Suzy Honey Herbs Jadikan Rambut Sihat Dan Badan Terasa Segar - Zaza Iman

Sabtu, Februari 17, 2018

Suzy Honey Herbs Jadikan Rambut Sihat Dan Badan Terasa Segar

Suzy Honey Herbs Jadikan Rambut Sihat Dan Badan Terasa Segar. Zaza memang kerap mengalami masalah rambut seperti kelemumur. Adakala ia hilang dan adakala ia muncul kembali. So zaza pula memang suka mencuba beberapa syampu rambut untuk mengatasinya.

Kali ini zaza menggunakan produk homemade SUZY HONEY HERBS. Zaza memang suka pakai produk dari Suzy Honey Herb ni kerana ia dihasilkan dari 100% bahan semulajadi. 

Suzy Honey Herb ni mengeluarkan produk berasaskan herba alam dan pengasasnya, Kak Suzy Honey menghasilkan produk-produknya secara homemade di kilangnya sendiri.

Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Antara produk-produk yang dikeluarkan adalah Organic Shampoo, Organic Conditoner, Syampu Rambut Bunga Rose, Perapi Rambut Bunga Rose, Sabun badan iaitu Sabun Daun Gelenggang, Sabun Neem ( daun semambu ), Sabun Sireh, Sabun Kunyit, Sabun Kopi Scrub, Sabun Mewangi, Sabun Daun Bidara dan Sabun Aura.


Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Dalam banyak-banyak produk Kak Suzy ni..zaza dah try dan alami sendiri Syampu Rambut Bunga Rose, Perapi Rambut Bunga Rose dan Sabun Aura. Kalau bab bau memang sangat best sampai zaza hidu banyak kali..sedap gila tau..bila mandi pun lama-lama sebab syok sangat dengan aroma bauan syampu dan sabun badan Aura ni..


Syampu Rambut Bunga Rose Dan Perapi Rambut Bunga Rose

Rambut zaza nak kata kering atau rosak tak sangat sebab kesan dari rebonding rambut dulu masih elok..cumanya seperti zaza cakap diawal tadi zaza selalu alami kelemumur dan gatal-gatal. Bila rasa gatal tu memang zaza suruh anak buah la tolong carikan kelemumur guna sikat kutu.

Jadi zaza pun cuba sendiri rasai Syampu Rambut Bunga Rose ini kerana fungsinya yang dapat mengatasi masalah kelemumur. Zaza dah try dalam seminggu lebih.. Cuci rambut biasa zaza lakukan 3 kali dalam seminggu. Memandangkan kelemumur ni bukanlah sekali dua pakai terus hilang..so zaza kena sentiasa la pakai. Moga-moga masalah kelemumur zaza nanti beransur pulih.

Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Syampu Rambut Bunga Rose ni tidak mempunyai paraben dan Sodium Laureth Sulfate. Oleh itu ia tidak mempunyai kesan sampingan. Selesai syampu, zaza gunakan Perapi Rambut Bunga Rose. Memang sangat lembut selepas dibilas.


Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Syampu dan juga perapi ini dihasilkan dengan formula campuran Pati Essantial Oil Premium bagi mengekalkan kesegaran dan keharuman rambut.

Kandungan lain yang terdapat dalam Syampu dan Perapi Rambut Bunga Rose ini seperti Virgin Coconut Oil, Rosehip Oil, Peppermint Oil, Kaffirlime EO dan Rosemary EO.

Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Antara keistimewaan lain kedua-dua produk ini adalah :

* Memberikan kelembutan dan kelembapan pada rambut
*Mengelakkan keguguran rambut
* Sesuai untuk mengatasi masalah kelemumur
* Membantu mengatasi kegatalan kulit kepala
* Memberi haruman bauan bunga Rose yang menyegarkan
* Mengelakkan bauan hapak pada rambut
* Sesuai untuk rambut nipis dan kering

Syampu Rambut Bunga Rose dan Perapi Rambut Bunga Rose ini dijual bersama dalam set dengan harga RM55/Set. Setiap satu botol mengandungi 100ml dan 100% natural.

Suzy Honey Herbs Sabun Aura

Untuk badan pula, zaza menggunakan Suzy Honey Herbs Sabun Aura. Baunya memang harum dan dapat menaikkan seri dan aura.

Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Sabun ini dihasilkan dari 7 jenis bunga iaitu Rose, Iris, Lily, Saffron, Ylang Ylang, Melati, Jasmine dan juga kandungan Vitamin E dan Vitamin C serta Evening Primerose Oil.

