Stail Cermin Mata Terkini Wanita



Stail Cermin Mata Terkini Wanita. Zaza memang seorang pemakai cermin mata tapi sebab zaza rabun. Cuma adakala terasa nak jugak pakai cermin mata yang ada gaya dari cermin mata biasa.Tapi buat korang yang memang mata ok dan  nak bergaya dengan cermin mata yang ada style sekali sekala, zaza nak kenalkan korang dengan Women's Sunglasses dari Zalora.

Stail Cermin Mata Terkini Wanita

Sama seperti barangan fesyen yang lain, aksesori wanita juga turut mengalami revolusi yang sama atau erti kata lain, stail atau rekaan aksesori juga turut berubah mengikuti peredaran zaman. Antara salah satu aksesori wanita yang sering menjadi perhatian mereka yang menggemari fesyen adalah Stail Cermin Mata Wanita Terkini.

Umum mengetahui tujuan cermin mata ini dipakai bertujuan untuk melindungi mata dari cahaya terik matahari. Namun kini ia menjadi salah satu aksesori wanita yang cukup praktikal dan versatile untuk digayakan.

Kadang kala apabila seseorang memakai kaca mata hitam pun dah cukup membuatkan penampilan seseorang itu berubah.

So jom kita tengok beberapa stail cermin mata terkini wanita yang kini sedang menjadi kegilaan ramai penggemar fesyen.

Stail Cermin Mata Terkini Wanita

1. Wayfarer

Berikut merupakan stail cermin mata hitam yang paling common dan digemari oleh ramai wanita. Bukan sahaja sesuai dipakai oleh semua bentuk muka, ia juga merupakan rekaan yang paling evergreen. 

Stail Cermin Mata Terkini Wanita

2. Aviator

Selain kaca mata Wayfarer, Aviator juga merupakan rekaan yang menjadi favourite ramai penggemar fesyen baik lelaki mahupun wanita. Yeahhh... zaza suka jenis ni.. terbayang rasa macam neelopa je bila pakai..mehmeh ;p

Stail Cermin Mata Terkini Wanita

3. Clubmaster

Untuk gaya yang lebih classy dan elegan, rekaan kaca mata Clubmaster adalah stail yang paling ideal dan terbaik. Style ini zaza suka..tapi not sure sesuai dengan zaza atau tidak...but mybe boleh menjadi senarai cermin mata untuk dibeli nanti?

Stail Cermin Mata Terkini Wanita

4. Eye Cat

Seterusnya, stail cermin wanita terkini online yang juga digemari dikalangan ramai wanita adalah cermin mata berbingkai eye cat. Aumm so nice  untuk mereka yang berani mencuba..


Zaza Iman
5 Comments

5 ulasan:

  1. cantik. Lawa yang no 2 tu

    BalasPadam
  2. Semua lawa kak.Rambang mata tgk hehehe.

    BalasPadam
  3. Dah lama x bergaya dengan cermin mata hitam..

    BalasPadam
  4. yang plg awa suka aviator..sbb sesuai pakai dgn shawl.. hihi..

    p/s: kite ada click untuk 20sen awak.yay!

    BalasPadam
  5. Ye lah semua mcm best xtau nk pilih

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)