Ayam Masak Kicap Soy Sauce Rempah Mak Siti. Bab masak ni zaza bukanlah teror mana pun..tapi zaza nak share jugak dengan rakan-rakan tentang penangan rempah ratus keluaran Mak Siti yang tengah hangat di pasaran tempatan sekarang.
Jenama rempah Ratus Mak Siti pun zaza baru kenal dan itu pun ada beberapa rakan war-warkan..Banyak rupanya rempah ratus yang ada..ni yang rasa nak cuba masak macam-macam resepi..
Masakan Ayam Masak Kicap Soy Sauce Rempah Mak Siti..aummm sedappp
Pelbagai jenis rempah ada seperti serbuk rempah kurma,serbuk rempah masak kicap daging soy sauce,serbuk rempah masak kicap ikan soy sauce,serbuk rempah sup kepala ikan,serbuk kunyit campuran, serbuk rempah kari ikan dan banyak lagi.
Bau-bauan rempah ratus Mak Siti ni memang betul-betul menusuk ke jantung.. Sangat sedap dan wangi gila... zaza memang suka hidu bau-bau rempah ni..
Pelbagai jenis rempah ratus keluaran Mak Siti
Antara banyak-banyak rempah yang ada..apa kata kita cuba masak AYAM MASAK KICAP SOY SAUCE REMPAH MAK SITI. Resepi ni menggunakan Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti.
Jom ajak adik kakak mak ke dapur...
Rempah masak kicap ikan soy sauce jadi pilihan untuk masakan tengahari
RESEPI AYAM MASAK KICAP SOY SAUCE REMPAH MAK SITI
Untuk memulakan apa yang perlu adalah menyediakan bahan-bahan lengkap.. berikut senarai bahan untuk memasak :
BAHAN-BAHAN
*Ayam di potong beberapa bahagian
*1 pek 25 gram Serbuk Rempah Masak Kicap Ikan Mak Siti
( dibancuh dengan sedikit air )
* 2 Ulas bawang merah ( ditumbuk )
* 1/2 halia ( ditumbuk )
1 biji tomato ( dibelah empat )
1 helai daun saderi ( dihiris halus )
1 sudu kicap soya pekat
1 sudu kicap soya cair
2 sudu besar minyak masak
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang dan halia sehingga naik bau
2. Masukkan bancuhan Serbuk Rempah MasakKicap Ikan Mak Siti dan tumiskan menggunakan api yang perlahan
3. Masukkan sedikit air dan kicap soya pekat. Kemudian tambahkan sedikit kicap soya cair,
4. Masukkan ayam dan masak menggunakan api yang sederhana
( saya menggunakan ayam. Boleh juga guna ikan dan makanan laut yang lain )
5. Kemudian masukkan tomato. Kacau perlahan sehingga empuk. Siap masak.
6. Letak di dalam mangkuk dan hiaslah dengan menggunakan daun saderi. Siap untuk dihidang dan makan bersama keluarga.
Mudah kan? Cukup Enak, Sedap, Lazat dan Asli. Boleh la dihidangkan untuk makan bersama keluarga tersayang.
Harga rempah-rempah ini pun murah tau.. Jadi buat korang yang nak cuba rempah ratus Mak Siti ni..boleh dapatkan di
Facebook : Rempah Ratus Mak Siti
Instagram : @restoranrempahkarimaksiti
Website : www.maksiti.com
Atau pun dapatkan di kedai-kedai runcit dan pasaraya seperti tesco, aeon jusco,jucso,aeon big,hero,sogo,cs brother dan pasaraya terpilih yang lain.
TONTON CARA MASA KETAM KAM HEONG REMPAH KARI
tak sabar nak cari kat kedai . mesti sedappppp hihii
BalasPadamwow sedapnya
BalasPadamterliur ni
bila nak rasa air tangan zaza ni kan hihi
nti k.el try beli produk ni..sure sedap kan
Ayam masak kicap memang feveret! Nanti nak try versi ni pula :)
BalasPadamPandainya masak hehehe nanti boleh lah ajak kita.. Sedap lak tu masakan tu hehehe...
BalasPadamSedapnya! gerenti sedap dan cepat kerja memasak :)
BalasPadam