Make Money Blogging With This Platform

Selasa, April 17, 2018

Make Money Blogging With This Platform. Zaman sekarang ni memang ramai rakan-rakan blogger yang mula cari duit online..macam zaza sendiri pun sudah cuba pelbagai platform online yang ada.. Alhamdulillah ada yang sudah pun dibayar.

So zaza nak share beberapa plafrom untuk make money with blogging yang tengah zaza buat ni..yang penting kena rajin okay.. atleast zaza buat job-job ni dapatlah bayar internet dan beli barang keperluan..

1. Marketplace Tok Syed

Before this, zaza ada story tentang marketplace tok syed ni..zaza pun baru je seminggu lalu cash out. Pembayaran sangat pantas. Ini kali pertama zaza cash out dengan jumlah RM XXX.

Make Money Blogging With 5 Platform

Tok Syed adalah satu jenama produk penjagaan baby seperti balm baby dan losyen tangan/badan baby. Dalam marketplace ini ada beberapa jobs disediakan seperti sharing di media sosial dan membuat artikel di blog.

Untuk penerangan lanjut tentang markeplace tok syed boleh rujuk terus di BUAT DUIT DENGAN MARKETPLACE TOK SYED atau klik DAFTAR SEKARANG

2. Sushivid

Platform ini juga menyediakan banyak job untuk dimohon. Antara job seperti membuat review di blog, membuat video, posting di instagram dan juga facebook.  Zaza pernah cash out sekali dan sekarang  tengah mengumpul earing baru pula hasil job menulis.

Make Money Blogging With 5 Platform

Untuk apply hanya perlu memohon job yang ada dan menulis sedikit proposal. Jika dipilih client akan mesej anda di inbox atau emel.

Make Money Blogging With 5 Platform

Di dalam sushivid juga ada  bahagian job GO SHARELAH dimana hanya share setiap job yang ada di laman sosial. Setiap satu sharing ada yang dibayar RM1.00 ke atas. So boleh share banyak-banyak dan kumpul duit. Dah rasa-rasa banyak boleh la cash out.

Untuk mendaftar boleh terus sebagai influencer di https://www.sushivid.com/

3. Komaci Network

Make Money Blogging With 5 Platform

Zaza dah cash out juga sebanyak RM XXX. Komaci menyediakan beberapa jobs dan kebiasaannya job yang ditawarkan perlu di kongsi di Instagram. Haa..job komaci ni kena cepat-cepat apply bila dia beri notification kat emel tau..sebab kadangkala bila dah ramai mohon, so cepat close.

Untuk daftar boleh klik DAFTAR KOMACI SEKARANG

4. 8coin.my

8coin dahulunya dikenali sebagai 8share. Dulu zaza rajin juga sharing..pernah cash out juga. Dan sekarang 8coin kembali dengan nafas baru..

8coin menawarkan jobs hanya melalui perkongsian atau sharing di laman sosial seperti twitter, facebook dan google plus

Make Money Blogging With 5 Platform

Apabila anda share artikel-artikel yang sedang on going, dan bila ada orang klik artikel tersebut anda akan dapat 20sen. Haa kalau ramai yang klik maka banyaklah hasil.. dah cukup mininum untuk cash out, boleh terus cash out.

Untuk daftar klik DAFTAR 8COIN SKARANG

10 ulasan

  1. wow good sharing zaza..boleh tambah2 duit poket

    BalasPadam
  2. K.el dah daftar..so far so good..tp yg besar2 pitis belum lg sempat nak join

    BalasPadam
  3. Semua dah daftar.. heee.. dah merasa income dari sushivid tapi 8coin dengan komaci belum lagi.. huwaaa.. sabar menunggu..

    BalasPadam
  4. maknanya 8share tu dah tak ada la ye??akak ada earning dalam 8share dulu tapi tak cukup 50 pun..burn ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau yang ni zaza xsure burn ke tak duit kt 8share tu kak

      Padam
  5. Banyaknya dia dah cash out..kita tak pernah cash out lagi

    BalasPadam
  6. dah, banyaknya semua ni tak pernah try. sebab tak sempat malam cepat ngantuk tidur awal hari minggu pun tengok mood. buat masa ni buat job review je

    BalasPadam
  7. sekarang buat duit pun dihujung jari. Cuma bezanya rajin atau tak saja. Alja belum try yg tok syed tu. susah betul nak login T_T

    BalasPadam
  8. Terbaik. Sambil2 online boleh buat duit. Thank you zaza for sharing this.

    BalasPadam
  9. Komaci, sushivid tak dapat nk mohon. Nti nk try la.

    BalasPadam