Ephyra Skincare Series Dari Bahan Semulajadi Baik Untuk Kulit. Assalamualaikum. Seperti sedia maklum pada entri-entri sebelum ni memang zaza ada cakap zaza miliki kulit jenis sensitif dan mudah berjerawat. Akibat tersalah pakai produk, kulit zaza terbakar satu muka sehingga menyebabkan zaza mendapatkan rawatan dengan doktor. Walaupun selepas peristiwa tu..zaza masih lagi berani mengguna produk lain. Banyak sangat produk skincare zaza cuba itu ini..Namun hasilnya hampa. Memang sedih. Muka makin rosak. Mengering dan berparut
Tak lama selepas tu zaza diperkenalkan dengan EPHYRA. Zaza mula pakai sabun Ephyra Skin Bar. Dua kotak zaza pakai. Sangat serasi dan masa tu kulit zaza semakin elok. Tapi memandangkan zaza tak bekerja lagi ketika tu..zaza pun berhenti. Maklumlah bila tak bekerja dulu..duit pun bila nak berbelanja memang kena berjimat. Last zaza beli sabun murah yang harga dalam RM10-RM15 je.
Lepas tu..kulit zaza naik jerawat pasir dan batu. Memang stress giler sangat. Berpasir-pasir jerawat dekat satu muka. Masa ni Alhamdulillah zaza dah mula bekerja. Jadi 3 ke 4 bulan zaza cuba rawat jerawat pasir dan batu dengan produk lain. Bila dah semakin berkurang..ia menjadi parut coklat-coklat pula. Satu muka pula tu. Time ni zaza guna macam-macam petua. Setiap malam sebelum tidur zaza tepek bedak sejuk.
Bila dah ok sikit naik pulak jerawat seperti dalam gambar kat bawah ni ( gambar sebelum ).. Jerawat timbul, besar dan merah-merah sedikit...dah puas sapu alovera gel tak jalan jugak..tak kecut-kecut. sehinggalah zaza cuba skincare baru keluaran EPHYRA iaitu EPHYRA SKINCARE SERIES.
Gambar tanpa makeup dan tiada editing kecuali blur di kawasan leher
Selepas menggunakan selama lebih kurang 2 minggu, alhamdulillah zaza nampak kesan pengurangan berlaku. Kesan merah semakin pudar dan jerawat besar tu makin kecut. Walaupun masih belum baik sepenuhnya, zaza cukup berpuas hati dengan keadaan kulit sekarang. Yang best bila pakai sabunnya tak pedih. Sebelum ni pakai sabun lain lain mesti pedih.Sebab tu la asyik tukar-tukar je sabun. So sekarang zaza stay dengan sabun EPHYRA je.
Buat mereka diluar sana yang belum tahu tentang EPHYRA SKIN SERIES ni..jom kita berkenalan dengan lebih dekat lagi...
EPHYRA SKINCARE SERIES
Untuk pengetahuan semua EPHYRA SKINCARE SERIES adalah produk baru keluaran jenama terkenal EPHYRA selepas mereka berjaya mengeluarkan produk minuman kolagen EPHYRA. Pengasasnya ialah PUAN AMIZA AMIRUDDIN. Duta produk ni pula adalah artis popular MEMEY SUHAIZA dan NORMAN HAKIM.
Baca Juga : PENGASAS EPHYRA & KEMPEN KESEDARAN SAYANGI
Set penjagaan muka EPHYRA ini terdiri daripada EPHYRA SKIN BAR iaitu sabun cucian muka, EPHYRA SKIN NANO ADVANCE REPAIR SERUM ( serum dengan teknologi nano ) dan EPHYRA SKIN SNOW ADVANCE WHITE REPAIR ( pelembab wajah dengan Geno White Teknologi)
Untuk kulit sensitif dan berjerawat zaza rekemenkan korang gunakan EPHYRA SKINCARE SERIES ni. Sangat sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita pelbagai peringkat umur.
BAGAIMANA SAYA APPLY EPHYRA SKINCARE SERIES
DAN KELEBIHANNYA
?????????
STEP 1. EPHYRA SKIN BAR -
SABUN CUCIAN MUKA TERBAIK
Sebaik bangun dari tidur zaza akan memastikan wajah dicuci. So zaza menggunakan EPHYRA SKIN BAR iaitu sabun cucian muka. Untuk lebih jimat, zaza potong kepada 4 bahagian. Hanya satu bahagian je zaza guna untuk cuci muka. Sabun EPHYRA ni cukup wangi baunya. Memang zaza suka.
