10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing

Khamis, Mei 25, 2017

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing. Anda penggemar kucing? Jika jawapan anda ialah YA, anda wajib baca artikel ini sehingga habis.

Bagi mereka yang membela kucing, pelbagai perubahan cara hidup perlu dilakukan untuk memastikan kucing kesayangan mereka sentiasa sihat dan gembira. Antaranya termasuklah mengasingkan wang untuk perbelanjaan makanan dan perubatan kucing tersebut.

Malah, ada juga yang menolak terus idea untuk tinggal di rumah jenis apartmen kerana tak sanggup berpisah dengan haiwan peliharaan mereka. Jika tinggal di rumah atas tanah, #anakanakbulu atau “fur babies” ini akan dapat bermain dan berlari dengan lebih bebas. Tapi kalau rumah anda terlalu lapang dan kosong, kucing kesayangan anda akan cepat berasa bosan kerana tiada cabaran bermain dan tiada tempat untuk menyorok.

Jadi, jika anda mahu jadikan rumah anda lebih cat friendly, lihat idea menarik yang saya telah kumpulkan ini. Enjoy!

1. Pasang alang-alang di dinding dan siling sebagai trek laluan untuk kucing anda.

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing

2. Tanam pokok catnip yang pasti akan buat kucing anda terlebih manja dan jinak.

3. Jadikan stor bawah tangga sebagai bilik untuk kucing anda bermain.

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing

4. Gantung buaian kain atau cat hammock untuk kucing anda tidur.

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing

5. Buat terowong laluan di pintu dan dinding supaya kucing and boleh keluar masuk pada bila-bila masa

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing

6. Letakkan karpet atau tikar rotan di kawasan kegemaran kucing anda agar ia boleh mengasah kukunya dengan senang hati ( dan supaya mereka tidak mencakar kaerpet di kawasan lain! ).

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing

7. Pasang jerigi atau grille di semua tingkap di tingkat atas rumah dengan pembukaan yang kecil sebagai langkah keselamatan.

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing

8. Pasang tombol yang dililit dengan tali jerami pada dinding untuk melatih kucing memanjat

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing

9. Bina rumah kucing di luar rumah agar kucing anda dapat menikmati outdoor playtime yang terkawal

Saya harap kompilasi idea di atas dapat memberikan anda inspirasi untuk menjadikan rumah anda lebih cat friendly.

Jika anda perlukan perkhidmatan tukang baiki, kontraktor ubahsuai rumah dan kontraktor landskap, Recommend.my mempunyai lebih 7000+ syarikat berpengalaman di seluruh Malaysia sedia untuk membantu anda.

5 ulasan

  1. Dekorasi rumah macam ni, memang sesuai sangat untuk memelihara kucing.. Cantik, kemas dan selesa untuk kucing-kucing bermain, bergerak dan bermain.. Nice!

    BalasPadam
  2. Sangat sesuai jika ada dekorasi rumah kucing macam ni ...mudah di manja kita untuk bermain dengan gembira

    BalasPadam
  3. wow nice info!, kurang-kurang Rm 6,000 jugak habis lepas ni

    BalasPadam