Pelbagai Barangan JD dan Mogujie Kini Boleh Dibeli Di Ezbuy.my. Membeli belah secara online adalah pilihan utama zaza
memandangkan zaza susah nak keluar ke bandar sebab zaza tak pandai drive.
Sekali sekala je ajak rakan yang boleh drive keluar. Jadi sebabkan keadaan
macam ni..memang pembelian secara online je la mudah untuk zaza. Memang
berjam-jam lah kalau zaza belek-belek sesuatu laman beli belah. Kadangkala
larut malam sanggup tidur lambat sebab nak tengok barangan apa yang ada.
So zaza nak share la
antara salah satu laman membeli belah yang menjadi pilihan ramai masa kini
iaitu Ezbuy.my.
Seperti sedia maklum Ezbuy.my
merupakan laman membeli belah yang kian popular di Malaysia kerana tawaran
harganya yang murah dan merupakan salah satu platform untuk membeli barangan
dari luar negara terutama China. Zaza pun kadangkala suka juga tengok
barangan kat Ezbuy ni.. meriah dan macam-macam ada..
Laman beli belah
Ezbuy.my
Untuk kali ni Ezbuy memperkenalkan 2 laman web beli belah terbesar
dalam jaringan mereka. Laman web
tersebut adalah JD.com dan Mogujie.com.
Zaza sendiri pun baru je mengenali dua laman ini dan zaza
dah tengok..macam biasalah kalau buka laman web shopping, pilihan zaza adalah
pakaian. Zaza memang gila sangat dengan pakaian tau..
Memandangkan kedua-dua laman ni berbahasa Cina, jadi laman Ezbuy telah memudahkan pengguna untuk
membeli barangan mereka kerana Ezbuy menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu.
JD.COM – JING DONG
Untuk pengetahuan you all, JD.com adalah sebuah laman web e-dagang yang terkenal di China.
JD.com atau dikenali sebagai Jing Dong mempunyai
pelbagai rangkaian produk seperti pakaian, barangan kelengkapan rumah,aksesori,
gadget, kasut, bag, makeup dan pelbagai lagi. Semestinya sangat menarik..
Harga-harga setiap produk yang dijual juga begitu berpatutan
dengan produk yang berkualiti. Zaza memang suka tinjau-tinjau barangan apa yang
menarik minat zaza. Kalau dah minat tu sudah pastilah zaza akan masukkan dalam
bakul Add To Cart dulu. Dah cukup duit baru buat order dan buat pembayaran.
Antara sebahagian
produk terdapat di JD.com
Pelbagai rekaan beg di
JD.com
MOGUJIE.COM
Bagi perempuan yang gila kan fesyen macam zaza, Mogujie.com menawarkan pelbagai design pakaian yang memang cantik dan
trendy. Selain pakaian, Mogujie juga
turut menjual kasut, beg dan alatan makeup pada harga yang juga mampu milik.
You all yang nak beli
barangan dari Mogujie ni boleh beli dekat Ezbuy je tau. Tambahan pakai kat
sini ala-ala style Korean. Memang jadi pilihan zaza juga la sebab zaza memang
pengumpul pakai style Korean ni. Ini yang buat zaza nak shopping lagi ni.. =)
Antara koleksi
pakaian yang dijual
Koleksi bag, kasut
dan juga alatan makeup di Mogujie.com
Ini ada berita best untuk you all yang memang kaki shopping
online.. Bagi setiap pendaftaran Ezbuy yang berjaya, you all akan mendapat RM15 cash voucher dan juga diskaun 15% untuk kos
penghantaran. Memang sangat menarikkan. So cepatlah daftar Ezbuy sekarang.
Bagi yang ingin daftar boleh terus daftar di https://ezbuy.my/ di link berikut https://marketing.ezbuy.my/ezbuyMobileRegister/index_v2_MY.html?identId=kwDaih
Bagi yang tidak berapa faham bagaimana untuk membeli
barangan JD.com di Ezbuy boleh melihat panduan berikut : PANDUAN
MEMBELI BARANGAN JD.COM DI EZBUY
okay
BalasPadamterus usha
hehehe
Mudahkan..shopping atas talian..memilih dalam keadaan santai dan tidak perlu terburu-buru..
BalasPadamTB dah tengok brg dari jd.com.. alamak terminat satu barang. nak beli tapi harga nya aumm.. tapi nak jugakkk
BalasPadamBanyak gak website shopping best2 brg obersea ni. Shad tau tmall ja. Nnti boleh ushar brg2 dkt jd.com dgn mogujie.com
BalasPadamWah bestnya... Ini yg baru kan... Boleh tahan gak koleksi2 yg ada ea... Handbag pon ade ke?? Aduhh..tlglaa jgn terhasut..haha
BalasPadamNanti boleh akak tengok2 kat EZbuy ni.. memang tak pernah beli kat sini ..
BalasPadamCatat Ulasan