Bakal duta EPHYRA tak lama lagi... :p
EPHYRA SKIN BAR adalah sabun cucian muka yang diformulasi 100% dengan bahan semulajadi dan tanpa sebarang bahan kimia terlarang. Dengan gabungan khasiat Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolagen, Ephyra Skin Bar adalah antara “TOP PRODUCT” untuk jenama Ephyra. Sebab tu la sesuai dengan muka zaza sebab dihasilkan dari bahan semulajadi.
KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR
Ephyra Skin Bar
STEP 2. EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM ( DENGAN NANO TECHNOLOGI )
Selepas mencuci wajah, zaza mengenakan pula EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM. EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM ini dihasilkan dengan Nano Technology.
Hanya titiskan sedikit serum ini di pipi, dahi dan dagu kemudian sapu secara merata ke seluruh wajah agar ia meresap secara sempurna. Zaza suka dengan serum ni kerana keadaannya yang sejuk bila dipakai.
Ephyra Skin Nano Advanced Repair
EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM ini merupakan serum untuk kulit yang sangat berkuasa. Ia telah dipatenkan oleh SWISS NANO TECHNOLOGY yang berfungsi dalam mengembalikan kulit cantik dan berseri.
Apa yang zaza suka lagi dengan serum ni ialah bila di sapu, ia tidak melekit dan tidak berminyak. Sangat mudah meresap ke dalam kulit. Serum ini bertindak untuk membaiki sktruktur sel kulit dari luaran sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam.
Ia dihasilkan dari gabungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin E dan Vitamin C yang memberi manfaat kepada kulit untuk memulihkan, memperbaharui dan melindungi kulit dari radikal bebas dan pencemaran.
Untuk mereka yang mempunyai jeragat degil di muka sangat sesuai menggunakannya.
APA ITU NANO TECHNOLOGY (SWISS PATENTED) ???
Nano Technology adalah teknologi yang digunakan untuk mengecilkan saiz partikel serum. Perkara ini akan menjadikan serum sangat mudah diserap dan masuk jauh sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam dan membantu memperbaiki struktur kulit menjadi anjal, tegang dan cantik.
KELEBIHAN SERUM EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
STEP 3. EPHYRA SKIN SNOW ADVANCE WHITE REPAIR
( Pelembab wajah dengan Geno White Teknologi)
Last sekali setelah apply serum nano, zaza sapu pula EPHYRA SKIN SNOW ADVANCE WHITE REPAIR. EPHYRA SKIN SNOW ADVANCE WHITE REPAIR adalah pelembab dengan menggunakan teknologi Geno White.
Calitkan sedikit dan sapu di pipi,dahi dan dagu secara merata sehingga ia meresap ke dalam kulit. kesannya dapat dilihat seawal 9-14 hari bergantung kepada individu terbabit. Pelembab atau krim ini tidak mengandungi paraben, tiada hydroquinone mahupun merkuri.
Pelembap ini tidak melekit, tidak berminyak dan sangat mudah meresap ke dalam kulit. Ia sangat sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.
Ephyra Skin Snow Advance White Repair
EPHYRA SKIN SNOW ADVANCE WHITE REPAIR dihasilkan dari bahan seperti Natural arbutin dari Berry, Vitamin C (ekstrak dari buah) , Vitamin E (ekstrak dari buah) ,Vitamin C yang sangat bagus utk perlindungan kulit dari UV dan memperbaiki struktur kulit yang rosak serta Vitamin E yang berfungsi melembapkan kulit dan melambatkan tanda penuaan serta memulihkan kulit dri sebarang parut
APA ITU TEKNOLOGI GENO WHITE???
GENO WHITE adalah teknologi “SMART PEPTIDE” yang mampu mengawal pengeluaran melanin dalam kulit. Melanin ada pada kulit semua orang dan ia adalah protection kulit daripada sinaran UV. Tetapi terlalu banyak melanin aktif akan menjadikan kulit berjeragat, bintik hitam dan banyak masalah kulit lain sehingga paling serius adalah kanser kulit. Faktor melanin tidak terkawal atau terlalu aktif seperti Umur, Sinar Matahari, Hormon tidak stabil dan Ubatan.
