Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017


Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017. Assalamualaikum..seperti tahun sebelum ini, Sekali lagi Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan ( HPPNK ) Tahun 2017 akan diadakan pada 28 September hingga 1 Oktober 2017.

Bagi acara ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, MOA mensasarkan setengah juta pengunjung yang akan datang.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Menurut Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,sambutan HPPKNK 2017 akan diadakan di Tapak MAEPS Serdang memandangkan ada kemudahan dan pengisian program yang menarik untuk pengungjung.

Ujarnya lagi, HPPKNK juga mengiktiraf para tani dan menampilkan makanan terbaik negara serta menberi pengiktirafan kepada pencapaian terbaik peladang, penternak dan nelayan yang telah berjaya menghasilkan produk dan inovasi pertanian.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Dengan tema " Our Food Our Future " ( Makanan Kita Masa Depan Kita ) HPPNK memberi peluang kepada kementerian untuk menghargai para tani dalam usaha mereka untuk memanstikan sumber makanan terus dipertingkatkan. Satu anugerah khas akan diberikan semasa majlis perasmian itu nanti.

Dalam acara ini juga nanti turut diperkenalkan Malaysia Food Festival ( MyFF ). MyFF2017 adalah satu ekspo hidangan makanan dari seluruh negara. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai jenis makanan dan dapat mendalami situasi pengeluaran, penghasilan dan persembahan makanan di Malaysia ( Farm-to-Fork )

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

MyFF 2017 menerapkan Farms, foods, drinks and experience yang merupakan elemen penting kepada perjalanan industri makanan di Malaysia dengan berinspirasikan elemen berikut :-

  • Makanan: Penghasilan makanan yang sihat dan selamat.
  • Masakan: Penyediaan makanan melalui demonstrasi makanan oleh chef terkemuka.
  • Teknologi makanan: Pameran Teknologi Makanan seperti pembungkusan.
  • Hidangan: Pelbagai jenis juadah dan menu akan dipersembahkan.
  • Agro-pelancongan: Nikmati pengalaman Agropelancongan dengan menyertai The Gourmet Tour, Lawatan sekeliling MAEPS sambil menjamu selera.
  • Komuniti: Menyatukan komuniti melalui konsert Rhythm of The Farmers (ROTF) dan juga Jualan Food Truck.

Selain itu juga, Kementerian juga menyatakan bahawa HPPNK 2017 dan MyFF 2017 akan dapat menyediakan pelbagai ruang untuk perniagaan, pelaburan, kerjasama dan platform yang ideal nagi melancarkan produk dan perkhidmatan baru.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

Exhibitor, jualan dan rakan strategik juga amat dialu-alukan untuk terlibat dalam HPPNK. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook, Twitter dan Instagram @HPPNK2017

Kementerian juga mengalu-alukan penyertaan daripada Exhibitor, jualan dan rakan strategik yang ingin terlibat dalam HPPNK kali ini. Untuk maklumat lanjut dan terkini @HPPNK2017 di FB, Twitter dan Instagram.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi :

Mohd Asril Idris
Ketua Komunikasi Korporat
asril@moa.gov.my , 013-3448185




Zaza Iman
1 Comments

1 ulasan:

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)