Klinik 1Malaysia Beri Manfaat Kepada Orang Ramai. Bila datangnya musim demam dan selesema memang perit kan
rasa..lagi pula bila berlanjutan sehingga beberapa hari..memang perlu ke klinik
untuk membuat pemeriksaan dan mengambil ubat. Zaza faham mungkin ada sesetengah
keluarga susah untuk klinik kesihatan lain yang mungkin jauh.. Jadi dengan
adanya Klinik 1Malaysia ini dapat memberikan manfaat kepada orang ramai
terutamanya bagi penduduk luar bandar dan warga kota yang kurang berkemampuan
di Wilayah Persekutuan.
Zaza sendiri dan kakak pun pernah mendapatkan rawatan dekat
Klinik 1Malaysia ni.. alhamdulillah layanan staf yang baik.. yang best sebab
harga ubatannya murah tau..
sumber gambar - http://klxpress.com.my
Di Klinik 1Malaysia ni antara rawatan yang ditawarkan adalah
perkhidmatan rawatan sakit ringan seperti demam, selesema, batuk, mencuci luka
dan penyakit ringan yang lain. Bagi
pesakit kronik yang stabil seperti asma,diabetes dan darah tinggi boleh membuat
rawatan susulan di sini. Tapi sekiranya kes diluar bidang kuasa mereka, kes
tersebut akan dirujuk ke klinik atau hospital berhampiran.
Untuk pengetahuan anda semua, Klinik 1Malaysia ni dah wujud sejak 2010 lagi
tau..kewujudan klinik ini adalah inisiatif dari Perdana Menteri kita iaitu Datuk
Seri Najib Tun Razak untuk perkhidmatan memberikan rawatan perubatan ringan kepada
orang ramai terutama buat keluarga yang berpendapatan rendah.
Sumber Gambar - - http://utaranews.com
Selain itu, terdapat juga khidmat nasihat dan pendidikan
kesihatan. Klinik 1Malaysia juga turut menawarkan perkhidmat program saringan
HIV di Klinik 1 Malaysia yang terpilih sahaja.
Di Klinik 1Malaysia, anda tak perlu nak risau sebab bayaran
yang dikenakan hanya RM1 sahaja bagi warganegara dan percuma bagi golongan
warga emas. Memang sangat murah kan..dan memang sangat membantu orang ramai
untuk mendapatkan rawatan, tambahan keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu
ni..jadi adanya Klinik 1Malaysia ni memang memberikan satu kelegaan buat
masyarakat.
Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh jururawat dan juga
pembantu hospital. Klinik 1Malaysia juga sentiasa dipantau oleh Jabatan
Kesihatan agar kemudahan dan bekalan ubatan sentiasa mencukupi.
Sehingga ke hari ini, sudah ada 346 buah Klinik 1Malaysia
wujud di seluruh Malaysia dan telah memberikan banyak manfaat kepada berjuta
penduduk setempat. Malah saban hari semakin ramai yang mengujungi Klinik 1Malaysia
dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang dilakukan.
Klinik 1Malaysia ini dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Ia turut beroperasi di waktu cuti umum dan pada
hujung minggu
Untuk anda yang nak mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia,
boleh la mengunjungi di mana-mana lokasi
yang berdekatan. Berikut adalah senarai lokasi yang boleh anda lihat, Klik SENARAI
LOKASI KLINIK 1MALAYSIA
Zaza, akak mmg klu tak sihat mmg pegi ke Klinik 1Malaysia je. Layan ok. Harga bils tak mahal sgt. Berbaloii 👍🏻👍🏻
BalasPadamKLINIK SATU MALAYSIA MEMANG BEST TAPI DEKAT TEMPAT NORA KEBANYAKKAN DAH TUTUP TAK TAU PASAL APA
BalasPadamsha kalau demam pun pergi klinik 1 malaysia! tempat menunggu selesa hehe
BalasPadamkat area rumah k.fiezz mmg ada klinik 1Malaysia..bagus sangat..harga yang mampu dibayar oleh semua golongan...
BalasPadamNina pun suka pi Klinik 1Malaysia. Tempat selesa, staff nurse mesra,
BalasPadamdoktor yang cekap, harga nya pula jauh murah dari Klinik Swasta.
Suka pi klinik ni.. Murah jee
BalasPadamMemang bagus Klinik 1 malaysia no,khaty memang selalu pergi sini saja sebab dekat dengan Kawasan perumahan .
BalasPadamUntuk simple illness memang berbaloi sangat ke kk1m ni
BalasPadambagus juga ada klinik 1Malaysia , so far service tak mengecewakan ...
BalasPadamKlinik 1Malaysia ni mmg bagus sangat. Dapat meringankan beban rakyat
BalasPadamRawatan byk.. kos murah...👍
BalasPadamMurah dan selesa. belum ada pengalaman teruk dengan Klinik 1 Malaysia
BalasPadamBagus juga ada perkhidmatan klink 1 Malaysia ni. Di samping murah dan boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan umur dan masyarakat, apa yg penting perkhidmatan yg diberikan jugak tiptop dan kita tak perlu risau dengan masalah kos ubatan yg mungkin tinggi di klinik swasta.
