Majlis ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan terkenal dan 3,000 pemimpin industri IT dan e-dagang yang menyokong pembangunan ekosistem FinTech dinamik sekaligus membuka jalan untuk inovasi SMART seperti GT DOLLAR menjadikan Malaysia sebagau satu kuasa yang berpengaruh dalam sektor FinTech.
Dalam majlis ini, GT Dollar telah melancarkan produk baru yang dibawa oleh mereka iaitu Aplikasi GT Dollar dan GT Robot.
Pelancaran GT Dollar Malaysia
Kerjasama diantara Malaysia dan GT Dollar ini dikatakan dapat memberikan kemudahan gaya hidup kepada masyarakat melalui pelancaran aplikasi mudah alih GT Dollar.
Aplikasi "One-stop mobile e-commerce platform" ini bertujuan membina masyarakat yang padu untuk penggunaan dan perniagaan dari pelbagai industri untuk berinteraksi dalam pasarannya.

Melengkapkan lagi kerjasama ini, GT Robot dihasilkan dengan teknologi tinggi dan inovasi di bawah GT Group, Pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid.
Robot comel ini dikenali sebagai GT Wonder Boy yang mampu berinterkasi sebagai pembantu manusia.
Kerajaan Malaysia juga sedang merancang untuk memperuntukkan pelaburan di suatu kawasan di sepanjang sempadan Negeri Sembilan - Melaka untuk pembuatan dan pemasangan sendiri kilang GT Robot yang bernilai RM300 juta.
GT Wonder Boy

Dengan pertumbuhan ini, dianggarkan sebanyak lebih kurang USD 20 Billion dapat dijana oleh syarikat ( sama dengan 10 Juta Mobile Robot ) dan mampu mewujudkan lebih 10,000 pelaung pekerjaan kepada penduduk dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.
Oleh yang demikian, Kilang GT Robot tersebut akan menjadi yang pertama di Asia dengan pembuatan yang mesra alam ditambah lagi menggunakan peralatan teknologi tinggi selepas China.
Berbelanja Dengan Bijak Bersama GT Dollar
GT Dollar juga turut menawarkan e-wallet buat mereka yang sentiasa sibuk dengan kos sara hidup sekarang yang tinggi.
Dengan e-wallet ini ia dapat membantu peniaga mengembangkan perniagaan mereka dan mendapat lebih ramai pelanggan baru.
Ia juga menawarkan kepada pengguna tawaran istimewa, diskaun dan promosi di peringkat global.Selain itu dia juga dapat menghubungkan mereka dengan pengguna baru serta dapat mengekalkan program kesetiaan melalui pengagihan kredit maya ( GTD )
Komunikasi diantara pengguna dan peniaga juga bertambah mudah kerana adanya lokasi GPS-Lancar dan perkhidmatan lain seperti pemindahan data,pembayaran bil utiliti dan rangkaian chat sosial dan beberapa lagi perkhidmatan lain.
Bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi ini, boleh muat turun di aplikasi ' GT Dollar " di play store. Apabila anda memuat turun dan mendaftar, anda akan diberikan kredit percuma RM300 ke dalam akaun GT Dollar anda.
GT Mobile
GT Watch
Selain robot GT Wonder Boy, GT Dollar juga turut melancarkan dua lagi gadget istimewa iaitu GT Mobile dan GT Smart Watch.
Maklumat lanjut mengenai GT Dollar dan gadget ini boleh layari www.gtdollar.com
Ilmu baru untuk PC ni.
BalasPadamSekarang semua dihujung jari dengan gt dollar... Fon gt mobile pun terbaik lah sebab batery tak cepat low...
BalasPadamLps ni leh lah bershopping kat GTD je kan..:D
BalasPadamCatat Ulasan