KELEBIHAN EPHYRA SKIN SNOW ADVANCED WHITE REPAIR
Mudah je kan nak apply EPHYRA SKINCARE SERIES ni.. sekiranya digunakan secara berterusan pasti anda akan dapat kulit yang diidamkan..oh ye.. selepas ini zaza NEKAD yang zaza akan terus bersama menggunakan produk EPHYRA kerana zaza YAKIN dengannya...
TESTIMONI PENGGUNA LAIN
Beberapa feedback positif pengguna yang telah menggunakan produk EPHYRA SKINCARE SERIES. So anda yang tengah mencari produk skincare tak perlu ragu-ragu nak guna EPHYRA sebab ianya dari bahan semulajadi dan bebas dari sebarang bahan kimia. Malah telah lulus KKM
SAYA TERUJA LA NAK BELI PRODUK NI..
TAPI MACAM MANA NAK TAHU IA ORIGINAL??
Sebelum membeli pastikan produk tersebut adalah original. Pada kotak produk, terdapat pelekat logo yang korang boleh semak melalui telefon. Nak tahu caranya boleh rujuk langkah-langkah seperti dibawah :
HARGA PASARAN
Haaa...dah tak sabar la tu nak cuba dan membeli.. Berapa harga EPHYRA SKINCARE SERIES ni??
Harga Ephyra Skincare Series adalah :
RM 140 (SM) dan RM 150 (SS)
Ini adalah harga untuk set.
Jika anda ingin membeli secara berasingan, harganya ialah
EPHYRA SKIN BAR : RM 39 (SM) ; RM 45 (SS)
EPHYRA SKIN NANO : RM 68 (SM) ; RM 72 (SS)
EPHYRA SKIN SNOW : RM 48 (SM) ; RM 52 (SS)
*Untuk lebih menjimatkan wang anda, digalakkan membeli satu set
SAYA NAK ORDER MACAM MANA??
Untuk pembelian dan maklumat lanjut layari :
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u
Website : Sedang dikemaskini.
JOM CANTIK BERSAMA EPHYRA..
SEKALI PAKAI TERUS JATUH CINTA..MUAHHH
Produk ephyra bagus sebab kebanyakan produknya juga sesuai untuk kegunaan orang lelaki. Sangat disarankan untuk lelaki mencubanya.
BalasPadamMemang elok Pakai satu set kan.. Baru kesan dia efektif..
BalasPadamSuka dengan ephyra
BalasPadamBagus ephyra ni..memsn baik untuk kulit
BalasPadamsuka pakai ephyra
BalasPadammata zaza besar cantik
BalasPadammmg npk kesan pakai produk ni ye
Lanje sabun ephyra satuuuu....
BalasPadamserius ephyra mmg best.best sgt sgt sgtttt
BalasPadamcantiknya camera.. guna camera apa ye ?
BalasPadamhai N-fiq...saya guna casio :D
PadamWahh zaza iman...bagus amalkan set ephyra ni..nampak sangat perbezaan sebelum dan selepas guna tu...diyakini natural produk...sebab tu ia selamat digunakan
BalasPadamjulia berbesar hati nak uar-uar Promo Raya Ephyra Skin Care Series kepada semua kawan-kawan Zaza yang tertarik dengan Ephyra...PROMO ini berharga RM140 satu set sahaja...harga sebelum RM155...jimat RM15 wauu!
Nak beli boleh wassup agen sah Ephyra (julia) 013-6327 333 (FREE POSTAGE + FREE GIFT RAYA) Happy Ephyra :*
hai kak..inysaallah..memang lepas habis set yg skg dah tetap pakai ephyra.. produk bahan semulajadi mcm ephyra sgt ssuai utk zaza yg jenis snstf ni..
Padamsaya pun guna produk ephyra. tp baru cuba ephyra premium dan skin bar aje... so far memang positif hasilnya
BalasPadambaru 5 hari guna ephyra set. sblm ni dh cb mcm2. setiap produk mmg tggu kesannya dlm 6 bln. tp jeragat dan bintik hitam still ada.last pkai glow-glowing, sbb kulit muka tiada perubahan, sj google produk lain, rupa2nya byk yg ada merkuri, then jumpa psl epyhra ni. hrp2 ada perubahan yg positif. AMIN
BalasPadamCatat Ulasan