Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah - Zaza Iman

Selasa, Februari 20, 2018

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah


Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah. Selain wajah dan badan, kuku pun kena jaga juga..kadangkala zaza pun jeles tau tengok kuku rakan-rakan yang cantik bersinar je..

Nak jaga kuku ni tak lah susah mana pun. Semuanya boleh dilakukan sendiri di rumah tau..jom tengok bahan apa yang boleh digunakan di rumah untuk mencantikkan kuku..

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah

Bawang Putih
Ambil bawang putih dan buang kulitnya. Kemudian bersihkan bawang  lalu digosokkan pada kuku. Kemudian biarkan beberapa minit. Setelah itu bilas dengan air. Kena rajin amalkan bagi memastikan kuku cantik dan sihat.

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah

Lemon
Lemon mengandungi Vitamin C yang tinggi.Kandungannya itu dapat membantu menjadikan kuku kelihatan cantik. Caranya hanya hiris sedikit buah lemon dan saoukan ke atas kuku untuk kuku yang kusam dan kering. Setelah beberapa minit, bilas dengan air.

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah

Limau Nipis
Potong limau nipis kepada dua bahagian. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Bilas dengan air. Praktikal amalan ini untuk pastikan kuku sentiasa cantik dan sihat.

Belimbing Buluh
Gosok buah belimbing buluh terus ke atas permukaan kuku. Selepas itu, rendam kuku di dalam air suam yang telah dicampur garam untuk hasil yang lebih efektif. Biarkan ia kering dengan sendiri. Untuk kesan lebih baik, sapukan minyak zaitun. Amalkan petua ini untuk atasi masalah kuku kusam dan mudah kering.

Cantikkan Kuku Dengan DIY Mudah Di Rumah

Kulit Tembikai
Percayalah yang kulit buah tembikai boleh memberikan efek kuku yang lebih berkilat dan bersih. Caranya adalah dengan menggosok kulit buah tembikai ke atas permukaan kuku. Biarkan ia mengering. Cuci dengan air sehingga bersih.

Kredit : http://eh.com.my/artikel/diy-petua-cantikkan-kuku/



8 ulasan:

  1. Rumah akak of course lah ada bawang putih.limau nipis pun ada..boleh try nih untuk cantikkan kuku kaki dan tangan

    BalasPadam
  2. Boleh try ni. Bahan2 mudah nak didapati kat dalam rumah

    BalasPadam
  3. Yang kulit tembikai tu macam baru tahu je..heheh..Lpeas ni makan tembikai kulit nya tak payah buang.

    BalasPadam
  4. Wahh x sangka kulit tembikai boleh cantikkan kuku jugak..nti boleh manicure di rumah je..save cost

    BalasPadam
  5. Senangnya bahannya biasa kita guna kat dapur

    BalasPadam
  6. boleh buat kat rumah nt... semua bahan dah ada... hehe

    BalasPadam
  7. ada masa santai-santai boleh cuba nanti ni. Tq share zaza

    BalasPadam
  8. Laaa senang rupanya nak dapatkan kuku yg cantik. Guna barang yang ada kat rumah saja... Hari minggu ni bolehlah apply

    BalasPadam