Buah Berangan Sedap Di Temerloh. Minggu lepas dah makan buah berangan. Tapi biasalah datang musim kempunan..tercari-cari. Agak susah juga nak mencari. Kebetulan balik ke kampung lalu bandar Temerloh. Memang zaza tahu kat Temerloh ada satu gerai tepi jalan yang menjual buah berangan ni.
So sempat la singgah sekejap dan beli sekilo. Gerai ni berdekatan dengan Jambatan Temerloh dan berhadapan dengan Tempat Mandi Kubang Gajah.
Baru ni masa kat KL, zaza ada beli sedikit dan beri kawan zaza rasa.. teruja dia makan sebab pertama kali rasa. Katanya sedap.
Buah berangan ni dipanggil juga sebagai Chesnut. Agak mahal sedikit harganya.
Foto-steinchen
Sempat singgah membeli.. thanks pakcik..ramah je dengan pelanggan
Buah berangan ni dimasak dengan pelbagai cara. Salah satu cara yang paling popular adalah memasak dalam kuali menggunakan batu arang kecil.
Rasa buah berangan ni rasanya manis dan lembut. Baunya wangi. Macam zaza..sekali makan sampai berkali-kali.
Untuk pengetahuan korang..buah berangan ni mengandungi Vitamin C yang tinggi. tiada kolestrol dan lemak yang sedikit.
Batu arang kecil digunakan untuk memasak buah berangan
Masa makan buah berangan ni..terfikir juga..dari mana buah berangan ni terhasil. Yela kadang-kadang kekacang ada yang tumbuh dari tumbuhan dalam tanah. Ada yang dari pokok. Rupanya buah ni terhasil dari sebuah pokok. Kalau tengok macam bulu-bulu rambutan pun ada.

Pokok Buah Berangan yang menghijau..
ala-ala macam rambutan je tengok.. Foto dari Padangjawaku
ala-ala macam rambutan je tengok.. Foto dari Padangjawaku
Apabila buah telah matang dan masak...Foto dari Padangjawaku
Mungkin tak ramai yang tahu lagi tentang buah ni. Kalau ada pengunjung yang datang..warga asing ke..yang datang ke Temerloh boleh la cuba merasa keenakan buah berangan ni.
Fav enaa ni.. Selalu beli dalam mall.. Mahal! Tapi ena lebih tertarik kalau jual cam zaza tunjukkan diatas.. Boleh beli banyak2
BalasPadamTeman 1st time mKn buah berangan ni masa gi hk ritu.. Pastu tiap kali pi sana mesti nak cari buah berangan
BalasPadamlma xmkn buah berangan ni
BalasPadammmg sedap buah berangan ni
BalasPadamhaiihhh sejuk2 lau mkn buah berangan panas2 bestnya
Wah....lama dah tak makan buah berangan. Masa kat Kg Berangan, Tumpat, Kelantan selalu beli dan makan buah ini.
BalasPadamSemenjak pindah kat KL, belum makan lagi. Memang harga di KL mahal.
CN kalau singgah dekat r&r genting sepah wajib beli buah berangan ni, sedap sangat ! dulu pernah teringin nak makan terpaksa beli dekat jusco bukit tinggi, pergh ! mahal betul
BalasPadamNampak sedap jer..tak pernah makan lagi buah berangan ni
BalasPadam