Sepetang Bersama Blogger 2017


Sepetang Bersama Blogger 2017. Assalamualaikum. Alhamdulillah seronok dan gembira rasa apabila berkesempatan buat kali ke 2 dapat menghadiri majlis Sepetang Bersama Blogger 2017 ( SBB2017 ) yang telah diadakan di Pusat Perlancongan Malaysia ( MaTIC ) pada 13 Mei, Sabtu.

Majlis Sepetang Bersama Blogger telah dianjurkan oleh Denaihati. Majlis ini diadakan untuk rakan blogger, rakan media sosial dan usahawan.

Sepetang Bersama Blogger 2017

Beberapa penaja lain turut terlibat antaranya Yeos Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf, Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia , MaTIC, Misi Viral,, GT Mobile, Denaisell,CVS Production, Adi Putra dan eQurban

Majlis SBB2017 kali ini telah dibuat dengan 2 sesi iaitu disebelah petang bagi segmen perkongsian dari beberapa speaker jemputan dan usahawan dan disebelah malam pula majlis makan malam ( Gala Dinner & Award Night )

Bagi zaza dekat majlis ni je la zaza dapat jumpa semua kenalan laman sosial..maklumlah tinggal jauh..malah banyak peluang yang boleh didapati disini. Selain bertukar-tukar kad nama sebagai memperkenalkan diri kepada rakan-rakan baru.

Sepetang Bersama Blogger 2017

Majlis dimulakan dengan doa dan ucapan dari Tuan Haji Amir ( Denaihati ) dan seterusnya segmen bersama speaker. Antara speaker adalah seperti

1. Mahamahu ( Best foodie Blog MSWM Awards 2016 )
2. Norman Danish ( Misi Viral )
3. Datu Ibu Hanim ( Annems Leadership )
4. Cik Lily Putih ( Elite Blogger )
5. Wan Yusof ( Seo Strategist & Content Marketer )

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017


Pada sebelah malam pula diadakan Majlis Malam Gala Dinner & Award SBB2017 khas untuk blogger.Antara tetamu yang hadir adalah Timbalan Menteri pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin dan CEO Kumpulan Media Karangkraf iaitu Dato Hussamuddin Yaacub.

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017

Sepetang Bersama Blogger 2017

Selesai majlis seperti biasa acara mengambil gambar kenangan dengan semua rakan-rakan. Ada juga rakan yang tak sempat zaza bergambar bersama. Apapun dapat berjumpa dan membuat aktiviti bersama merupakan kenangan terindah 2017 dan terima kasih buat Denaihati Network kerana menganjurkan majlis sebegini.. semoga di masa akan datang diadakan lagi.Insyaallah



Zaza Iman
1 Comments

1 ulasan:

  1. rugi juga saya tak ada kesempatan untuk pergi...

    kalau pergi kan best juga

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)