Cara Kekalkan Warna Lipstik dari Pudar

Selasa, September 19, 2017

Cara Kekalkan Warna Lipstik Dari Pudar. Alah bencinya bila keluar rumah dan ke majlis-majlis, selepas makan dan minum mesti lipstick cepat pudar dan hilang. Lepas tu mulalah nak kena pakai balik untuk mendapatkan semula warna lipstick di bibir.

Sebenarnya ada beberapa tip yang boleh bantu anda untuk mengekalkan warna lipstik

Jom cuba aplikasikannya!

Cara Kekalkan Warna Lipstik dari Pudar

1.Rajinkan scrub bibir bagi menanggalkan sel kulit mati pada bibir. Lalu sapukan pelembab bibir supaya bibir sentiasa lembab.

2. Sapukan bedak asas atau concealer pada bibir anda. Dengan menyapu bedak asas atau concealer ia berfungsi sebagai base untuk memberikan warna lipstik tahan lama. Gunakan span ketika menyapu agar ia rata dan kemas.

3. Gunakan lip pencil pada garisan bibir. Gunakan warna lip pencil yang lebih gelap daripada warna lipstick. Kemudian barulah oleskan lipstick pada bibir dengan warna kegemaran anda.

Cara Kekalkan Warna Lipstik dari Pudar

Tip:

Untuk memudahkan aplikasi, calit warna lipstik menggunakan berus dan baru oleskan pada bibir.

Jika anda gemarkan lipstik daripada tekstur matte, pastikan anda oleskan pelembap bibir terlebih dahulu untuk mengelakkan bibir merekah.

Perhatikan bentuk bibir yang anda miliki. Sebaiknya hindari menggunakan warna gelap jika anda memiliki bibir yang nipis.  Manakala pemilik bibir penuh, sebaiknya menghindari lipstik berwarna terang.

Sumber >>> jelita.com


5 ulasan