Kebiasaannya ketika berbuka puasa antara menu hidangan yang wajib ada adalah Solok Lada. Solok Lada merupakan makanan kegemaran Abah dan Mak.
Jadi kali ini zaza nak share rsepi membuat solok lada. Time ni buat dengan mak dan jiran.. kebetulan mak bawa balik lada besar tu banyak..petik dekat kampung.
Pertama adalah menyediakan bahan-bahannya :
Lada besar ( tak kisah berapa banyak pun yang anda nak )
Ikan Selayang
Bawang Merah 10 biji
Bawang Putih 2 biji
Halia Besar Ibu Jari..lebih sikit sebab halia tu penyedap
Kelapa Parut ( kelapa muda )
Santan
Gula dan Garam secukupnya
**Lupa nak ambil gambar ikan selayang..
Cara Membuat :
1. Ikan selayang yang telah direbus diasingkan isinya. Tumbuk ke semua isi ikan selayang. Ketepikan.
2. Tumbuk pula bawang merah, bawang putih, halia
3. Selepas tumbuk campur bersama isi ikan dan gaulkan.
4. Kemudian tumbuk kelapa parut dan selepas itu masukkan ke dalam isi ikan bercampur bahan tumbuk tadi.
5. Masukkan garam dan gula dan gaul sehingga sebati.

6. Selesai gaul kesemuanya ketepikan sekejap.
7. Basuh dan belah ke semua lada. Buang biji. Setelah itu sumbatkan bahan tumbuk yang telah digaul tadi ke dalam lada.
8.Susun semua solok lada ke dalam periuk kukus. Kemudian ambil santan tuang ke setiap lada satu persatu..
9. Kukus dengan api perlahan
10. Siap dan boleh dihidang bersama nasi ketika berbuka
Inilah simple resepi zaza belajar dari mak. Berselera sungguh makan. Siap ajak anak-anak jiran makan bersama..So korang kat rumah boleh la mencuba resepi ini okeyy..
Knp tak masuk sekali contest Lazada dalam post resipi ni boleh menang baucer beli belah.
BalasPadamSedapnya Zaza menarik betul resepi ni
BalasPadamHOho..
BalasPadammemang makanan feveret.
Cuma dah malas nak buat dah bila dah kahwin nih.
Semua suh bini je.
sedap tu solok lada
BalasPadamCatat Ulasan