Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang Selangor

Isnin, Disember 05, 2016

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang Selangor. Assalamualaikum. Dah lama gila zaza tak datang ke MAHA 2016.. tak silap zaza last zaza datang  6 tahun lalu masa rombongan kolej tempat zaza study dulu. Kali mi zaza ada peluang untuk datang. Memang besar tempatnya. Zaza sampai pun dalam tengahari. Parking memang jauh. Zaza dan rakan zaza berjalan hampir 20 minit untuk masuk ke MAHA 2016 ni.. walaupun penat tak kisah lah.. 

Sebenarnya kaki zaza masa tu dah melecet. Semuanya gara-gara zaza pakai kasut boots dan lupa nak pakai stokin. Memang sakit gila la masa berjalan-jalan kat sekitar kawasan MAHA 2016. Tapi teruskan jugak berjalan melihat macam-macam aktiviti dan jualan serta pameran dan persembahan artis.

Terjah untuk info-info terkini http://myfakta.com/

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang
Sampai-sampai je snap dulu gambar dekat papan MAHA 2016.. Akim & isteri, Miera serta anak, Rayyan.. tudung kuning tu siapa lagi.... :p


Memandangkan zaza memang tak tahu langsung area KL/Selangor ni..so rakan zaza la yang bawak kereta. Susah juga nak mencari lokasi MAHA 2016 ni..banyak kali salah jalan. Terpusing sana..terpusing sini.. tengok maps pun kejap betul kejap tak.. hahaa

Sebaik tiba memang ramai giler orang. Parking memang full la..Sebab tu la zaza dan rakan pun terpaksa parking jauh.. Tak apa lah bukan selalu kan. Sekali setahun. Dapat juga bakar lemak-lemak yang terkumpul ni..

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang
Tengah berjalan pun sempat lagi...betul ke muka zaza nampak tembam?? Kawan fb yang bagitahu..

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang

Masuk-masuk je dewan.. nampak atress Kak Ogy Ahmad Daud atas pentas tengah buat demo masakan. So dari jauh je la tengok dan ambil gambar..

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang
Ambil kesempatan merakam gambar dekat dinding-dinding dewan

Banyak gila aktiviti, pameran dan jualan kat sini. Sampai pening tak tahu nak beli apa.Sempat juga lah merasa makanan tester. Rakan zaza ni yang banyak membeli.. mehmeh

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang
Pelbagai buah bersaiz gergasi.. besar gedabak..

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang
Buah nangka gergasi..

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang
Udang apalah ni..besar giler..masak masam pedas ni sedapppp

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang
Tengah-tengah jalan ehhh...ternampak lagi aktress Kak Ogy Ahmad Daud.. agak busy dia.. nampak pun macam penat..

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang
Rempah Mak Siti.. zaza pernah rasa salah satu rempah yang ada... memang sedapppp

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang
Lawa sangat pokok orkid ni..

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang
Adik-adik bermain congkak

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang
Dibahagian luar...time ni kaki zaza memang dah sakit nak berjalan..menyesal tau tak pakai stokin

Tengah-tengah berjalan keluar kawasan.. ada satu bangunan ni.. seorang brother ni umum ada kumpulan WALI BAND. Kumpulan Wali Band ni dari Indonesia. Mesti ramai kenal kan.lagunya memang cukup popular di Malaysia dan Indonesia.

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang

Masa tengah brother ni cakap-cakap.. dia beritahu siapa nak bergambar dengan Wali Band dipersilakan naik. Hanya untuk 50 orang je.. Rezeki zaza dan rakan dapat naik dan berjumpa serta merakamkan gambar. Thanks sangat...

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang

Banyak sebenarnya gambar-gambar kat sekitar sini..tapi tak boleh la nak bubuh banyak-banyak kat sini.. Oklah.. seterusnya zaza ajak rakan zaza ni pergi tengok pokok-pokok. Zaza memang suka pokok-pokok. Nak beli tapi susah pulak zaza nak bawa memandangkan nanti zaza nak balik ke tempat tinggal zaza yang jauh tu naik bas..

Kalau ikutkan nak je beli macam-macam pokok. Zaza walaupun tak menanam tapi zaza suka jugak. Ingat dulu pernah bawa balik pokok mangga Chokanan... Minta abah tanam dan jaga.. alhamdulillah dah membuahkan hasil..

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang

Sebenarnya banyak lagi tempat yang zaza tak pergi dalam MAHA 2016 ni.. tapi sebab kaki dah sakit..cuaca pun panas-panas..so kami berehat la kat kawasan jual-jual buah dan air-air minuman.

Zaza sebenanrnya nak jumpa moskot Upin Ipin dan hiasan dinding Upin Ipin. Ada juga tempat tanaman bunga yang cantik tapi tak tahu belah mana... zaza tau pun bila nampak kawan-kawan yang lain update gambar diorang pergi juga MAHA 2016 ni..

Pameran Pertanian MAHA 2016 Serdang

Lepas dah kenyang dan hilangkan dahaga..so kami dah penat sangat... terus berjalan balik menuju ke kereta yang sangat jauh.. Masa tengah-tengah berjalan tu terserempak la dengan SAKURA BAND. Tapi tak sempat nak ambil gambar...

Apa pun MAHA 2016 memang best. Banyak produk-produk, buah-buahan dan pokok-pokok tumbuhan pertanian dijual..

Mana yang belum datang tu.. boleh la datang bawa family.. Kalau boleh sediakan payung takut hujan. Mujur masa zaza datang tak hujan.

Oklah..jumpa lagi nanti dengan next story..


5 ulasan

  1. Best juga saya pergi tapi parking memang jauh la

    BalasPadam
  2. bestnya jumpa wali band huhu nak pergi tapi jauh

    BalasPadam
  3. Tgok udang besar tu mcm seram pulak nak makan kalau dimasak ahahaaa..

    BalasPadam
  4. Banyak makanan best2 dekat MAHA 2016. Dekat laman perikanan ada satay tuna, sedap gila.

    BalasPadam
  5. wahhh haritu zaza pergi MAHA 2016 gak ek. best kan? tak sabar nak tunggu MAHA tahun depan

    BalasPadam