Bau Kaki Hilangkan Mood! Jom Try 5 Tip Ini

Isnin, Februari 26, 2018

Bau Kaki Hilangkan Mood! Jom Try 5 Tip Ini. Selain masalah jerawat di muka yang boleh membuatkan seseorang jadi stress dan hilang mood, bau kaki pun sama. Bau kaki yang kurang menyenangkan boleh menjadikan kita pun rasa tak senang dan selesa kan.

Bukan kita je,..orang lain pun jadi tak selesa. So zaza nak share beberapa petua berguna yang Insyaallah boleh mengatasi masalah bau kaki.. Jom cuba.

Bau Kaki Hilangkan Mood! Jom Try 5 Tip Ini

1. Cuci Kaki Dengan Sabun Antibakteria

Rajinkan juga mencuci kaki dengan sabun antibakteria supaya bakteria dan kuman tidak dapat hidup dicelahan jari kaki.

2. Skrub Kaki

Kalau anda rajin bolehlah membuat skrub kaki yang bertujuan membuang kulit mati pada bahagian kaki.  Apabila melalukan skrub kaki ia akan membuatkan kaki sentiasa bersih dan segar.

Bau Kaki Hilangkan Mood! Jom Try 5 Tip Ini

3. Rendam Kaki Dengan Air Perahan Lemon atau Limau Nipis

Rendam kaki dengan jus perahan lemon atau limau nipis. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali agar kaki segar

4. Sapu Bedak Bayi Pada Kaki

Sebelum memakai stokin kaki, sapukan dahulu bedak bayi pada kaki dan celahan jari kaki agar ia segar sekaligus dapat mencegah dari peluh yang teruk

Bau Kaki Hilangkan Mood! Jom Try 5 Tip Ini

5. Penyimpanan Kasut di Rak Terbuka

Simpan kasut di rak kasut yang mempunyai pengudaraan dan pencahayaan yang cukup agar kasut boleh bernafas. Untuk pengetahuan, bakteria mudah hidup dan membiak di tempat yang tertutup dan gelap tanpa udara.

Sumber : Majalah Eh

3 ulasan

  1. tapi.. dah memang rak kasut tu bertutup... kena buka juga sesekali.. tq for the tips..

    BalasPadam
  2. These are good tips- thank you kindly for the share :)

    BalasPadam