah adalah
kening.. 2 tahun lebih tau zaza usaha belajar buat bentuk kening.. haha..baru
sekarang la nampak bentuk sikit..kalau dulu kawan-kawan selalu tegur..awat
kening macam sinchan..zzzzz…
Ada satu hari tu masa zaza jalan kat sebuah mall di kuala
lumpur..zaza masuk kedai barangan kosmetik..dan jurujual kat situ tegur makeup
zaza pecah dan bercapuk..so zaza tengok cermin yang ada kat kedai tu..memang
rasa time tu nak pergi cuci muka..
But now..zaza dah tahu sikit basic makeup dengan betul.. sebelum
apply sebarang foundation..zaza akan sapu dulu moisturizer dan primer..lepas tu
barulah zaza sapu foundation terbaru dari Ephyra iaitu Ephyra Matte Glow
Foundation.
Ephyra Matte Glow Foundation
Sebelum ni Ephyra hanya ada produk minuman dan skincare je..now Ephyra dah keluarkan
produk cosmetics seperti foundation dan juga lips matte.
Zaza memang pakai produk Ephyra dah lama.. sekarang ni zaza
jatuh hati dengan foundation dan lips nya.
Ini hasil makeup zaza guna Ephyra Matte Glow
Foundation. Makeup paling simple..lepas
dah pakai..zaza tak sapu bedak..zaza terus je oles sedikit blusher kat
pipi..dan selepas beberapa ketika zaza dapat tengok hasil kulit zaza
lembab-lembab.
Satu lagi part yang paling zaza suka sebab senang nak
blend..guna berus atau jari..memang mudah gila..dan satu lagi sebab senang juga
nak cuci.. kalau nak balik kampong yang perjalanan jauh..memang zaza akan pakai
foundation jenis macam ni…
Sangat sesuai sekali untuk daily makeup atau nak pergi
kerja..Ephyra Matte Glow Foundation ni tak rasa melekit pun dan ringan sekali
di muka. Tahan 1-3 bulan sebab pakainya hanya sedikit je..tak perlu
banyak-banyak.
Yang menarik tentang
Ephyra Glow Foundation
Ada SPF 30 yang
melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB
Full coverage yang
mana dapat tutup cela dan parut dimuka
Kaya dengan
Vitamin E yang melembabkan kulit
Menjaga dan
merawat kulit ( whitening, anti aging, brightens skin tone )
Tahan sehingga 12 jam dan tak membuatkan muka berminyak
walaupun pakai lama
Memberi kesan
glowing pada wajah
Tidak membuatkan
liang pori tersumbat
Kandungan : 15ml
Harga : RM58 ( SM
) / RM62 ( SS )
Ephyra lips ni istimewanya sebab ada Jojoba Oil dan
kandungan Vitamin E yang dapat melembabkan bibir..Apa yang zaza suka dengan
Ephyra lips ni ia juga senang gila nak dibersihkan.. ada sentengah lips bila
nak bersih..kena tonyoh kuat sampai sakit bibir..tapi Ephyra lips ni tak
langsung..lap-lap je dengan tisu basah..
Cream to matte tekstur yang pekat..ringan dan longlasting sehingga 6
jam..memang you all nak cantik-cantik tu kena try tau produk Ephyra ni..
Harga Ephyra Lips
RM30 untuk satu
batang
Harga tak masuk
postage
Bagi yang nak
dapatkan produk-produk Ephyra boleh membuat pembelian di Ephyra Hq
produk ephyra ni semakin laris dan semakin mendapat tempat di kalangan pemggemar kosmetik dan kecantikan.. TB suka jugak..
BalasPadamHehe no doubt. kak zaza mmg suke make up and pndai make uppppp
BalasPadamSuka foundation ephyra jenis matte tu bila pakai lembut je, cantik zaza pakai, natural looking makeup! Sesuai sgt!
BalasPadamTeringin pulak nak pakai FD dia..sally mmg x suka pakai FD, selalu pakai BB Cushion je..haha..
BalasPadamCatat Ulasan