5 Resepi Masker Telur Untuk Kulit Yang Boleh Dilakukan

5 Resepi Masker Telur Untuk Kulit Yang Boleh Dilakukan. Bila makin berusia dan kulit semakin dimakan usia, boleh terjadi kulit berkedut.  Oleh itu pentingnya ada regimen anti penuaan. Kulit wajah perlu dijaga terutama bagi mereka yang lewat 20an atau 30an. Apabila kulit dijaga dengan betul ia akan berkeadaan baik sehingga umur mencecah 50an.

Berikut 5 resepi masker telur yang boleh dilakukan dan amat bagus untuk memelihara kulit wajah agar sihat.



1. Putih Telur Dan Madu

Ambil telur putih dan satu sudu besar madu. Kemudian kacau sampai ia sebati. Selepas itu sapu ke seluruh wajah dan leher. Biarkan ia kering dalam masa 15 minit. Kemudian basuh dengan air sejuk. Masker telur dengan madu ini dapat melembabkan kulit memberikan kesegaran pada wajah



2. Putih Telur Dan Yogurt

Ambil sebiji putih telur dan satu sudu besar yogurt. Kemudian letakkan sedikit gula merah. Setelah itu sapu pada muka dan leher. Urut perlahan dalam masa 10 minit. Setelah itu bolehlah dicuci. Campuran masker ini dapat membuang sel kulit mati dan mengetatkan kulit yang melendut. Ia juga dapat memberikan keserian pada kulit.



3. Putih Telur Dan Oatmeal

Ambil putih telur dan dua sudu besar oatmeal. Kemudian goncangkan dan jadikan ia pes. Lalu sapu pada wajah.  Biarkan seketika  ( dalam 20 minit )  dan anda akan rasa ketegangan kulit secara natural.

4. Putih Telur Dan Lemon

Ambil putih telur dengan dua sudu besar jus lemon. Letakkan sedikit madu asli. Kacau sehingga menjadi buih. Kemudian bolehlah disapu pada seluruh muka dan leher. Biarkan dalam masa 30 minit. Setelah itu bolehlah dibasuh. Jus lemon amat bagus untuk menghilangkan bitnik hitam, kulit mati dan juga minyak berlebihan. Putih telur pula dapat membuatkan kulit berasa tegang dan madu dapat memberikan serta meningkatkan lembapan pada kulit.



5. Putih Telur Dan Cuka Epal

Ambil putih telur bersama dua sudu besar cuka epal. Gaul sehingga sebati. Kemudian sapu pada seluruh muka. Biarkan seketika ( dalam masa 30 minit ). Setelah itu bolehlah dicuci. Fungsi cuka epal dapat membersihkan wajah dan melegakan kulit.

Kredit : Majalah Rapi

10 Ulasan

  1. pernah guna putih telur jadi masker, tegang sangat muka

    BalasPadam
  2. Boleh try masker nih..kalau drp telur memang kulit jd cantik dan tegang

    BalasPadam
  3. Macam best je masker telur ni. Teringin nak buat. Tapi xtahu tahan ke tak dengan bau telur tu. 😅😅

    BalasPadam
  4. Wah, jimat buat masker pakai telur je tapi tak bau hanyir ke

    BalasPadam
  5. Wawa pernah guna telur putih shj... Buat masker... Macam foam tu.. Mmg best gila.. Heheh

    BalasPadam
  6. Banyak cara sekarang, cuma rajin tak rajin je. Tapi putih telir bagus untuk muka.

    BalasPadam
  7. putih telur memang elok untuk kulit.. TB guna putih telur dengan tisu untuk buat masker . hahaha. pastu bila dah keras.. best je buka mask tu

    BalasPadam
  8. Biasa buat telur dengan tisu.
    muka rasa lembut je lepas cuci

    BalasPadam
  9. Wahh dulu dila rajin juga buat telur putih letak kat muka memang bagus lepas kering tu muka rasa tegang je ... tak perlu beli mask guna telur putih pun dah elok sangat

    BalasPadam
  10. Sally pernah buat guna Putih telur semata je...lepas tuu letak Mata's mask sheet kosong...hahaha...sbb tgk drama.. LOL.. Tak sangka byk ingredients lain!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama