Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana - Zaza Iman



Jumaat, Mei 05, 2017

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana. Assalamualaikum.. ini adalah pertama kali zaza menikmati menu istimewa di sebuah Restoran yang menyajikan makanan Korea iaitu Restoran Hwa Ga yang terletak di Damandara Perdana.

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana

Restoran Hwa Ga berada di Tingkat 1.Masa mula-mula masuk ke kawasan Empire Damansara..macam sunyi sepi. Rasa macam ' eh betul ke tempat ni'..macam tak ada orang sangat pun. Sekali sampai di Tingkat 1..baru la tengok ramai orang dan banyak kedai-kedai

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana

Akhirnya sampai juga zaza di Restoran Hwa Ga ni. Sebaik masuk disambut mesra oleh pihak Restoran Hwa Ga. Restoran ini baru dibuka kira-kira 3 bulan sudah beroperasi. Di Restoran Hwa Ga ini, mereka menggunakan bekalan makanan dari pembekal yang mempunyai sijil halal dan restoran ini Pork Free. Bagaimanapun terpulang sama ada anda nak makan atau tidak di sini.

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana

Banyak menu masakan yang dihidangkan dan cukup membuatkan perut zaza yang kelaparan menjadi kenyang. Antara yang menarik adalah set promosi iaitu Set Opening Promotion.

Set Opening Special ini menyediakan menu Chicken Unlimited. Untuk Chicken Unlimited ini terdapat 3 jenis rasa ayam iaitu Chicken Breast With Lettuce Wraps, Normal Chicken dan Spicy Grilled Chicken.

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana
Chicken Breast With Lettuce Wraps,Spicy Grilled Chicken dan Normal Chicken..memang sedapp..zaza amat suka Chicken Breast With Lettuce Wraps..maveless rasanya.. 

Dalam set promosi ini, ada 6 pilihan makanan lain yang boleh dipilih. Antaranya seperti sayuran,jeruk,kimchi, lobak dan beberapa lagi. Turut disediakan salad segar.

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana
Antara menu makanan lain dimana setiap set promosi anda boleh pilih 6 makanan


Bagaimanapun Set Opening promotion ini sah sehingga 31 Julai 2017. Promosi ini juga terhad untuk 2 jam ( waktu makan ).

Berikut senarai harga :

Lunch Time : 11am-3.00pm
RM28 (  dewasa ) dan  RM18 ( untuk kanak-kanak )

Dinner Time : 5.00 pm - 11.00 pm
RM30 ( dewasa ) dan RM18 ( untuk kanak-kanak )

Kanak-kanak 3 tahun ke bawah percuma

Antara menu lain yang sangat zaza suka adalah Nurungji Tongdak. Penyediaakan Nurungi Tongdak ini istimewa kerana dicampur dengan nasi pulut dan bahan seperti Black Rice, Bawang Putih, Ginseng, Jujube, Biji Labu. Ayam tersebut dipanggang dahulu dan baru dimasak bersama bahan yang zaza sebutkan tadi.

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana
Nurungi Cheese Dak

Dalam menu ini, ada 2 jenis ayam iaitu Nurungi Cheese Dak dan Nurungi Teriyaki. Rasa Nurungi Cheese Dak sangat sedap sebab ada cheese dan dimakan panas. Sampai ke hari ini zaza teringat-ingat masakan ayam ini..

Gambar di bawah ini pula adalah Nurungi Teriyaki

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana

Selain menu-menu di atas yang zaza sebutkan, banyak lagi menu lain yang ada. Antaranya Spicy Squid, Steamed Chicken, Fried & Spicy Chicken

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana

Antara minuman yang dihidangkan juga dari Korea. Antara minuman adalah seperti Demisoda oreng, Demisoda Apple, Milkis ( susu di dalamnya ada soda ), Sikhea ( minuman air barli ) dan Bong Bong ( Anggur soda )

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana

Bagi zaza yang pertama kali merasai masakan Korea...keseluruhannya zaza amat menyukai menu-menu yang dihidangkan. Sedap. Cuma ada satu dua menu yang zaza tak berapa gemar. Sumber :- mahamahu.com

Apa pun buat rakan-rakan zaza yang nak mencuba makanan Korea boleh la singgah ke Restoran Hwa Ga ini okeyy.. sebarang pertanyaan boleh layari

Facebook : Hwa Ga Pork Free
Telefon : 03 7732 6151
Alamat : Lot F05 Empire Gallery Heritage Lane No 2,
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor


5 ulasan:

  1. Nurungi Cheese Dak tu macam sedap je.. nyum2..

    BalasPadam
  2. sedapnyaaaa...kenapa dorang tak ajak #DutaKorea makan kat sini eh..hahahahaha

    BalasPadam
  3. Zaza sedapnya... Dila suka makanan korea... Selalu makan makanan korea kat ampang point je

    BalasPadam
  4. macam sedap, tak jauh dr rumah pun
    Terima kasih kongsi cerita

    BalasPadam