Langkau ke kandungan utama

SOCIAL MEDIA

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

Selasa, Mac 29, 2022



Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari.
Biasa zaza kalau goreng ayam bubuh kunyit dan garam je..tapi baru-baru ni zaza ternampak satu resepi goreng ayam ala-ala kfc dari Cik Pooja yang merupakan salah seorang ahli dalam group Masak Apa Hari Ni...( MAHN )

So zaza nak share jugak la dengan korang..lepas ni boleh cuba okey..Kat bawah ni resepi dan cara betul nak goreng..

Resepi dari cik Pooja ni hanya menggunakan 2 bahan je..iaitu ayam dan tepung Bistari.

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

1.  Masukkan ayam dalam bekas dan masukkan tepung bistari
2. Masukkan air dan gaul rata

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

3. Sediakan tepung kering ( guna tepung bistari jugak ) dan salut ayam tadi dengan tepung kering
( tepung kering ni letak agak-agak je..kalau tak cukup tambah sikit-sikit )

Resepi ayam Goreng Ala KFC Guna Tepung Bistari

4. Dah gaul-gaul dengan tepung kering boleh lah goreng dalam periuk.

CARA BETUL NAK GORENG

1. Goreng di dalam periuk
2. Pastikan minyak betul-betul panas masa nak menggoreng
3. Pastikan api dipasang perlahan je..jangan kuat-kuat okey
4. Gorengan ayam tu mesti tenggelam dalam minyak 
5. Biarkan seketika gorengan bagi masak dan barulah balik-balikkan
6. Bila dah nampak gorengan ayam macam kekuningan keemasan bolehlah angkat dan toskan minyak
7. Siap dan susun cantik-cantik dalam pinggan

Senang dan mudah je kan rupanya nak buat ayam goreng ala kfc.. tepung bestari boleh cari kat pasaraya-pasaraya berdekatan tempat korang.

Ni kalau hidang kat anak-anak memang suka lah kan..so korang boleh lah cuba resepi ni okey... boleh rujuk perkongsian Cik Pooja di facebook jugak..

Kredit Gambar dan Resepi : Cik Pooja Masak Apa Hari Ni.. ( MAHN )

KALAU NAK BELI  TEPUNG BESTARI BELI JE KAT SHOPEE. KLIK >>



19 ulasan

  1. Macam best je! Nanti nak cari la tepung bistari tu. Lepas tu tak perlu gi KFC dah, buat sendiri dekat umah hehehe

    BalasPadam
  2. Huishh terliurrr! Boleh cuba ni. Nak cari tepung tu dlu. Hope kat sini ada jual

    BalasPadam
  3. sedap kan..akk pun guna tpung ni kalau nk goreng aym atau yg lain

    BalasPadam
  4. ada baca juga psl tepung bestari ni tp slalu cari tk jumpa..tp husband akak br je buat lastweek ayam goreng ala2 kfc tp bkn guna tepung bestrai la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tak rasenya tu.. Guna tepung kentucky ke yg jenama haruma atau joji tu

      Padam
  5. nanti boleh cuba..anak2 kat rumah mmg hantu ayam haha

    BalasPadam
  6. fara guna brand lain... nk try ni pulak la... mcm lbh uummmm

    BalasPadam
  7. sedap tu..terasa rangup krup krap hehe

    BalasPadam
  8. nak kena cari tepung nih kalau dah ada rasa pedas

    BalasPadam
  9. Sedapnya zaza. Dulu akak pernah juga buat.. Akak guna resipi sheila rusli

    BalasPadam
  10. dah beli dah tepung bestari.tapi silap beli yg pedas tu..pedas sgt.tapi sedap

    BalasPadam
  11. Sy berniaga mng guna tepung bestari, tp tepung original tu agak masin. .Biasa sy tambah tepung gandum dan breadcrumb lagi ranguuppp ..😋😚

    BalasPadam
  12. Anak2 suka sangat kalau buat menu ni..meratah jerk. Tapi pling sedap yang perisa pedas..perisa tomyam tak pernah cuba lagi

    BalasPadam
  13. mcm sedap jer. Nak try jugalah. Nak p kfc pun ayamnya mahal.

    BalasPadam
  14. akak baru tahu tepung bestari ni, bila cari resepi... huhu... nampak sangat x pernah goreng ayam kfc

    BalasPadam
  15. perap ayam dgn tepung dlu sejam..kemudian celupkan ayam dlm tlur lpastu salut ayam dgn tepung bestari skali lg..lg sedap..isi ayam jd lmbut..

    BalasPadam


Hello!

I'm zaza iman, blogging since 2012. like photography, sometime i read book, sometime i like travel..masih menulis blog cuma kadangkala jiwa menulis itu telah menjauh ~ jan 2024 ~ for any collaboration can emel me here : zazaiman17@yahoo.com , thanks.

view this blog!