6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari

Sabtu, September 16, 2017

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari. Sunburn kerap terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran UV. Cahaya matahari  yang memancarkan cahaya dengan gelombang-gelombang tertentu membahayakan seperti sinaran ultraviolet ( UV)

Gelombang inilah yang menyebabkan kulit terbakar dan menyebabkan kulit menjadi gelap. Selain itu, ia juga boleh memberikan kesan lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit kelihatan lebih tua dari usia.

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari

Oleh itu ada beberapa tip dan cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan sunburn

1. Menggunakan losyen atau krim – gunakan losyen dan krim yang mengandungi UV25-50 bagi perlindungan yang maksimum
2. Gunakan sarung tangan sebagai pelindung sekiranya anda selalu memandu ketika waktu panas.
3. Gunakan pakaian dari kain woven kerana kain jenis ini adalah terbaik untuk menyerap peluh. Elakkan berpakaian warna gelap dan pakai pakaian longgar

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari

4. Pakai topi atau payung jika berjalan di tempat panas seperti pantai
6. Ambil supliment antioksidan. Ia penting untuk melindungi kulit dari sinaran UV

Selain dari cara ini, terdapat juga cara lain secara semulajadi yang boleh juga anda lakukan seperti :

Buah Tembikai – buah tembikai boleh menyejukkan kulit yang terbakar akibat sinar matahari.Caranya adalah hiris nipis buah tembikai dan tekan di muka selama beberapa minit ( sekurang-kurangnya 20 minit ). Selepas itu bersihkan dan bilas. Tembikai mempunyai zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah akibat terbakar dek matahari

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari

Daun Lidah Buaya – Ambil daun lidah buaya dan gunakan lendirnya lalu disapu ke kulit muka. Urut secara perlahan. Amalkan selalu pasti akan nampak perubahan.

Tomato -  tomato yang telah dicuci dibelah dua. Lalu digosokkan pada muka perlahan-lahan. Biarkan kering dalam masa 10 minit. Selepas itu barulah muka dicuci dengan air. Tomato secara umumnya diketahui sebagai agen penyejuk

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari

Mayonis – Sapukan sedikit mayonis pada kulit. Mayonis digunakan kerana mengandungi cuka yang dapat membantu mengurangkan kesan kulit terbakar. Mayonis yang disimpan pada suhu sejuk dapat menyejukkan kusan terbakar pada kulit. - Sumber >>> Majalah Rapi



3 ulasan

  1. Yes.ena paling takutla nk bjemur..huhu..sbb klu dah gelap lama nk cerah balik..

    BalasPadam
  2. Sapu mayonis Hihi, ya ke nih? Nak coba lah. Thanks for sharing zaza

    KakSu | Membantu ibu2 dirumah membina blog untuk bisnes online

    BalasPadam
  3. syukur, jarang benar sunburn.

    hati je asyik terburn kat sekolah.

    BalasPadam