Antara keistimewaan sabun ini ialah :

* Dapat memberikan aura yang menarik dan awet muda
* Dapat membersihkan diri dari anasir negatif
* Menegangkan dan mencantikkan kulit dengan khasiat Vitamin E dan Vitamin C
*  Dapat meredakan stress dan boleh memberikan perasaan emosi yang stabil dan ceria
* Gabungan antara molekul bunga dengan aura tubuh dapat memberikan rangsangan
yang istimewa dalam mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang.

Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Sabun ni memang sesuai lah untuk bakal-bakal pengantin atau sesiapa sahaja yang nak segar dan ceria sepanjang hari.

Bila zaza pakai sabun ni..lepas mandi melekat-lekat bau rose kat badan tau..memang maveless sangat lah rasa..

Sabun ini dijual pada harga RM25 sahaja ( 60 gram )


Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

So untuk Shampoo Organic dan sabun-sabun lain you all boleh cari maklumat di internet atau rujuk terus di facebook Suzy Honey sebab setiap sabun mempunyai bahan dan fungsi yang berbeza.

Jangan risau ok, Produk Suzy Honey Herbs ni HALAL dan TANPA BAHAN KIMIA.


Suzy Honey Herbs Buat Rambut Saya Sihat Dan Badan Terasa Segar

Berita baik untuk rakan-rakan zaza diluar sana.. SUZY HONEY HERBS sedang menawarkan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan dengan menyertai Agent dan Dropship.

Bagi yang berminat untuk membeli dan mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan produk serta ingin menjana pendapatan bersama Suzy Honey Herbs boleh la terus melayari :



18 ulasan:

  1. Botol dan packagingnya nampak sgt menarik.. nampak menyegarkan. Malah kandungannya pun berasaskan bahan2 semulajadi dan organik. Mmg bagus kalau dapatkan ni nanti. Thanks sharing Zaza :)

    BalasPadam
  2. wow syampoo nya nampak macam very promising la, harap boleh rawat maslaah keguguran rambut I, BTW sabun dia nampak ekslusif sangat I suka betul tengok ! ;)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Akhirnya ada juga syarikat Melayu yang keluarkan produk macam ni. Tahniah pada pengasas
    .
    Nak try sabun tu. Macam best je ;)

    BalasPadam
  4. presentable packaging dan bentuk sabun tu. memang ok ke zaza? sebab lisa memang ada masalah rambut, byk plak gugur..sediih

    BalasPadam
  5. Sepertinya sangat harum ya.
    Kalo di indonesia kayanya belum ada yang kaya gitu.
    oiya, Mba zaza emang top kalo ngasih review :D

    BalasPadam
  6. sedap kan bau sabun aura, suka sgt sbb bau dia tahan lama..kdg2 lepas sabun xpkai minyak wangi dah..

    BalasPadam
  7. Semua produk SuzyHoney ni gunakan bahan herba tempatan ya. Bagus sangatlah sebab memang dari dulu dah terbukti berkesan. Dah dikomersilkan begini patut diketengahkan lagi. Sabun Aura tu menarik untuk cuba nanti.

    BalasPadam
  8. produk suzyhoney memang bagus digunakan kerana produk homemade dan terbukti berkesan dan selamat digunakan.nanti akak pun nak try jugak lah syampunya untuk selesaikan masalah rambut yang akak hadapi sekarang nih

    BalasPadam
  9. Akak guna syampoo Oleifera Joy ygv warna hijau utk rambut gugur..pun sedap bau dia wangi..lepas bilas rambut rasa segar sgt...product ni patut di ketengahkan lagi di di pasaran..

    BalasPadam
  10. Menarik syampu dan sabun ni wangi tak? Bonde dah guna juga produk ni tapi jenis yang lain.. iaitu Syampu bunga kampung utk syampu tu sesuai dengan masalah rambut dan kulit kepala Bonde hilang dan rasa gatal dan wangi sekali.

    BalasPadam
  11. Eh eh, menarik lah produk ni. Saya suka nampak ala-ala homemade gitu. Nak pakai pun sayang.

    BalasPadam
  12. wah cantiknya sabun dia, kalau saya sayang dah nak guna tu. nampak feminin n exclusive sangat tu. pakaging pun nampak menarik.

    BalasPadam
  13. Blog zaza ke nie? wooowwww makin cantik..... Bro syak, kepala bro ada kelimumur la...

    BalasPadam
  14. suka sangatlah sabun tu..kaler dia menawan..botol shampoo pun lawa
    harum lah bau rose eh rambut

    BalasPadam
  15. Sabun tu cantik plk, lain dari yang lain suka tgk, mesti bau dia wangikan?

    BalasPadam