My Hair Care Products For Hair Loss


Hai all.. bulan lalu zaza jadi stress sangat dengan keadaan masalah rambut zaza yang kerap sangat gugur.. setiap kali zaza sikat, zaza sisir dengan tangan atau bila bangun tidur, tengok di atas bantal pun banyak rambut gugur..masa mandi pun bila syampu dan bilas-bilas pun banyak juga tercabut..

So zaza share problem ni with friend..dan dia suggest zaza untuk try seborin tonic hair..memang zaza pun terfikir untuk cari tonik rambut bagi subur balik..


My Hair Care Products For Hair Loss


Then zaza cari info tentang seborin tonic hair ni..dalam masa sama juga terfikir nak beli di mana sebab zaza cuba juga cari-cari kat Guardian tapi tak ada. Jenama lain ada dalam satu dua je dan agak mahal.

So zaza pun try cari kat Shopee dan ada beberapa seller yang menjual seborin tonic hair ni.. sebelum membeli memang zaza suka bertanya dulu.. sebabnya seborin hair cair ni ada dua tau..

Satu botol biru dan satu lagi botol kuning. Jadi bila zaza share about masalah rambut gugur zaza, so si seller suggest untuk ambil botol biru sebab ia berfungsi untuk pertumbuhan rambut dan kelemumur dan mempunyai extract halia yang sesuai untuk rambut gugur.

Kalau botol kuning tu lebih kepada untuk kelemumur sahaja. So, Setelah 3 minggu zaza pakai alhamdulillah rambut gugur zaza makin kurang.. paling best bau dia macam baru keluar dari salon je..wangi je rambut..zaza sangat-sangat suka..

Zaza akan sapu selepas mandi bila rambut dah macam nak kering sikit..dan kadangkala bila zaza rest zaza sapu-sapu kat kulit-kulit kepala.. zaza sapu juga di rambut sikit secara rata kat seluruh rambut

Bau dia yang sedap dan wangi tu buat zaza asyik nak cium je rambut..mehmeh. Seborin Hair Care ni sebenarnya begitu popular pada era tahun 1930-an dan banyak digunakan oleh hairdressers.


My Hair Care Products For Hair Loss

My Hair Care Products For Hair Loss

My Hair Care Products For Hair Loss



Seborin hair care ni tak berminyak. Ia mengandungi extract root ginger dan Pro-Vitamin B5. Untuk pakai, just sapukan pada rambut kering atau rambut kering selepas dicuci, kemudian urut perlahan ke kulit kepada kira-kira dalam masa seminit. Tak perlu basuh atau bilas tonik. Biarkan je kekal di rambut dan akar.


Ini pengalaman zaza beli dan guna. Ia sangat berkesan dengan zaza. Kini zaza dah tak ada masalah rambut gugur lagi.

You all nak cari boleh cari kat Shoppe dan Lazada okay.. untuk di Shopee zaza beli dekat seller nama Sila Klik >> CMWshop tapi kalau produk sold out korang cari je kat seller lain tapi make sure baca dulu review orang lain okay..

Oh ya..selain Seborin hair tonic ni..zaza nak share tentang rawatan rambut gugur dari Toppik Malaysia



Alopecia, yang biasanya dikenali sebagai kebotakan, biasanya merujuk kepada kehilangan rambut yang berlebihan dari kulit kepala. Kehilangan rambut dialami oleh lebih daripada separuh lelaki dan wanita pada satu ketika dalam hidup mereka. Hal ini agak membimbangkan apabila anda mula kehilangan penampilan semula jadi rambut kepala yang sihat.


Janganlah bimbang, TOPPIK sentiasa di sini untuk membantu! Kami memulihkan lebih daripada sekadar rambut anda. Kami memulihkan imej, harga diri dan keyakinan anda. Dalam hanya 30 saat, TOPPIK Hair Building Fibers boleh menyembunyikan kawasan rambut nipis serta menambah kelebatan rambut anda. Apa yang paling hebatnya ialah ia tidak memerlukan apa-apa bentuk pembedahan atau bahan kimia sama sekali!


