Tip Awet Muda Dengan Buah Prun - Zaza Iman



Ahad, September 17, 2017

Tip Awet Muda Dengan Buah Prun

Tip Awet Muda Dengan Buah Prun. Tahukah anda buah prun memiliki banyak khasiat yang tersembunyi. Mungkin ramai yang masih belum mengetahui kebaikkannya. Zaza juga adalah salah seoarang penggemar buah ini.

Buah prun adalah merupakan buah plum yang telah dikeringkan. Apabila buah plum mengalami pemprosesan ia akan bertukar menjadi warna hitam.

Sumber Gambar - ok-selute.it

Buah prun mempunyai rasa yang masam, manis dan segar. Ia amat mudah didapati di pasaran.
Prun yang merupakan snek ringan mengandungi serat yang bagus untuk merawat masalah sembelit.Ini kerana buah prun berfungsi sebagai pelawas semulajadi sejak sekian lama. Jadi apabila anda mengambil beberapa biji buah prun setiap pagi, tubuh akan menjadi ringan dan segar kerana ia melawaskan pembuangan air besar anda.

Kandungan tinggi serat larut dalam prun juga turut membantu tahap gula dalam darah menjadi stabil. Malah serat larut tersebut dapat memperlahankan kadar dan melambatkan penyerapan gula dalam darah.

Serat larut juga meningkatkan kepekaan badan terhadap insulin. Selain itu ia dapat memberikan kepuasan setelah makan sekaligus mengelakkan berat badan bertambah. Jadi buah prun juga dapat mengawal penyakit diabetes tahap dua dan obesity.

Sumber gambar - baby-pedia.com

Kebaikkan pemgambilan buah prun juga dapat menurunkan kadar kolestrol, menguatkan tulang dan mengelakkan risiko diserang osteoporosis. Satu kajian yang telah dibuat telah membuktikan bahawa kandungan phenoic dan flavonoid yang terdapat dalam buah prun amat berkesan untuk mengelakkan tulang rapuh.

Buah prun juga adalah sumber Vitamin C. Sumber ini amat baik untuk membantu tubuh menyerap zat beso sekaligus membantu membina imuniti dan menghasilkan kolagen.

Tahukah anda juga bahawa mengambil buah prun yang mengandungi Vitamin C ini merupakan rahsia untuk anda kekal awet muda.

Selain untuk awet muda, ini kebaikan lain yang ada pada buah prun :

1. Kajian menyatakan buah prun mempunyai agen anti barah yang mana ia dapat mencegah pertumbuhan sel-sel berkanser dan tumor di dalam tubuh.

2. Buah prun juga dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung kerana buah plum memgandungi agen-agen pembersih tertentu untuk memastikan darah tetap asli dan mencegah kompilasi pada jantung.

Sumber Gambar - myfoodchannel

3. Vitamin C dalam buah prun dapat membantu melindungi tubuh melawan penyakit seperti asma, barah kolon dan artritis rheumatoid.

4. Buah prun juga amat kaya dengan mineral seperti florida, zat besi dan kalium.Zat besi diperlukan bagi membentuk sel-sel darah merah.Kalium pula merupakan komponen penting yang dapat mengawal degupan jantung dan tekanan darah

5. Pemgambilan buah prun secara berterusan dapat mencegah sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh yang panjang dan mengekalkan ketajaman penglihatan.

Jadi apa lagi jom dapatkan buah prun di pasaraya..

Sumber >> majalah dara dan wom.my

4 ulasan:

  1. dulu suka sgt buah prun ni... dah lama tak makan

    BalasPadam
  2. Masukkan ulasan anda..prune is the best for healthy....

    BalasPadam
  3. Saya suka buah prune. Sekarang sentiasa ada di meja makan saya. Alhamdulillah.

    BalasPadam