6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan - Zaza Iman

Khamis, September 21, 2017

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan. Memandangkan foundation zaza dah hampir kehabisan jadi zaza tercari-cari foundation apa lagi untuk dicuba. Zaza memang suka bertukar foundation untuk melihat foundation apa yang sesuai dengan kulit dan bajet.

Foundation yang tahan lama sangatlah penting terutama buat mereka yang sering melakukan aktiviti diluar.

Buat mereka yang pandai makeup tentunya memilliki banyak jenis foundation. Foundation atau alas bedak adalah komponen utama bagi menata rias wajah. Sekaligus membuatkan penampilan lebih sempurna.

Jadi jom kali ni zaza nak share Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan. Ada diantaranya yang telah zaza cuba.

1. ALHA ALFA COSMETICS

Alha Alfa merupakan seorang Mua yang agak popular di Malaysia. Jadi dengan menggunakan namanya sebagai jenama , Alha mengeluarkan foundation iaitu Luminous Silk Foundation. Foundation ini tahan lama dan boleh merawat kulit yang bermasalah.

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

Terdapat 3 pilihan warna iaitu BRAHEA ( paling cerah ), CASSIA ( medium) dan OKRA ( kulit gelap )

Harga Luminous Silk Foundation RM100 untuk 30ml.

Alha juga turut mengeluarkan satu lagi foundation mampu milik iaitu Royal Propolis Foundation. Foundation ini adalah jenis Matte Finishing,

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

Juga didatangkan dengan kod warna iaitu AURI (cerah ), FERVI ( medium ) dan MORRI ( dark )
Royal Propolis Foundation dijual dengan harga RM49.90

2. CPG COSMETICS ( CIK PUAN GOJES )

Foundation ini semakin popular dikalangan Mua. Foundation ini adalah jenis liquid dan amat mudah digunakan dan juga full coverage.

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

Ia jenis Sheer Glow iaitu teksturnya tidak terlalu pekat. Tidak berminyak dan tahan lama.bagi yang kulit kering juga sesuai menggunakan foundation ini. CPG Foundation Mempunyai 3 Code Warna pilihan iaitu BEAU – Cerah, MAGANDA – Natural dan PRAGTIGE – Gelap

3. ROSETYARA

Foundation Rosetyara menjadi pilihan zaza dan zaza memiliki dua koleksi warna iaitu Lily dan Rose. Foundation ini tahan lama dan paling best sebab full cover. Macam zaza selalu pakai hanya dua titik je dah cukup untuk cover satu muka.

Terdapat 3 kod warna pilihan iaitu Lily (paling cerah ), Rose ( sederhana dan sesuai untuk kulit orang Malaysia), Violet ( untuk kulit gelap ).

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

Antara kesan best lain pada foundation Rosetyara ini adalah ia memiliki tekstur foundation yang pekat tetapi ringan apabila dikenakan di wajah. Mengandungi SPF 30 yang dapat melindungi kulit dari sinaran matahari.

Ia tahan lama dan apabila memakai kulit kelihatan glowing. Menjadi pilihan Mua tempatan. Harga bagi sebotol foundation Rosetyara ini adalah RM98.00 ( Saiz besar )

4. NRC COSMETICS ( NUEX ROSLI COSMETIC )

NRC Foundation ini diperkaya dengan Vitamin C dan Honey Bee Venom. Ia amat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

Mempunyai 4 pilihan kod warna iaitu LIGHT ( cerah ), MEDIUM ( kulit tidak cerah atau gelap sangat ),MEDIUM DARK ( untuk kulit sawo matang ) dan DARK ( untuk kulit gelap ). Harga sebotol RM89.00

5. OKAYA

Menjadi pilihan ramai pengguna. Okaya boleh menggantikan bedak. Ia tahan lama sehingga 12 jam.
Okaya mengandungi Vitamin E dan minyak zaitun untuk merawat masalah kulit seperti jerawat dan jeragat. Mengandungi SPF 30 untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Okaya bebas dari bahan kimia dan alkohol.

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

Selain itu Okaya jugadapat menutup parut jerawat dan jeragat sekaligus membantu menganjalkan kulit serta mengurangkan kedutan

6. COVER UP FOUNDATION SENDAYU TINGGI

Cover Up Foundation sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Ia bertekstur demi-matte iaitu tidak terlalu berkilat dan tidak terlalu matte. Zaza pun baru je menggunakan foundation dari Sendayu Tinggi ini. Agak ringan apabila dikenakan dimuka dan lembut.

Cover Up Foundation dapat menutup cela, parut jerawat dan jeragat. Ia juga tahan lama sehingga 12 jam jika disapukan dengan bedak tabor atau bedak padat.

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

Sesuai untuk kulit normal, kulit jerawat berminyak dan kombinasi jeragat. Cover Up Foundation mengandungi SPF 25 PA++ yang dapat memberikan perlindungan dari radiasi UVA dan UVB

Harga di website RM37.10

8 ulasan:

  1. Xpernah pakai lg jenama di ats.. bagus info n ada price lg..senang survey

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengah popular..harga pun okay kan

      Padam
  2. Harga nya quite affordable ya Zaza for such good product

    Kak Su | Membantu ibu2 dirumah membina blog untuk jana pendapatan

    BalasPadam
  3. Antara semua, mana zaza paling suka, 💕😘 Harga pun boleh tahan jugak tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ni zaza dah try guna sendayu tinggi...suka dan senang apply

      Padam
  4. Rt lover here...
    Mmg jatuh cinta hbis dah ngn RT

    BalasPadam
  5. Tak pernah try tapi nice sharing. Mmg dh lama nk try st tu

    BalasPadam

Labels

beauty (48) KECANTIKAN (23) KEHIDUPAN (14) KESIHATAN (31) LAIN-LAIN (75) OTHERS (25) PERCUTIAN (5) PROPERTY (2) RESEPI (10) REVIEW (44) SSPN1M (1) TEKNOLOGI (5) TELEKUNG (1) TIP (31)