6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi - Zaza Iman

Isnin, April 23, 2018

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi

Negara kita Malaysia memang banyak tempat alam semulajadi yang cantik dan mempunyai pelbagai spesis hidupan.. zaza sendiri pun jika berpeluang memang ingin juga merasai dan melihat sendiri keindahan alam yang menghijau..

Bagi yang nak masuk kawasan eko pelancongan, pastikan membuat beberapa persediaan terlebih dahulu..So zaza nak share beberapa destinasi eko pelancongan yang boleh dikunjungi... ada juga tempat yang zaza tak pernah dengar..

1. Lembah Danum, Sabah

Lembah Danum di Sabah banyak menyimpan khazanah hidupan liar seperti orang utan, rusa, kucing hutan, harimau, gajah dan banyak lagi.. Bagi yang ingin menjejakkan kaki ke sini, perlulah menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Di Lembah Danum ini, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti mendaki, merentas hutan, melihat keindahan hutan dari menara dan juga night walking.

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber Gambar dan info - www.danumvalley.info

2. Kuala Gula, Perak

Kuala Gula merupakan kawasan hutan bakau yang mempunyai pelbagai habitat untuk spesis burung. Bagi yang meminati burung boleh la melihatnya disini kerana terdapat spesis burung seperti Milky Stork dan Lesser Adjutant.

Selain itu, di Kuala Gula juga terdapat aktiviti penangkapan ikan dan udang. Disini juga anda boleh melihat bagaimana cara penghasilan belacan dan makanan berasaskan laut.

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber gambar dan info - www.taiping.info

3. Taman Endau Rompin 

Taman Endau Rompin terletak di Johor bersempadan dengan Pahang. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini  seperti melawat perkampungan orang asli,night safari atau pun menyusuri sungai dengan menaiki bot.

Disini juga anda boleh menginap di chalet ataupun di tapak perkhemahan. Antara tempat yang sering menjadi tumpuan para pelancong..

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber gambar dan info - tourism.johor.my

4. Parit Jawa, Johor

Merupakan kawasan eko-pelancongan yang semakin dikenali.  Parit Jawa merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan burung terutama pada musim penghijrahan antara bulan Oktober sehingga Mac. Selain itu, Parit Jawa juga terkenal dengan masakan asam pedas di perkampungan nelayan dekat Pantai Leka

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber gambar dan info - wikipedia

5. Gua Niah, Sarawak

Antara destinasi eko pelancongan yang sudah dikenali ramai. Gua Niah terletak di daerah Miri.  Di gua ini, terdapat pelbagai khazanah alam yang menjadi kediaman manusia Paleolitik pada tahun 500,000 sehingga 10,000 sebelum Masihi.

Di gua ini juga turut menjadi tempat penuaian sarang burung walit. Disini juga terdapat lukisan zaman manusia purba di Gua Lukisan  dan anda juga boleh mengunjungi kawasan rumah panjang orang iban

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber gambar dan info - wikipedia

6. Tasik kenyir, Terengganu

Merupakan tasik yang terbesar di Asia Tenggara. Di sini ia merupakan kawasan eco pelancongan yang dipercayai mempunyai lebih 8000 spesis bunga, 2500 spesistumbuh-tumbuhan, beberapa ratus spesis burung dan juga spesis ikan air tawar.

Terdapat beberapa kemudahan terdapat disini untuk pengunjung malah pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti berperahu, memancing, berkayak dan berkhemah.

6 Destinasi Eko Pelancongan Untuk Dikunjungi
Sumber gambar dan info - Wikipedia

sumber tambahan - majalah libur


10 ulasan:

  1. nice sharing. terima kasih Zaza.

    singgah dari blog https://aenoyou.blogspot.my

    BalasPadam
  2. Semua tempat-tempat kat atas teman belum sampai lagi zaza.. huhu.. agaknya taktau lah bila baru dapat jejak kaki ke sana.. haha..

    BalasPadam
  3. 1 je tmpt yg wawa pergi.. Parit jawa muar sbb dkt dgn rumah. Haha.. Tp mmg skrg ssh juga la kan nk pergi tmt yg cmni.. Teringin nk pergi yg kat sabah tu.. Bila lah dapat pergi kan..

    BalasPadam
  4. Banyak tempat menarik dekat malaysia ni..kalau baca org punya baru tau ada tempat tu..heehe..thank you zaza kongsi..best tengok tempat2 ni

    BalasPadam
  5. Cantiknya tempat-tempat ni.. teringin sangat nak ke Sabah tau..

    BalasPadam
  6. bestnya tempat-tempat yang zaza share, rasa macam nak pergi semua tempat. nak sangat tengok tempat tu depan mata sara sendiri pengalaman

    BalasPadam
  7. semua tempat yg zaza share tu menarik dan best untuk dilawati. tasik knyir tu pernah g tapi tak ke tasek,duk kat darat je..hehe

    BalasPadam
  8. best nya kalau dapat pergi.dapat tengok alam semulajadi lebih jelas.. Tapi anak-anak akak tak suka pergi tempat gini..Takut serangga la apa..kadang burung singgah depan rumah pun menjerit2 macam nampak hantu.cemana nak pergi.. heheh

    BalasPadam
  9. Biasa dengar nama nama tempat ni. Tapi nak pergi tu entah bila la kan ada peluangnya. Hehe

    BalasPadam
  10. Tempat menarik byk di malysia..cuma ramai tak tahu.

    BalasPadam

Labels

beauty (49) KECANTIKAN (24) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (32) LAIN-LAIN (75) OTHERS (33) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (33)