BalasPadamKita sebagai rakyat manfaatkan inisiatif kerajaan ini sebaiknya.
Layanan pun bagus. Kat rumah ni ada satu dekat dengan Klinik ibu dan Anak. Ingat lagi lagi masa tu baru habis pantang tekanan darah tak cantik doktor suruh buat Ecg kat klinik 1 Malaysia ni. Nurse pun cun hihi
BalasPadamDekat area rumah ada satu klinik ni, service best. Kos pun tak adelah macam klinik lain. Satu je, kalau boleh banyakkan lagi =D
BalasPadamDah selalu pergi ke sini... Orang ramai tu biasalah, bayar singgit je :) :)
BalasPadamAkak tak pernah berpeluang ke K1M lagi sebab asik pegi klinik kerajaan bila xsihat. Nanti boleh cuba
BalasPadamlokasi klinik 1 Malaysia ni kat kawasan perumahan, jadi mudah utk yg berpendapatan rendah kan
BalasPadamSaya sangat setuju klinik 1 malaysia membantu rakyat malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan murah dan selesa
BalasPadamTak pernah lagi pergi tapi bagus kan ada klinik mcm ni
BalasPadamBest kan Kak. Jessie pon selalu bawa anak I ke situ. Doctor kat tempat Jessie ni ramah
BalasPadamKalau swasta berganda2 mahalnya..
BalasPadamusaha yang patut dipuji.... banyak memberi manfaat pada mereka yang kurang kemampuan...
BalasPadamRM1 je? bagusnyaa. dapat bantu ramai orang sakit yang memerlukan bantuan sebegini.
BalasPadamKlinik 1 Malaysia mmg best..bayar rm5 je
BalasPadam.dpt la mcm2 jenis ubat yg perlu kan..
Teringin juga nak ke Klinik 1Malaysia ni. Nak tengok sendiri mcm mana service kat sana.. :)
BalasPadam...
Bagus perkhidmatan klinik 1Malaysia ni untuk golongan yang tak berkemampuan. Harga memang murah.
BalasPadamMemang mudah bila adanya klinik 1malaysia. Kalau sakit awal atau sikit-sikit Tak perlu ke hospital
BalasPadamDi mana-mana dah ada Klinik 1 Malaysia ni..good job
BalasPadampernah pergi..layanan best dari staf..alhamdulillah
BalasPadammurah dan servisnya terbaik!
BalasPadamsngla nak terima rawatan lanjut
BalasPadamkemudahan yang disediakan juga selesa, bertuah pada mereka yang menikmati kemudahan sebegini dengan penuh rasa syukur
BalasPadamselalu juga ke klinik 1Malaysia, sebab org xbrp ramai berbanding KK...
BalasPadamsalam perkenalan...
klinik paling murah ni.. layanan pun bagus
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
kat tempat luqman pon ada klinik 1Malaysia nih. Memang sangat memudahkan penduduk sekeliling
BalasPadamtak pernah pergi lagi, nt boleh cuba.
BalasPadamKlinik murah tapi perkhidmatannya sangat bagus.
BalasPadamBagus khidmat klinik satu Malaysia ni. Murah pun iyee jugak kan.
BalasPadamCik en akan gunakan klinik 1malaysia kalau kes2 ringan
BalasPadamPernah pergi juga klinik ni... Sgt membantu terutama yg berada di kawasan pedalaman...
BalasPadamSuka Klinik 1 Malaysia ni. Pernah pergi check gigi, rm1 je. Terima kasih masih ada yang prihatin dengan rakyat tak berkemampuan macam kami :)
BalasPadamAlhamdullilah. Kebajikan rakyat terjaga. Kami pon g klinik kerajaan juga buat rawatan
BalasPadamMemang amat diperlukan sangat-sangat klinik 1 Malaysia ni. Sentiasa ada tak kira bila
BalasPadamRakyat marhaen tak perlu risau ttg kos rawatan..semua ditanggung
BalasPadamMmg dekat sgt dgn rumah.xperlu p bandar dah. Lgpon xramai org. Cepat ntk parents yg bekerja kejar masa ni. Ank sy pon serasi dgn ubat.
BalasPadamTahniah kerajaan WP atas inisiatif yang memfokuskan rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak
BalasPadammujur ada klinik 1 malaysia...
BalasPadamBagus initiatif ini.
BalasPadamFamily Mya mmg akan rujuk ke K1M dulu kalau demam. Sebab urusan kat sana mudah
BalasPadamMak abah kak ana sini lah tpt dpt kan rawatan sakit ringan nya
BalasPadamkalau takat demam ke selsema ke xyah beratur kat klinik kesihatan. & jimat duit nak ke swasta. bayaran pon hanya rm1
BalasPadamKalau demam ke selsema ke memang pergi sini je.. Senang tak yah tunggu giliran lama sangat plus bayaran dia murah gila hehe
BalasPadamErni Hasmiza
kalau sakit tekak dan selsema brp biasanya kos ubat-ubatan?
Padamkalau sakit tekak dan selsema berapa bayaran untuk ubatan biasanya kak? saya tak faham RM 1 tu untuk apa? untuk pemeriksaan shj kan?
BalasPadamRM1..nak tahu cuba ke klinik 1 malaysia nanti :)
Padam