Bagaimanakah TOPPIK Hair Building Fibers berfungsi? Sebelum kita melihat keistimewaannya, marilah kita memahami ramuannya. Serat dalam TOPPIK diperbuat daripada protein keratin organik tulen. Keratin ialah protein yang terdapat dalam struktur rambut manusia. Protein ini merupakan salah satu komponen microfiber organik. TOPPIK Hair Building Fibers boleh digunakan dengan menuang ke atas kawasan rambut jarang pada kulit kepala untuk menambahkan kelebatan setiap helai rambut dalam beberapa saat sahaja. Ini menjadikannya kelihatan seolah-olah anda tiba-tiba tumbuh rambut yang lebat. Serat-serat ini dikenakan tenaga elektrostatik. Oleh sebab demikian, tenaga elektrostatik ini dapat membantu serat tertarik pada rambut anda dengan kuat seperti magnet. Oleh kerana setiap serat dibuat secara unik, TOPPIK Hair Building Fibers akan memberikan anda penampilan rambut yang semula jadi. Temui teknologi di belakang TOPPIK Hair Building Fibers di http://toppikmalaysia.com/technology/.




TOPPIK Hair Building Fibers tetap kekal pada rambut untuk sepanjang hari. Ia boleh menahan cuaca panas mahupun hujan. Serat-serat ini juga boleh menahan peluh, jadi ianya sesuai untuk aktiviti luar. Anda hanya perlu menggunakan syampu seperti biasa untuk mengeluarkan serat. Selain itu, TOPPIK Hair Building Fibers tidak mempunya risiko kesan sampingan yang berbahaya kerana seratnya adalah hypoallergenic dan tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia atau aditif yang berbahaya. Bahan-bahan organik yang digunakan adalah selamat dan tidak menyebabkan kekeringan atau gatal-gatal pada kulit kepala.




BACA JUGA



Dapatkan rambut yang lebih tebal dan tebal dengan segera dengan TOPPIK! Tunggu apa lagi? TOPPIK Hair Building Fibers boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara dan juga di http://toppikmalaysia.com/shop/.






36 Ulasan

  1. wah. berkesan yea zaza untuk rambut gugur.. TB pun masalah rambut gugur gak ni.. boleh la try nanti

    BalasPadam
  2. Sally x sesuai dgn jenama Schwarzkopf... Entah kenapa...hahaha...tp alhamdulillah la sesuai sgt dgn zaza

    BalasPadam
  3. Memang risau sangat kalau rambut gugur.. macam-macam cara sanggup di cuba.. thank you Zaza share hair tonic ni..

    BalasPadam
  4. K.el pun ado mslh rmbut gugur yg teruk..rimas hari2 tgok rambut atas lantai..nti k.el cuba produk ni k..

    BalasPadam
  5. reen pun ada masalah rmbut gugur zaza.nti kena try guna la produk ni

    BalasPadam
  6. aha, boleh try ni sbb ada masalah yg sama..
    nk kurangkn gugur pkai loreal, tapi boleh try guna yg ni jugak ni..

    BalasPadam
  7. ptg td pegi potong rambut n cuci rambut kat salon..dia pn suggest product ni utk masalah rambut gugur sy ni..syampoo pn dr brand yg sama..harap2nya sesuai dan nmpk la kesannya..

    BalasPadam
  8. Saya ada mslah rambut gugur jgak tapi tadi silap ambil yg kuning.. Dekat rumah baru perasan botol kuning tu utk kelemumur.. Harap esok pegi watson boleh tukar yg biru

    BalasPadam
  9. Boleh cuba ni za sebab kak ana pun ada masalah yg sama. Wangi pula tu kan. Fefeeling baru balik dari salon gitu.

    BalasPadam
  10. Husniey ada masalah yang sama jugak, sampai kadang tu asyik potong je rambut sebab serabut tengok dia gugur.. Boleh try ni nanti..

    BalasPadam
  11. Oh zaza guna toppik ya.. Baru jerk nak tanye zaza tentang ni sbbnye lea pun rambut gugur teruk jugak.. Pasni boleh try toppik pulak la.. Kene skodeng shopee jugak la ni jwbnye.. Bagus betul toppik ni.. Mesti cuba ni.. Tq zaza...

