7 Jalan Bantu Atasi Rambut Kering Dan Rosak - Zaza Iman



Isnin, September 18, 2017

7 Jalan Bantu Atasi Rambut Kering Dan Rosak

7 Jalan Bantu Atasi Rambut Kering Dan Rosak. Semua orang mahukan rambut yang sihat dan bersinar.  Namun ada sesetengah mereka mempunyai rambut yang kering, kusam dan kerinting. Ada juga memiliki rambut yang cantik tetapi rosak dan rapuh akibat sinaran cahaya matahari atau memakai produk perawatan rambut yang mempunyai bahan kimia.

Antara salah satu punca terjadinya masalah rambut kering adalah kerana kurangnya penghasilan minyak daripada kulit kepala untuk mengekalkan kelembapan yang seimbang.

Penggunaan produk rambut yang mempunyai bahan kimia juga boleh merosakkan rambut.Akibat terlalu kerap menggunakan penyembur rambut, pewarna rambut dan pengering rambut membolehkan rambut menjadi kering dan cepat rosak.

Rambut yang terdedah dengan cahaya matahari, asap kenderaan dan klorin yang terdapat dalam air adalah punca erjadi rambut rosak.

7 Jalan Bantu Atasi Rambut Kering Dan Rosak

Jadi bagaimana untuk merawat masalah rambut kering dan rosak? Mungkin 7 Jalan Bantu Atasi Rambut Kering Dan Rosak dapat membantu anda!

 7 Jalan Bantu Atasi Rambut Kering Dan Rosak

1. Gunakan pupur rambut dua minggu sekali, sama seperti anda menggunakan pupur untuk wajah. Ia memberi kelembapan dan menjadikan rambut bersinar cantik.

2. Bilas rambut dengan air sejuk atau bersuhu bilik untuk mengelakkan kulit kepala rosak atau kehilangan lembapan minyak.

3. Potong sedikit hujung rambut setiap bulan bagi menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Jika dibiarkan, rambut akan jadi kering dan bercabang serta melambatkan proses pertumbuhan rambut.

4. Urut perlahan kulit kepala dengan sapuan minyak jojoba atau kelapa untuk merangsang penghasilan minyak semula jadi di kulit kepala selain melancarkan peredaran darah.

7 Jalan Bantu Atasi Rambut Kering Dan Rosak

5. Sekali sekala, biarkan rambut lepas bebas tanpa menggunakan sebarang produk penjagaan mahupun penggayaan rambut. Ini membantu rambut mendapat ‘oksigen’ yang sepatutnya.

6. Sikat rambut menggunakan berus rambut yang lembut bagi meratakan minyak di kepala secara menyeluruh sebelum anda masuk tidur.

7. Tidak salah, sekali sekala anda gunakan resipi mask rambut buatan sendiri. Campuran madu dan minyak zaitun bukan sahaja mempunyai aroma yang wangi, malah ia baik untuk melembapkan rambut. Sapu rata ke seluruh rambut dan balut dengan plastik selama 30 minit. Kemudian, bilas menggunakan syampu dan perapi rambut. Lakukan sebulan sekali.

Perkara yang perlu anda elakkan :

1. Jangan sesekali cuba meluruskan rambut ketika rambut masih basah. Gunakan sikat berbulu yang memberi tekanan lembut. Selepas menggunakan pengering mahupun pelurus rambut, tukar mode pengering kepada yang bersuhu sejuk bagi menutup kutikel.

2. Mereka yang terlalu mengawal pemakanan dan tidak menjalani rutin diet yang berkhasiat cenderung mengalami kekurangan nutrisi. Justeru, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan rambut.

3. Si rambut kering tidak perlu membasuh rambut setiap hari. Cuci rambut dua atau tiga kali seminggu berserta penggunaan perapi rambut. Dan jangan pula menyapu perapi sehingga ke kulit kepala kerana dikhuatiri akan meninggalkan lebihan di kulit kepala yang menyerupai kelemumur.

7 Jalan Bantu Atasi Rambut Kering Dan Rosak

4. Jangan oles serum ketika anda ingin menggunakan penggulung atau pengering rambut. Haba boleh menyebabkan khasiat sebenar serum berubah kepada merosakkan rambut.

5. Ada pelembap rambut yang bertindak hanya memberi kelembutan secara luaran sahaja. Elakkan memilih pelembap mengandungi petroleum atau minyak mineral yang bisa menyekat nutrisi semula jadi daripada meresap ke dalam rambut. Sumber >>> Majalah Eh


2 ulasan: