8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat. Jom Cuba!

Rabu, Jun 15, 2016

8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat. Jom Cuba!  Memang stress bila jerawat tumbuh di muka. Ramai yang dah tahu macam zaza ni miliki kulit sensitif dan berjerawat. Sejak dulu sampai la sekarang. Kadang elok..kadang berjerawat balik. Kadang tumbuh macam pasir-pasir, kadang bergunung ganang jerawat hinggap dimuka...tak pernah licin. Rasa nak sental-sental je muka ni dengan berus dawai..

Sebenarnya ada beberapa makanan yang boleh korang amalkan untuk menentang kemunculan jerawat. Disini ada 8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat korang tu. Cubalah. Mungkin berkesan dan membantu sedikit sebanyak. Zaza pun nak amalkan juga..kena rajinkan diri selepas ni...

8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat. Jom Cuba!
Foto - superfoodsrx

1. Walnut - sangat kaya dengan minyak Omega-3. Ia juga merupakan anti oksida yang dapat membantu kulit menjadi kenyal dan fleksibel.  Minyak omega- 3 juga boleh didapati dari minyak ikan seperti ikan salmon.

2. Minyak Zaitun - Ia mengandungi asid esen lemak yang sangat baik untuk kesihatan. Lemak merupakan bahagian yang perlu dalam membran sel. Ia membantu menyuburkan kulit dari dalam tubuh.

3. Jus Lemon -  Boleh digunakan sebagai penyental semulajadi. Caranya sental kulit menggunakan lemon bersama setengah sudu teh gula untuk beberapa minit. Elakkan terkena mata. Jika berlaku iritasi bagi kulit yang sensitif sila hentikan. Selain itu boleh juga menggunakan hirisan lemon dan letakkan pada kulit bermasalah. Biarkan selama 10 minit setiap hari selama seminggu.

8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat. Jom Cuba!
Foto - Food ndtv

4. Teh Hijau - teh hijau kaya dengan anti-inflammatory chemical yang disebut cetachins. Ia dapat menentang radikal bebas sekaligus membantu mengelakkan garis halus di wajah

5. Yogurt - Amalkan dengan menyapu yogurt di muka setiap pagi. Ia sangat membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat, lembut dan cantik.

6. Air - Air mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Air mestilah dari sumber air tulen dan mineral. Bukan yang dicampur dengan bahan-bahan lain.

8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat. Jom Cuba!

7.  Buah Beri - seperti rasberi dan beri biru,kranberi sangat kaya dengan phytochemicals yang dapat melindungi sel kulit.

8. Tembikai - Sesetengah orang percaya bahawa buah tembikai dapat menjadi penyental wajah untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tembikai kaya dengan Vitamin A, B dan C. Tembikai mempunyai banyak air. Buah yang mengandungi banyak air dapat menyalurkan lembapan pada kulit dan jika diurut lembut pada kulit dapat menggiatkan pengaliran lymphatic. sumber - majalah Eh


8 ulasan

  1. Assalamualaikum

    Saya pun mmg banyak jerawat.thanks share ttg ni..

    BalasPadam
  2. selamat berbuka zaza...
    semua makanan tu aii loikeee hihihi

    BalasPadam
  3. Perkongsian yang menarikkk

    BalasPadam
  4. wah boleh cuba ni

    good luck datang Blogwaking blog awak bertuah dalam list blogwaking saya untuk hari ini jemput singgag blog saya jugak ya.. http://cikash.blogspot.com/2016/06/jom-blogwalking-11.html

    BalasPadam
  5. eloklah ni yaya nak buat penawar utk jerawat..hahahaa

    BalasPadam
  6. nice info la kak. btw blogwalking here.. :D

    BalasPadam