Asparagus Baik Untuk Merawat Penyakit Ekzema

Selasa, September 20, 2016

Asparagus Baik Untuk Merawat Penyakit Ekzema. Asparagus memang antara sayuran yang banyak memberi manfaat untuk kesihatan tubuh. Macam zaza pun antara peminat sayuran ini. Asparagus biasanya tumbuh dengan ketinggian antara 100-150 cm.

Asparagus Baik Untuk Merawat Penyakit Ekzema

Nama sainstifik asparagus ialah asparagus officinalis. Sangat kaya dengan zat besi,sodium, kalsium, potasium,Vitamin A dan C, fosforus dan niasin. Memakan asparagus dapat mengatasi masalah seperti jantung,paru-paru,limpa,hati,kulit,masalah kelenjar tiriod,pineal, dan pankreas.

Seorang pengamal ubat-ubatan herba di Perancis, Maurice Messeque menjadikan jus asparagus sebagai rawayan yang berkesan bagi merawat masalah gangguan renal.

Bahan yang dipanggil Asparajin yang terdapatdalam asparagus dapat membantu sistem tubuh membuang toksik dalam badan.

Asparagus Baik Untuk Merawat Penyakit Ekzema

Jus asparagus mempunyai garam galian yang cukup tinggi malah ia juga penawar yang mujarab untuk mengatasi penyakit ekzema, ruam dan menjadikan darah lebih bersifat beralkali.

dah tahu kan kebaikan memakan asparagus? so apa kata kita cuba masak menggunakan 3 kaedah seperti berikut :

1. KUKUS ASPARAGUS
Panaskan air dalam pengukus dan kukus sehingga 5-7 minit sehingga warnanya bertukar hijau cerah dan sedikit lembut.

2. REBUS SEBENTAR
Panaskan air dan campur dengan dua sudu besar garam di dalam periuk. Masukkan ke dalam air dan biarkan selama 2-3 minit. Jika sudah sedikit lembut, angkat dan letakkan ke dalam bekas berisi air berais untuk mematikan proses memasaknya.

3. MENUMIS
Potong asparagus mengikut citarasa anda. Kemudian panaskan minyak zaitun dalam kuali (sedikit saja) dan masukkan sedikit bawang putih ke dalamnya. Biarkan selama 3-6 minit dan bolehlah dicampurkan dengan sayuran lain sebelum diperasakan.

Asparagus Baik Untuk Merawat Penyakit Ekzema


kredit - majalah rapi

2 ulasan

  1. wah, jarang makan sayur ni, biasa beli sayur2 dekat pasar malam je, cn makan syur2 kampung je..hehe

    BalasPadam