Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

Sabtu, Oktober 14, 2017

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab. Ramai antara kita menghadapi masalah rambut seperti gugur, gatal dan kelemumur. Jadi pemilihan syampu yang sesuai adalah penting supaya kita dapat memastikan rambut dan kulit kepala kita kekal cantik dan sihat.

Bagi wanita bertudung, keadaan rambut yang sentiasa tertutup sepanjang hari terutamanya dalam keadaan cuaca panas dan lembap boleh mengakibatkan rambut mudah berminyak. Ia sekaligus membuatkan masalah kelemumur berlaku. Tentunya keadaan ini membuatkan kita tidak berasa selesa, rambut mudah berbau dan perkara inilah yang boleh membuatkan antara kita kurangnya keyakinan diri.

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

Oleh itu zaza memperkenalkan syampu yang dapat membantu mengatasi masalah yang zaza nyatakan di atas iaitu Syampu Shurah Ariana. Ia diperkenalkan khas untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya wanita berhijab.

Untuk pengetahuan, Syampu Shurah Ariana ini telah diperkayakan dengan bahan aktif semulajadi iaitu DANDRILYS. DANDRILYS berfungsi untuk mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti kelemumur terkenal, Zin Pyrithione ( ZPT ). Ia mambantu dalam mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan sekaligus dapat mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala.

Selain itu, Syampu Shurah Ariana ini juga mengandungi bahan aktif Farnesol dan aroma bau serta wangian dengan teknologi pengurangan bau (Malodour Reduction Technology  ) Oleh itu, dengan teknologi ini ada boleh mengurangkan bau yang tidak menyenangkan  dan akan menjadikan rambut kekal harum mewangi serta sentiasa segar sepanjang hari.

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

Produk rangkaian Syampu Shurah Ariana ini didatangkan dengan empat ( 4 ) set berbeza bagi menangani pelbagai masalah rambut bagi perempuan bertudung.

Syampu ini bebas dari Paraben. Jadi ia selamat digunakan dan tidak membuatkan rambut anda rosak atau rapuh.

Berikut adalah setiap fungsi mengikut warna botol :

1. Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair, dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

2. Botol Hijau - Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

3. Botol Oren- Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair, diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

4. Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

Zaza sendiri telah mencuba produk Syampu Shurah Ariana ini.. memandangkan zaza mempunyai masalah kelemumur, jadi zaza menggunakan Syampu berwarna hijau dahulu.

Selepas menggunakan rambut terasa segar. Zaza gunakan Syampu Shurah Ariana ini 2 kali seminggu. Bagi merawat masalah kelemumur zaza ni, zaza perlu menggunakan secara berterusan sehingga kelemumur hilang.

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

Bagi korang yang nak dapatkan seleksi Syampu Shurah Ariana ni boleh la dapatkan di pasaraya atau farmasi utama di seluruh negara.

Harga untuk botol 330 ml : RM12.30
Harga untuk botol 170 ml : RM7.90

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari:

Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
Pembelian secara online: http://www.jetaine.com/shop/

11 ulasan

  1. kita dah guna..memang best..kita pilih hijau

    BalasPadam
  2. Bestnya pakai shampoo ariana shurah memang terbaik lepas pakai rambut selesa , lembut dan wangi....

    BalasPadam
  3. kalau baunya wangi tu yang rasa nak try beli ni.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann...hehehe byk2 zaza suka botol biru bauan

      Padam
  4. Tak pernah cuba lagi syampu ini, macam best je.

    p/s: Sukalah tengok header baru kak zaza, lawa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti azwar cubalah ye.. :D

      hehe terima kasih

      Padam
  5. Tak pernah lagi pakai shampoo shurah ni

    BalasPadam