Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan - Zaza Iman

Rabu, Jun 06, 2018

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan. Hai all..baru-baru ini masa zaza menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim, zaza telah menginap di Ancasa Royale Hotel Pekan, Pahang.

Ancasa Royale Hotel ni telah ditubuhkan sejak 2014 lagi. Hotel ini merupakan sebuah dari Ancasa Hotels dan Resort dan ia adalah rangkaian hotel milik UDA Holding Berhad ( UDA ).

Selain di Pekan, hotel ini turut terdapat di Kuala Lumpur, Kuala Terengganu dan Seremban. Antaranya Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Express@Pudu yang terletak di Kuala Lumpur, Ancasa Residemces Port Dickson, Kuala Terengganu Golf Resort ( KTGR ) dan Ancasa Royale Pekan Pahang.

Zaza menginap di hotel ini selama 2 hari 1 malam. Hotel Ancasa Royale Pekan ini mempunyai 7 tingkat dan merupakan Hotel 4 Bintang yang terletak di Kampung Peramu, Jalan Pekan. Jadi kalau nak ke bandar kuantan tu kira-kira dalam setengah jam juga..

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Hotel ini menawarkan bilik sebanyak 133 bilik yang terdiri daripada 22 unit Deluxe Premier Single, 103 unit Deluxe Premier Twin, 2 unit Family Suite, 4 unit Junior Suite, 1unit Suite Eksekutif dan 1 unit Premier Suite.

Macam zaza menginap di bilik jenis Deluxe  Premier Twin..sebab zaza datang ke hotel ni bersama lagi seorang rakan..bilik yang luas dan cukup selesa dengan rekabentuk yang kontemporari.

Harga untuk bilik bermula dari RM199..dan harga untuk sekali breakfast bermula RM230.

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan
Deluxe Premier Twin

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Bilik yang zaza dapat ni menghadap pemandangan kolam dan juga sungai. Di bilik ini juga turut dilengkapi sebuah TV LED 39 inci..tapi zaza terlupa nak shoot gambar ruang tv..mehmeh..sorry

Mempunyai bilik mandi yang luas..ada tab mandi..keadaan bili mandi pun begitu bersih..terdapat juga kemudahan lain yang disediakan antaranya iron, wifi, peti ais mini, pemanas air, Hair Dryer, Bathrobe dan kit menjahit.

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan
Pemandangan kolam dan juga taman permainan untuk anak-anak bermain..

Penginapan Di Ancasa Royale Hotel Pekan

Bagi sesiapa yang ingin menginap di Ancasa Royale Hotel Pekan ini boleh la menghubungi di talian tertera di bawah :

Alamat : Ancasa Royale Pekan, Pahang, No 2670,
 Kampung Peramu, Jalan Pekan-Kuantan
Telefon : +609-424 6600
Faks : +609-424 6700
Email : ar.reservation@ancasahotels.com


7 ulasan:

  1. Cantik juga design hotel ni.. Nmpk kemas dan ruang nmpk bsr sikit wlaupun blik kcik.. Suka design blik cmni.. Harga dia pon boleh tahan tp berbaloi dgn kemudahan yg disediakan..

    BalasPadam
  2. Mmg nmpk betul² luas dan terjaga la bilik dia...design pun up to date!

    BalasPadam
  3. Bestnya hotel ni.. nampak selesa je.. kemas dan menarik.. teringin nak check in sekali.. heee..

    BalasPadam
  4. Oh this hotel is quite good, their room and facilities are tip top juga kan.

    BalasPadam
  5. wah best nampak, mesti kanak-kanak suka kalau nampak kolam tu.

    BalasPadam
  6. hotel yg sangat cantik n selesa kan

    BalasPadam

Labels

beauty (49) KECANTIKAN (24) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (32) LAIN-LAIN (75) OTHERS (33) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)