    BalasPadam
  12. wow.... menariknya seborin ni... bgs gk ibu cam akak ni bila bersalin jer rambut gugur

    BalasPadam
  13. wah bagus ni. rambut gugur memang merimaskan. kita pun jadi tak selesa

    BalasPadam
  14. k.el pun sejak anak pertama sampai lah yg keempat ni mmg rambut gugur je manjang. mmg stress tengok rambut atas lantai, tiap kali mandi and sikat rambut..alhamdulilah nanti k.el try hair care ni ye

    BalasPadam
  15. Zira pernah stress masa rambut gugur dlu risau rambut makin nipis

    BalasPadam
  16. Wawa penah guna toppik ni.. Mmg bagus utk rmbut... Sebab wawa mmg jenis mudah rmbut gugur kalau stress ...

    BalasPadam
  17. I bought this recently from Watsons but I have not start using it yet.

    BalasPadam
  18. NAd pun tenagh rambut gugur, tapi dah jumpa set penjagaan rambut yang sesuai..tonik ni bagus kita pakai untuk rambut sebab dia kuatkan akr rambut dan buat tumbuh rambut.

    BalasPadam
  19. Sy mmg ada masalah rambut gugur..mungmin ble try product ni

    BalasPadam
  20. Masalah rambut gugur ni memang tak dapat nak elak dah. Lagi lagi lepas bersalin. Anak dah setahun lebih pun masih gugur. Kalau ada cara untuk mengatasinya, boleh cuba kan. Berapa harganya ye zaza?

    BalasPadam
  21. I’d love to try new products but i’ve been using head n shoulder since forever and its the best one for me.

    BalasPadam
  22. saya baru beli product ni. memang wangi. dia berkesan tak?

    BalasPadam
  23. boleh share x nama shop kat shopee yg sis beli seborin hair tonic ni. nak beli kat shopee/lazada gak, tapi takut x ori. sbb harga kat situ lagi murah dri kat watsons.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ingat.. Tp saya beli kt shopee pun tgk pada ranting dan feedback pembeli lain yg kata ori.. Tu yakin nk beli

      Padam
  24. kita pakai yang kuning tu untuk masalah kelemumur, alhamdulillah, berjaya dikawal tp masalah rambut gugur belum dapat di kawal lg. nanti kena beli yang biru la pula ni.:-)

    BalasPadam
  25. Sy x pakai yg brand toppik sy pakai brand lain biothik boleh beli kat fb biothik...sy ade tegok review ade sorg nie kat fb pakai seborin mmg menjadi rambut die mmg da nmpk kulit kepale clear sgt..tp lepas die amalkan shampoo organic argon shampoo, argan conditioner, argan oil treatment, aleo vera Hair and scalp tonic, castor oil last skali seborin..nie semua adelah bahan semula jd xde chemical name pon organic kan sesuai utk masalh keguguran rambut...lepas nie sy pon nk pakai product nie

    BalasPadam
  26. wah menarik.. sy pun cari hair tonic ni.. kt watson ada stok seborin shampoo je td.. so try shampoo dlu.. tuk tonic tu.. mmg x berminyak kan.. nk try cari kt shoppe la.. tp risau xori je..

    BalasPadam
  27. menarik sharing ni..boleh laa nak cuba..sisyat pun probelem rambut gugur juga..

    BalasPadam
  28. Boleh tahu x lame mane kesan pakai tonic ni... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 minggu lebih mcm tu rasanya..saya pun agk2 lupa tp mmg menjadi.. Sampai skg pun masih lagi guna sekadar utk kukuhkan lg rambut.. Bg maintain

      Padam
  29. nampak gaya nk kena try seborin la.. stress juga rambut gugur merata nie..

    BalasPadam
  30. nak try jgk lah..slps bce ni..tq infonya

    BalasPadam
  31. saya dari masa depan 2021 saya pun nak cuba,asyik guna produk mahal tak berkesan.Insya Allah saya pun nak cuba seborin warna biru ni dulu harap-harap berkesan.Terima kasih info.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama