Cara Hilangkan Bau Hancing Kucing

Rabu, Februari 07, 2018

Cara Hilangkan Bau Hancing Kucing. Zaza ni memang suka sangat dengan kucing. Jadi adalah kisah beberapa minggu lalu bila kucing zaza buat perangai. Perangainya membuang air kecil dibawah meja dapur tempat memasak. Memang kuat sangat bau hancing. Cuci-cuci dengan air biasa pun tak hilang. Mungkin sebab dah kering. Kena lah juga bebel dengan mak..hehe sebabnya bau satu dapur.

Jadi setelah bertanya rakan yang bekerja di Vaterinar dan hasil carian google..so ini tip yang zaza guna dan  boleh dilakukan kalau kucing kesayangan korang buat perangai macam kucing zaza tu..

Cara Hilangkan Bau Hancing Kucing

MENGGUNAKAN CUKA

Caranya adalah :

1. Bagi tempat yang dah kering, letakkan tuala di tempat kesan air kucing dan tuangkan air panas disitu. Alih tuala yang sudah menyerap air kencingnya.

2. Ambil cuka dan campurkan dengan air di dalam bekas dan kacau. Tuangkan campuran cuka tersebut ke atas tempat hancing. Pastikan ia tidak merebak ke kawasan yang tidak terkena air kencing.

3. Kemudian biarkan ia kering sendiri. Bagi mempercepatkan proses pengeringan boleh gunakan pengering. Biarkan semalaman.

4. Selepas itu, sediakan campuran cuka dengan air panas. Cuci tempat kesan tersebut beberapa kali dan biarkan ia kering.

Cara Hilangkan Bau Hancing Kucing

Insyaallah tip ini boleh menghilangkan bau hancing tersebut. Tapi kalau rasa-rasa nak mudah mungkin juga korang boleh beli spray khas untuk menghilangkan bau tersebut. sumber-kucingsayang.com

6 ulasan

  1. Mmg pun air kencing si comel ni bau dia hancing..byk juga kebaikan cuka ni kan..mcm2 boleh buat..thanks sharing zaza

    BalasPadam
  2. Teman pun letak cuka gak ritu...tapi bau cuka lak kuat.. so letak bedak kasi hilang bau cuka tu.. tengok2 esoknya kucen kencing balik tempat yang sama.. huhuhu. sebab kucen kat umah teman tak malan saman. tapi kat kg.. abah guna cuka kucing tak kencing dah tempat tu.. ikut kucen kot ..kan zaza

    BalasPadam
  3. Ya Allah...mmg perlu sgt tips ni Zaza, kucing baru abg sally bawak blk ni mmg kencing berak merata...geramnya Tuhan je tauuu...thanks share tips! Nak buat kejap lg...tak bahaya ke kalau kucing tertelan cuka eh? takut dia jilat ke ape..

    BalasPadam
  4. Wawa buat tips ni juga.. Sbb bau dia kuat sgt sini.. Huhu .. Berguna juga tips mcmni kan...

    BalasPadam
  5. Samalah Zaza. Kucing2 liniey pun suka kencing kat area dapur..haishh..nasib baik zaza share tips ni ..macehhh

    BalasPadam